Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 107 °

"LEPASKAN AKU! AKU KATA LEPAS!"

"Untuk apa?" Soal Jimin tanpa nada. Tubuh wanita itu masih tidak dilepaskan.

"PEREMPUAN TU DAH RAMPAS SUAMI AKU! AKU TAK AKAN BENARKAN!"

"Taehyung ingin bersama dia. Jangan kacau kebahagiaan mereka berdua lagi." Masih tanpa nada dan perasaan, Jimin berkata. Seperti robot. Statik.

"AHHH LEPASKAN AKU! TAK GUNA! LEPAS!!"

"JEON SOO EUN, CUKUPLAH!" Kedua - dua bahu Soo Eun dicengkam kuat. Wanita itu terkesima, tergamam selepas ditengking oleh Jimin.

Jimin jarang sekali naik angin, tapi apabila dia sudah marah, ianya sangat menakutkan.

"Cukuplah." Kali ini, suara Jimin berbeza. Penuh kelukaan. Penuh kesakitan.

Kepalanya yang tunduk diangkat. Merenung kedua - dua anak mata Soo Eun tajam.

"Cukuplah."

Renungan matanya mendebarkan hati...

Ini bukan Jimin yang aku kenal...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro