Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 078 °

"Kau lari ikut jantan lain. Kau tahu status kau sebagai seorang isteri, tapi kau masih nak ikut dia? Perempuan jenis apa kau ni?"

Taehyung melepaskan pegangannya perlahan - lahan. Mata masih tidak berganjak.

"Kau mesti dah pernah tidur dengan Jimin. Berlagak seolah - olah kau isteri dia. Younghwa, Younghwa. Kau pernah sedar tak betapa jijiknya diri kau?"

Pang!

Pipi Taehyung terasa panas. Wajahnya terteleng ke tepi kerana kekuatan Younghwa menampar lelaki itu.

Kini mata mereka berdua sama. Menunjukkan kemarahan. Namun bezanya, sepasang anak mata Younghwa berkaca - kaca.

"Kau dah melampau Taehyung. Kau dah melampau! Jangan bercakap seolah - olah kau tahu segalanya!" Younghwa menolak - nolak dada Taehyung supaya menjauhinya.

"LEPASKAN AKU!"

Younghwa tidak mampu mengawal emosi lagi. Dia menjerit sekuatnya. Cukuplah Taehyung menyeksa perasaannya selama ini.

Kata - kata kau mencabar harga diri aku, Taehyung.

Jaga mulut kau.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro