Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 066 °

"Awak patut benci saya Younghwa. Saya yang menyebabkan semua hal ni terjadi."

Jimin menunduk. Bermain - main dengan jarinya sendiri. Younghwa yang melihat berasa sedih.

Entahlah, ingin membenci, namun Jimin juga yang berjasa menjaga dirinya dan Hansung.

"Jimin..."

Lelaki itu diam tanpa sebarang respon.

"Awak lelaki yang baik Jimin. Dendam yang buatkan mata hati awak buta. Saya bersyukur sangat sebab awak sanggup jaga saya dan Hansung."

Tangan Jimin diraih dan digenggam lembut. Jimin memandang Younghwa yang sedang tersenyum lembut.

"Saya sayang awak sebagai kawan, Jimin. Terima kasih. Terima kasih untuk segala - galanya."

Jimin menangis lagi. Hatinya tidak kuat. Sungguh rapuh pada masa itu. Wanita itu menarik Jimin ke dalam pelukan.

Tahulah Jimin, dia perlukan pelukan seseorang.

Aku berterima kasih pada kau juga, Younghwa...

Kerana kau, hidup aku tidak sesunyi dulu...

Terima kasih.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro