Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 111 °

"Berapa banyak hati yang kau dah lukakan hari ni? Berapa? BERAPA?!" Jungkook masih tidak berhenti. Amarahnya sudah sampai ke puncak.

Ada terselit rasa bersalah namun jika ini yang perlu dilakukan untuk menyedarkan adiknya sendiri, adik perempuannya sendiri.

Dia sanggup lakukannya. Walaupun beribu kali. Walaupun sejuta kali. Walaupun dirinya akan dibenci nanti.

Dia sanggup. Sekiranya itu membuatkan seorang Jeon Soo Eun sedar.

"Mama dan papa mesti sedih tengok kau macam ni. Diorang amanatkan aku untuk jaga kau, tapi nampaknya aku gagal."

Air mata Soo Eun menitis setitis demi setitis apabila Jungkook menyebut perihal ibu bapa mereka berdua.

Mati akibat disabotaj. Beberapa wayar yang berada di dalam kereta diputuskan menyebabkan break tidak berfungsi.

Kereta yang dinaiki hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori.

Meninggalkan Jeon Jungkook yang ketika itu baru berumur 19 tahun dan ingin menginjak ke alam dewasa.

Jeon Jungkook ditinggalkan dengan amanat yang besar. Mengambil alih syarikat keluarga pada usia muda bukanlah sesuatu yang muda.

Namun pun begitu, tanggungjawabnya sebagai seorang abang tidak pernah dilupakan. Segala kehendak Jeon Soo Eun yang sewaktu itu berumur 14 tahun tidak pernah tidak ditunaikan.

Mungkin itu salahnya. Terlalu memanjakan dan tidak pernah menolak permintaan adiknya sendiri.

Mama, papa...

Maafkan aku...

Aku gagal...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro