Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18🥀

[Zon larangan silent reader]

Plan.


"OIT, KAU!"

Taehyung menundingkan jarinya pada Jungkook yang diam membatu di cell sebelah. Pandangan tak bereaksi diberikan Jungkook kepada lelaki itu. Taehyung menayangkan penumbuknya pada Jungkook.

Kalau dek bukan kerana pipi dan matanya yang lebam akibat ditumbuk Jungkook, tak adanya dia mahu mencari pasal dengan lelaki itu.

Kureng dia rasakan kekacakannya ketika itu.

"Kau nampak pipi aku yang lebam ni?" soal Taehyung, kembang kempis hidung dia menyoal Jungkook yang seperti tunggul saja dihadapannya itu. Dilihatnya Jungkook menjeling sebelum mengukir sesuatu diatas lantai simen menggunakan batu- batu kecil yang diambilnya di padang tadi.

"Oi! Aku tengah bercakap dengan kau ni! Kau tahu tak muka aku ni paling aku sayang tahu tak? Macam mana kalau lebam bekas tumbukan kau ni tak hilang? Tak adalah yang minat aku bila aku keluar penjara nanti." adu Taehyung seraya memuncungkan bibirnya.

Dia menjadi tak keruan bila memikirkan perkara itu, bagaimana mana jika dia keluar penjara nanti, dia tidak disukai gadis- gadis diluar sana?

Sendulah dia.

"Aku tahulah kau sayangkan sangat doktor perempuan tu, tapi kau kenalah tengok muka member kau yang dah cacat sebab kau ni. Takkanlah disebabkan perempuan tu je, kau sanggup-"

"Aku minta kau gantikan tempat aku je. Bukan aku minta kau kacau dan goda dia. Kau makanlah penumbuk aku tu, sedap?" Balas Jungkook setelah sekian lama berdiam diri. Taehyung muncungkan bibir, hampeh betullah lelaki ni. Pipinya yang lebam disentuhnya.

"Sakit tau... eh kau tu pun bukan nak bagi hint masa kau tumbuk aku. Nasib aku tak mati mengejut kat sana."

"Eh, tapikan... kenapa kau marah eah? Bukan bila aku ganti tempat kau, doktor perempuan automatik tu jadi milik aku ke? Yalah, ganti tempat macam ganti posisi, semuanya kekal kecuali diri kau- akh sakitlah bodoh!" Taehyung mengaduh kesakitan batu yang Jungkook baling kearahnya mengenai tepat di dahinya.

"Kau jangan nak lebih- lebih pula. Kalau aku nampak kau sentuh doktor tu lagi, aku jadikan kau kuli si botak." tegas Jungkook mengucapkan ayat tersebut seraya menundingkan jarinya.

Taehyung pula, mendengar saja Jungkook mengucapkan 'kuli si botak' membuatkan wajahnya berubah pucat. Dia menggelengkan kepalanya, tanda yang dia tak sudi dengan ugutan Jungkook itu.

"Kau buat apa tu?" Soal Taehyung, badan dijongketkan mahu melihatkan lakaran yang dilukis oleh Jungkook menggunakan batu tadi. Jungkook menunduk melihat lakarannya semula. Baju banduan miliknya diletakkan agar menutupi lakaran yang dibuatnya.

"Tak ada apa- apa. Kau tak perlu sibuk hal aku." balasan Jungkook membuatkan Taehyung mencebikkan bibirnya, dia berpeluk tubuh.

Suasana menjadi hening buat seketika bila tak ada seorang yang membuka mulut. Taehyung memejamkan matanya, mahu menenangkan fikiran buat beberapa minit.

"Taehyung, kalau kau boleh keluar dari sini, apa kau buat diluar?"

"Em? Kenapa tiba- tiba soal aku macam tu?"

Taehyung berpandangan buat seketika sebelum dia menyedari sesuatu.

"Jangan cakap yang kau... oh my god"


• • •

"Doktor Aylin?" Tegur seorang gadis membuatkan lamunan Cho Aylin sedikit tersentak. Dia mendongakkan wajahnya, disitu ada Doktor Sera yang sedang merenungnya.

"Ya?"

"Awak ada masalah?" soalnya. Kerusi ditarik sebelum Doktor Sera melabuhkan punggungnya disamping Aylin. Fail- fail yang dibawanya tadi diletakkan atas meja.

"Tak ada apa- apa, pening sikit."

"Awak ada apa-apa hubungan dengan banduan Jungkook?" soal Sera secara tiba-tiba sambil menekankan perkataan banduan. Soalannya itu membuatkan Aylin terkebil- kebil. Kepala yang tak gatal digarunya.

Hubungan apa ya? Setahu dia, hubungan dia dengan Jungkook hanya sekadar prisioner and his doctor, that't all.

"Tak ada apa- apa, kenapa tanya?"

"Dia masuk kelas saya, perangai dia lain dari banduan yang lain. Dia langsung tak tumpukan perhatian dia dekat apa yang saya cuba terangkan. Dia... macam ada hati dekat awak."

Uhuk! Uhuk!

Aylin tersedak lalu terbatuk- batuk. Entahlah, ayat terakhir dari gadis itu membuatkan dirinya menjadi tak senang duduk.

Jungkook ada hati dekat dia?

"Awak tak perasan?"

"Eum... saya kena pergi dulu, kena siapkan satu kerja sebelum balik. Jumpa awak nanti, Sera." ujar Aylin seraya mengangkat punggung lalu melangkah pergi dari situ.

Dia perlu berjumpa dengan Jungkook, dia perlu!





done update✓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro