Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 102 °

Kereta diparkingkan di hadapan sebuah bangunan. Aneh, tiada seorang manusia pun yang lalu lalang di tempat itu.

Younghwa masih terpinga - pinga. Sehinggakan Hoseok mencabut seatbelt yang dipakai oleh wanita itu lalu menariknya keluar.

"Hoseok, mana Taehyung?!" Younghwa seperti mahu menjerit. Sepanjang perjalanan dia bertanyakan soal Taehyung namun Hoseok hanya diam.

Hilang sabar dibuatnya.

Mulut masih dikatup. Tangan Younghwa ditarik sehinggakan di hadapan sebuah pintu.

"Masuklah." Akhirnya, Hoseok bersuara juga. Walaupun sepatah, Younghwa tetap bersyukur.

"K--kena-- Mana Taehyung?" Younghwa tidak berganjak.

"Masuk kalau awak nak jumpa Taehyung." Bicara Hoseok cukup tenang.

Teragak - agak Younghwa menurut. Senyuman Hoseok sedikit sebanyak mengurangkan rasa debar di hati.

Pintu dibuka bersama sokongan seorang Jung Hoseok.

Younghwa ternganga. Muka terasa membahang bersama mata yang digenangi mutiara jernih.

Gaun perkahwinan berada di hadapan matanya.

Impian aku ada di depan mata...

Mana mungkin aku tidak menangis gembira...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro