° Fate 051 °
"Kim Younghwa!"
Dua kepala serentak memandang lelaki itu. Melihatkan anak kecil itu, hati Taehyung mula melembut. Cepat sahaja dia mendekati Hansung.
Dengan tubir mata yang dipenuhi cecair hangat, Taehyung melutut di hadapan darah dagingnya sendiri yang selama ini dibawa lari.
Adilkah?
"Hiyong..." Panggil Hansung perlahan.
Automatik, air mata Taehyung mengalir. Kedua belah tangan kecil itu diraih lalu diletakkan ke pipinya.
"Ini papa sayang." Kata Taehyung sambil tersenyum.
Younghwa kehilangan kata. Apa yang berlaku ni? Sungguh, Younghwa keliru. Tangan Hansung ditarik agar tidak terus memegang Taehyung.
"Mama..." Hansung memandang Younghwa. Jari telunjuknya menunjuk ke arah Taehyung yang sedang mengesat air mata.
"Papa..." Kata Hansung perlahan. Hampir sahaja senyuman menghiasi wajah itu sebelum Younghwa memarahinya.
"Hansung, papa dah tiada!" Tegas suara Younghwa mengingatkan.
Satu tangan memegang tangan Younghwa. Kuat. Tiada belas kasihan.
Wajah kau, buat aku sakit.
Tak pernah sekali pun, memori pengkhianatan kau berlalu pergi dari kotak ingatan ini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro