08; Basque Burnt Cheesecake
Resepi dan gambar oleh: Norlela Abdullah
Pengemar cheesecake kena cuba buat ni. Pernah nak belajar buat cake ni tapi tengok yurannya sampai RM200 rasa nak pitam. Ni resepi dari youtube free dan hasilnya puas hati yang teramat sangat
BASQUE BURNT CHEESE CAKE 🍰
(Bahan-bahannya)
-1000gm cream cheese (suhu bilik)
-300gm gula halus
-7 biji telur
-500gm whipping cream
-30gm tepung gandum
(Cara-cara)
-Panaskan oven pada suhu 200C. Siapkan bekas spring foam saiz 9” dulu. Bahagian dalam alaskan dengan parchment paper; lebihkan atas skit sebab kek akan menaik. Bahagian luar spring foam balut dengan aluminum foil.
-Putar cream cheese dengan gula halus kemudian masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan whipping cream. Akhir sekali masukkan tepung gandum kaup balikkan sahaja. Masukkan dalam spring foam.
-Bakar sejam atau sehingga bahagian atas kek agak coklat gelap. Api atas bawah. Biarkan sejuk baru buka pintu oven. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk. Mudahkan? Sedap dimakan sejuk2 😋
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro