Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 115 °

"Soo Eun, makanlah sikit. Hmmm?" Jungkook menyuakan sudu ke mulut Soo Eun.

Amaran yang diberikan oleh Jungkook berhasil namun berjaya menghancurkan Soo Eun sedikit demi sedikit.

Soo Eun menggeleng tanda tidak mahu. Jungkook melepaskan keluhan berat. Tubuh Jimin yang menjenguk di sebalik pintu dipandang sayu.

Jungkook tidak mengerti mengapa Jimin masih lagi sanggup bertahan untuk bersama Soo Eun. Namun begitu, dia bersyukur. Sekurang - kurangnya ada lelaki yang baik bersama Soo Eun.

Jungkook bangun lalu mendekati Jimin. Mangkuk yang berisi bubur itu diserahkan kepada Jimin. Tiada pertukaran kata. Hati lebih mengetahui.

Perlahan - lahan Jimin duduk di birai katil. Mangkuk berisi bubur diletakkan di meja kecil bersebelahan katil.

"Soo Eun..."

Genggaman di selimut dieratkan. Tanda dia mendengar setiap kata - kata yang dilemparkan oleh Jimin.

Kau terlalu baik Jimin...

Tak layak untuk bersama perempuan jahat seperti aku...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro