° Fate 091 °
Deringan telefon yang sederhana kuat itu menarik perhatian Taehyung. Berkerut dahinya apabila nombor yang tidak dikenali tertera di kaca telefon itu.
Panggilan diterima. Penguat suara diaktifkan.
"Hello?"
Taehyung tergamam.
"Hello Taehyung?"
"Hmmm?" Tidak mahu membuatkan si pemanggil tertunggu - tunggu, Taehyung membalas juga.
"Taehyung, aku ni, Jimin."
"Aku tahu." Kata Taehyung dingin.
"A—aku nak minta maaf. Aku tahu semua ni disebabkan perangai aku sendiri. Aku tahu ni semua salah aku. Maafkan aku Tae. Aku dah tak sanggup tanggung rasa bersalah ni lagi. Aku minta maaf atas segalanya. Aku bodoh, Tae. Bodoh! Tolong jangan salahkan Younghwa. Dia hanyalah mangsa keadaan disebabkan dendam aku. Aku merayu, maafkan aku." Jimin di sana sudah menangis. Suaranya bergetar menahan sendu.
"Aku rindu kau sangat - sangat Taehyung."
Tit...
Taehyung mematikan panggilan. Sakit hati.
Jimin, dulu kita tak pernah terpisah.
Kita sahabat dunia akhirat...
Aku terkilan kerana dengan mudah kau menghancurkan persahabatan kita...
Hanya kerana seorang wanita sampah...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro