° Fate 084 °
"Taehyung..."
Lelaki itu mengeluarkan keluhan berat. Dia bangun, berura - ura untuk keluar daripada ruangan pejabat miliknya.
Belum sempat dia melangkah keluar, lengannya ditarik semula.
"Dengar apa yang hyung nak cakap." Suara Namjoon merayu. Taehyung memandang ke belakang.
"Please?" Namjoon merayu lagi. Dia tidak mahu salah faham antara mereka bertiga semakin parah.
Timbul rasa kasihan di hati Taehyung menyebabkan dia mengangguk tanda bersetuju.
"Duduklah." Tangannya menunjuk ke arah sofa yang berada di dalam pejabatnya.
"Tae, hyung tak tahu macam mana nak mulakan. Tapi apa yang hyung buat ni bersebab."
"Bersebab?" Taehyung ketawa kecil. Namun tidak pula dia membidas.
"Kau parah. Sangat parah. Mula - mula kau sedar, kau sering pengsan, sakit kepala dan sebagainya."
"Semua tu berlaku apabila kami semua memanggil nama kau."
Taehyung mula berkerut. Benarkah? Tidak pula dia mengetahui kejadian itu berlaku pada dirinya.
"Doktor buat satu kesimpulan. Nama kau menjadi sebab mental kau tidak stabil. Buat emosi kau tidak keruan."
"Kau benci kehidupan kau. Kau benci nama kau."
"Dan kami memutuskan untuk beri satu identiti baru untuk kau."
Otak manusia ni begitu menarik...
Melindungi kita dengan cara mengunci ingatan kita...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro