
Bab 14🥀
[Zon larangan silent reader]
Lunatic.
"Jeon Jungkook."
Nama lelaki itu meniti dibibir Jaehyun, bibirnya tersungging senyuman sinis.
Tak tahu pula dia begitu bertuah hari ini dapat melihat kemesraan bekas tunangnya dengan banduan lelaki tersebut.
"Boleh tahan taste kau, Aylin." bisik Jaehyun seraya menyandarkan tubuhnya pada dinding konkrit. Matanya tajam merenung nama Cho Aylin yang terukir di dinding penjara miliknya itu.
"Kau dapatkan aku pesaing, aku suka." bisik Jaehyun. Cincin tunang lama milik dia dan Aylin dibelek- beleknya.
Wajahnya berubah serius.
"Kau sukakan dia, kan? Baik, malam ni aku akan pastikan kau merana. Kau tak boleh bahagia dengan lelaki yang bukan Jaehyun. Kau milik aku!" ucap Jaehyung lalu membaling cincin tersebut ke dinding.
Dia ketawa kecil, agak menyeramkan jika didengar. Namun seketika kemudian Jaehyun mengerang kesakitan, dadanya disentuh menggunakan tapak tangan.
Nafasnya tersekat- sekat.
"Aylin... aku sakit. Aku sakit, Aylin..." sayu suara Jaehyun kedengaran namun tidak ada sesiapa yang mahu datang untuk melihat keadaan dirinya.
Suara gelak ketawa Jaehyun tadi kini berubah kepada tangisan kecil.
Kali ini dia tak main- main. Jung Jaehyun sedang menahan sakit.
. . .
"
Oi!"
Lamunan Jungkook terganggu, wajahnya dipalingkan kearah Taehyung yang sedang menyandarkan wajahnya di palang besi, pemisah antara mereka itu.
"Apa?"
"Aku nampak kau termenung jauh sangat, dah sampai ke bulan agaknya? Kenapa? Ada masalah ke?" soal Taehyung.
Jungkook tak mengangguk mahupun menggeleng. Dia biarkan soalan Taehyung kosong tanpa jawapan.
"Kau gaduh dengan doktor perempuan tu ke?" soal Taehyung serkap jarang. Jungkook berdehem kecil, dia sengaja menggerakkan badan dalam keadaan streching sebelum menggeleng kecil.
"Eleh! Piirah kau! Tadi bukan main drama lagi kau dekat tengah tengah alam. Siap jeling bagai. Kau fikir aku tak nampak?" kembang kempis hidung Taehyung jadinya.
"Kalau dah tahu, kenapa tanya lagi?"
"Ehem! Sekadar untuk memastikan, Encik Jungkook." sengaja panggilan Encik Jungkook dilembutkan, mahu mengajuk ucapan doktor wanita itu.
Jungkook menjeling.
"Kenapa macam tu? Kau merajuk dekat dia?"
"Entah." jawab Jungkook pantas.
"Lah? Habistu?"
Jungkook membalas dengan mengangkat bahu saja, membuatkan Taehyung menayangkan middle finger kepadanya kerana geram.
"Malaslah aku! Oh ya, sebelum aku ikut merajuk aku nak bagitau kau satu hal ni." Taehyung menggerak- gerakkan jarinya petanda mahu Jungkook mendengar dengannya.
"Apa dia?"
"Esok si botak nak buat challenge, siapa yang berani usha doktor perempuan tu dia bagi service kuli. Semua banduan boleh sertai. Aku pun tak terkecuali-"
"Si botak cakap macam tu?"
Taehyung menelan liur bila riak wajah Jungkook berubah serius. Mahu tak mahu dia menganggukkan kepalanya tanda, ya.
"Kau join?" soal Jungkook.
"Ahhh tak jadi pulak. Esok aku ada kerja nak buat. Iyalah, dari aku ikut challenge bodoh tu, baik aku bersihkab tandas, kan?" sengaja Taehyung menukar topik.
"Eum... itu jelah aku nak bagitau, ehh huwaap. Aku dah ngantuk ni. Katil dah panggil, selamat malam, Encik Jungkook." ucap Taehyung seraya membaringkan tubuhnya diatas katil papan.
Dia sudah dapat membayangkan apa bakal terjadi esok bila Jungkook sudah beriak demikian.
I mean, siapa je yang suka lover dia kena kacau, kan? Don't mess with Jungkooklah-
"Bagitau botak aku nak join."
"Hah?"
Bingkas Taehyung bangun dari pembaringannya. Terkebil- kebil dia memandang wajah serius Jungkook itu.
"Kau apa? Nak join?"
"Eum." jawab Jungkook sepatah lalu baring membelakangi Taehyung.
"Bro? Oi bro!"
.
Sha stuck deng deng deng.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro