Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 099 °

"Comotnya makan." Komen Taehyung sambil ibu jarinya mengesat baki kek di tepi bibir Younghwa.

Younghwa tersengeh bahagia. Hari ini, Taehyung melayannya seperti budak - budak. Sudah tiada lagi pandangan dingin bersuhu -85 °C.

Hansung melihat sahaja kebahagiaan yang ditunjukkan oleh ibu bapanya. Tiada yang pelik namun dapat dia rasakan sesuatu yang berbeza.

Tiada lagi kepura - puraan dan keterpaksaan. Sudu di tangan diambil lalu dia mencuit sedikit kek di pinggannya. Kek itu kemudiannya disuakan ke arah Younghwa.

"Mama! Aaaaaa...." Arah Hansung persis seperti Younghwa melayannya.

Kalau papa merupakan lelaki pertama yang membuat mama tersenyum bahagia, dia mahu jadi yang kedua.

Lagi pula, wanita di hadapannya itu yang banyak berkorban. Yang banyak menumpahkan air mata. Demi dia.

Sedang dia tersenyum, matanya memandang gerangan yang berhenti betul - betul di belakang Younghwa.

Mata bersinar - sinar. Bibir terukir senyuman yang semakin lebar.

Sudah lama tidak mendengar khabar berita...

Kehadirannya membuatkan aku rindu secara tiba - tiba...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro