Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30; Langos

Gambar dan resepi dikongsikan oleh: Puan Suhaili Kusairi

Bahan bahan
(A)
300ml susu segar suam
2 1/2 sdt instant yis

(B)
500g tepung gandum
1 sdt gula pasir
1 sdt garam halus

(C)
200g kentang - rebus dan lenyek halus

(D)
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling

TOPPING
(Boleh guna nutella, srikaya, jem, sambal tumis, cheese)

Cara
-Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbiuh anggaran sepuluh minit.
-Kemudian dalam bekas/ mixer bowl satukan bahan B dan C. Gaul sebati.
-Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.
-Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
-Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat.
-Sediakan papan/ silikon mat dan tabur sedikit tepung. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan.
-Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat bulatkan.
-Giling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja. Kemudian tarik tepi tepi doh terpulang besar mana yang di inginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah di panaskan tadi.
-Goreng sehingga kuning dan balik kan sebelah sehingga kuning juga.
Angkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk di nikmati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro