° Fate 077 °
Younghwa menyeringai kesakitan apabila tubuhnya dihempas ke dinding. Tangan Taehyung erat menggenggam kedua belah bahu Younghwa.
Pegangan itu terlalu kuat. Membuatkan Younghwa rasa tidak selamat.
"Kenapa? Supaya kau boleh balik pada Jimin?" Mata bertentang mata. Namun Younghwa kalah. Pandangan mata Taehyung penuh dengan kebencian.
"Tae, saya dengan Jimin tak ada apa - apa langsung!" Younghwa cuba membetulkan salah faham.
Taehyung tergelak kecil. Matanya merah dek terlalu marah. Pegangannya semakin dikuatkan.
"Kau ingat kau boleh tipu aku? Semua yang keluar daripada mulut kau tu, aku tak akan percaya."
"Kalau awak tak percaya, terpulang pada awak! Awak tak akan pernah faham!" Younghwa juga marah. Seolah - olah hal ini berlaku kerana salahnya seorang.
Bukankah Taehyung juga yang meninggalkan dia tanpa khabar berita?
Membuatkan dia tertunggu - tunggu kepulangan lelaki itu bersama satu janin di dalam rahimnya.
Kau tak adil.
Kita berdua sama - sama salah dalam hal ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro