Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 056 °

Younghwa baring dan termenung. Memikirkan kesilapan yang pernah dilakukannya dahulu. Sepatutnya dia perlu menunggu suaminya sehingga pulang.

Namun bukan itu yang dilakukannya, malah dia termakan hasutan lelaki lain.

Berdosakah dia?

Sudah tentu.

Bahkan dia juga telah memungkiri janji yang pernah dia mulakan.

Perlahan - lahan air mata menuruni pipi mungilnya yang sudah kehilangan warna.

"Tae, awak tak akan pernah tinggalkan sayakan?"

"Sayang, hanya mati yang memisahkan kita."

"Janji?"

"Saya janji."

Jari kelingking bertaut menandakan sebuah janji telah dimeterai.

Janji hanya tinggal janji. Terurai kerana satu salah faham.

Kesilapan...

Itu yang ingin aku perbetulkan...

Tapi sayang...

Masa tidak mungkin akan berundur kembali...

Hanya akan meninggalkan kau bersama penyesalan...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro