Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 105 °

Younghwa dibimbing hingga ke pintu belakang bangunan tersebut. Tidak Younghwa sangka di sebalik pintu tersebut, ada sebuah taman yang sangat indah.

Di hujung pandangan matanya, ada seorang lelaki yang tersenyum. Di sisinya ada seorang budak lelaki. Kedua - dua mereka sama, memakai tuxedo putih.

Kim Taehyung dan Kim Hansung.

Dua lelaki terpenting dalam hidup seorang Kim Younghwa.

Younghwa memerhati lagi. Hiasan tidak terlalu banyak dan merimaskan. Hanya simple. Simple but nice.

Tetamu pula tidak begitu ramai. Hanya ada beberapa orang sahaja namun masih tidak dikenali oleh Younghwa.

Matanya terhenti pada puan Kim. Degupan jantungnya serta - merta menjadi pantas.

"Mari." Suara Jimin memecahkan lamunan Younghwa. Secara terpaksa, Younghwa mengalihkan pandangannya.

Wajah Taehyung dipandang. Memberi ketenangan kepada sang isteri.

Pintu dibuka kuat. Nama Taehyung dijerit lantang.

"KIM TAEHYUNG!"

Dia datang lagi...

Kenapa dia tak pernah serik?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro