° Fate 076 °
"Taehyung..." Panggil Younghwa perlahan.
Taehyung mengangkat mukanya daripada membaca buku perubatan di tangan. Tak lama kemudian, dia fokus kembali kepada pembacaan.
"Taehyung..." Younghwa mencuba lagi sambil bermain - main dengan jarinya sendiri. Gelabah.
Keluhan kasar dilepaskan sebelum lelaki itu menutup buku dan membuka cermin mata yang dipakainya.
Kening sebelah kiri diangkat tanda bertanya kemahuan Younghwa.
"Bila—" Younghwa menarik nafas semahunya. Sepatah ayat yang mahu diluah begitu merenggut jiwanya sendiri.
"Bila semua ni akan berakhir?"
Kening Taehyung segera bertaut. Mukanya masam.
"Maksud kau?" Suara dingin Taehyung memecah suasana.
"Bila awak nak lepaskan saya?"
Jika bersama semakin membuatkan aku dan kau tidak bahagia.
Lebih baik kita berpisah, bukan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro