Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 097 °

"Tae, bagilah saya bawa sikit barang - barang tu. Beratlah." Ngomel Younghwa.

"Tak perlu. Awak pegang je tangan Hansung. Bukan boleh percaya budak ni. Nanti melilau entah ke mana." Taehyung menjeling manja ke arah Hansung yang sedang tersengih ke arahnya.

Di tangan Taehyung, terdapat berbelas beg yang mengandungi pakaian Younghwa dan Hansung. Juga terdapat beberapa alatan permainan.

Puas ditegah oleh Younghwa namun Taehyung tidak ambil peduli.

"Tak salah pun belanja untuk anak dengan isteri." Itulah jawapan yang diberikan oleh Taehyung setiap kali isterinya menolak.

Younghwa menggeleng - gelengkan kepalanya tanda mengalah. Memang tak boleh menanglah kalau dengan Taehyung ni.

Tidak semena - mena Taehyung menariknya masuk ke dalam sebuah kedai. Younghwa terjerit sedikit akibat terkejut.

Kedai itu dipandang Younghwa. Pelik.

"Kita nak buat apa dekat kedai ni?"

Kedai itu pula bukan sebarangan jenama. Cincin, gelang, rantai dan apa sahaja aksesori dari jenama itu mendapat sambutan hangat.

Taehyung tersenyum sahaja lalu mendekati salah seorang pekerja yang berada di situ.

"Tempahan di bawah nama Kim Taehyung."

Taehyung tempah apa pula ni?

Adui mentang - mentang kaya...

Selamba sahaja beli itu dan ini...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro