° Fate 064 °
"T—Taehyung..."
Tangan Younghwa dilepaskan secara kasar. Wajahnya berpaling ke tepi. Seakan tidak ingin langsung melihat wajah wanita yang suatu ketika dahulu dicintainya.
"Dua minggu atau Hansung akan pergi dari hidup kau." Kata Taehyung sebelum melangkah pergi.
Younghwa menekup mulutnya. Tangisan sedaya upaya cuba disembunyikan daripada pengetahuan Hansung yang sedang tidur petang.
Lututnya lemah membuatkan Younghwa terjatuh. Hatinya dipenuhi rawan.
Sebak. Senak. Semak.
Pelbagai emosi yang memenuhi segenap ruangan hati wanita itu.
Sudah pasti dia tiada pilihan lain. Untuk bersama dengan Taehyung, dia tidak sanggup. Tapi untuk berpisah dengan Hansung, dia lebih sanggup mati.
Kenapa?
Kenapa semua ni terjadi dekat diri aku?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro