Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 065 °

"Saya akan pergi bersama dia Jimin."

Jimin diam. Semenjak hari pergaduhan antara dia dan Taehyung pada tempoh hari, Jimin seperti kehilangan dirinya sendiri.

Mungkin kerana menyesal, mungkin juga kerana rasa bersalah yang memakan hati.

Bertahun. Selama bertahun lamanya dia memendam dendam dan menyakiti rakannya sendiri. Tanpa memberi peluang untuk lelaki bernama Kim Taehyung memberikan penjelasan.

Manusia jenis apakah dia?

"Buatlah apa yang awak rasakan terbaik untuk diri awak, Younghwa." Jimin berkata sambil tersenyum.

"Jimin..."

"Hmmm?"

"Terima kasih."

Jimin memandang Younghwa dengan mata yang penuh dengan kekeliruan.

"Untuk?"

"Sebab awak jaga saya selama ni. Awak ambil berat tentang Hansung macam anak awak sendiri. Jimin, saya amat hargainya."

Mata Jimin mula berkaca - kaca. Perlahan - lahan, setitik demi setitik mutiara jernih itu menuruni pipinya.

Terima kasih, Younghwa...

Kerana tidak membenci aku...

Manusia yang juga bertanggungjawab menghancurkan kebahagiaan kau kerana dendam aku...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro