Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 103 °

"Terima kasih." Ucap Younghwa kepada wanita yang menghias rambut dan wajahnya. Wanita itu tersenyum lalu mengangkat beg yang mengandungi alat - alatan untuk tujuan menyolek dan sebagainya.

Younghwa ditinggalkan seorang diri di situ. Merenung refleksi wajahnya di cermin.

Dia senyum, senyum dan senyum.

Dia puas hati. Tiada lagi kepalsuan dalam senyumannya.

Dia dapat rasakan dialah wanita yang paling bahagia di dunia pada saat ini.

Dia yang mempunyai sepasang mata yang bersinar cukup membuktikan bahawa tiada lagi derita. Tiada lagi sengsara.

Dia Kim Younghwa. Dialah isteri kepada Kim Taehyung.

Seketika, sebak memenuhi ruangan kalbunya. Ditahan air mata agar tidak mengalir dan merosakkan solekannya.

Takdir itu tidak kejam.

Takdir itu disusun cantik...

Untuk membantu kita mendapatkan apa yang kita ada sekarang...

Lagi pula, tanpa pahit jerih...

Apa erti kehidupan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro