Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19; Dark Brownies

Resepi dan gambar oleh: Juraini Kadir


Brownies untuk loyang 10 x 10"

Bahan A

🌼400gm dark chocolate compound (van houten, beryls atau lecker) ini saja yang saya guna.
(beli yang jenis coin senang nak boil)
🌼135gm butter

Double boil semua bahan diatas sehingga semuanya cair dan sebati.
Sejukkan sebentar.

Sementara bahan A sebati kita sediakan bahan bahan B

Bahan B

🌼220gm tepung naik sendiri diayak (saya guna tepung MFM)
🌼50gm serbuk koko dark brown
🌼10gm serbuk koko super black
🌼Sedikit baking soda (cukup kuantiti hujung sudu saja)

Satukan bahan diatas. Gaul sebati.

Bahan C

140gm gula perang
3 biji telur
1 sudu besar vanilla paste.

Caranya:

🌼Campurkan semua bahan C, kacau guna whisk sahaja hingga sebati.
🌼Masukkan bahan A agak suam, kacau sebati
🌼Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sehingga habis kesemua bahan.
🌼Griskan loyang dengan minyak masak atau shorthening.
🌼Lapikkan dgn kertas, pastikan kertas tepi tinggi sedikit dari loyang untuk memudahkan brownies dikeluarkan setelah masak.
🌼Masukkan adunan dlm loyang saiz 10".
🌼Pastikan oven telah dipanaskan 10 minit awal sebelum adunan dimasukkan.
🌼Bakar suhu 120°c selama ½ jam atau mengikut suhu oven masing masing.

Biasa kalau brownies dah nak masak akan naik bau wangi, bolehlah cucuk dengan lidi tengok. Kalau masih melekat lagi tepungnya, biarkan sekejap lagi.

Saya suka brownies yg lembut, jadi masak tak lama. Ada sesetengah suka brownies yg agak kering dan liat. Bolehlah biarkan lama sikit dlm oven.

Tips:

Pastikan brownies sejuk baru dikeluarkan dari loyang supaya kedutan terletak cantik dan tidak terbuka.

Pisau hendaklah disimpan di dalam peti beku sebelum memotong brownies supaya potongan lebih kemas dan cantik.

Brownies saiz 10" ini boleh dipotong sehingga 100 slice dgn potongan 1"x1".

Boleh dihias dengan topping peanut, chocolate cuppucino, dark choc atau apa saja topping kesukaan anda.

Utk memudahkan deko, double boilkan coklat atau peanut dengan sedikit minyak masak supaya smooth untuk kita decorate. Takdelah sakit dengan nak pipe coklat keras atau coklat panaskan. Alternatifnya kita tambah sedikit minyak masak.

Selamat mencuba.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro