° Fate 070 °
Terbit sedikit senyuman di bibir Younghwa apabila melihat gelagat anak beranak itu melayan rancangan kartun.
Hati masih sakit. Tapi tak apalah. Younghwa redha. Lagi pula ini memang salahnya.
Perasaan sedih cepat - cepat ditolak pergi. Mangkuk yang berisi buah - buahan diangkut lalu diletakkan di hadapan Hansung.
"Aku dah masukkan Hansung ke tadika. Lusa dia dah boleh pergi. Esok kita akan belikan barang persekolahan untuk dia." Maklum Taehyung kepada Younghwa.
"Papa!"
"Hmmm?"
"Kenapa papa dengan mama ber aku-kau? Tak baiklah macam tu."
Kedua - duanya tergamam. Tak tahu balasan apa yang perlu diberikan. Namun tidak lama sebelum Taehyung senyum kembali.
Younghwa terkejut sedikit apabila Taehyung tiba - tiba sahaja meraih tangannya.
"Papa cuma bergurau dengan mamalah, Hansung. Kan sayang?"
"Hah? Oh... Ya.. Papa cuma bergurau je. Hansung jangan risaulah."
Pandai awak berlakon, Tae...
Sampai saya harapkan ianya menjadi kenyataan...
Tapi semua itu tidak mungkin akan berlaku.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro