Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 095 °

"Kau masih cintakan aku?"

Younghwa menutup matanya. Peritnya ingin memberikan jawapan.

"Sudah tentu. Perasaan saya tak pernah pudar."

Tubuh Younghwa ditarik ke belakang. Taehyung pula memayungi badan wanita itu. Mata lelaki itu merah digenangi air mata.

"Kau nak.... sekiranya kita mulakan hidup baru?"

Anak mata Taehyung penuh pengharapan. Jawapan yang diberikan oleh Younghwa itulah perkara yang paling dinanti.

Mungkin kerana mengingatkan wanita itu membenci dirinya, Taehyung bertindak untuk memberikan layanan yang dingin. Tidak ingin memberikan layanan baik yang membuatkan dirinya nampak seperti terhegeh - hegeh mahu menagih cinta lama.

Younghwa kematian kata. Hanya linangan air mata dan anggukan sahaja sebagai jawapan.

"S—saya ingatkan awak benci saya, Tae."

Taehyung tersenyum sambil ibu jarinya mengesat air mata isterinya.

"Maafkan saya, sayang."

Ucap Taehyung sebelum memberikan satu ciuman ke dahi Younghwa.

Sekarang, kau sudah kembali pada aku...

Aku mohon, tetaplah bersama aku hingga ke akhir hayat...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro