Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 047 °

"Doktor Hansung?" Han mengangkat kepalanya, mencari tahu siapa yang memanggil namanya.

Ternyata pakcik Hwang yang menjengah di muka pintu. Pantas Han menjemput orang tua itu untuk masuk.

"Pakcik sakit ke?" Soal Han sambil menyuruh pakcik Hwang duduk di hadapannya.

"Takdelah. Pakcik nak tengok keadaan kamu je. Macam mana? Okey tak duduk dekat kampung ni?" Ramah pakcik Hwang berbicara. Patut sahaja disenangi ramai orang.

"Okey pakcik. Tiada apa - apa masalah pun. Terima kasihlah sebab sudi jenguk saya." Jawab Han sambil membuka cermin mata yang dipakainya sewaktu bekerja.

"Pakcik harap kamu tak terkilanlah dengan Younghwa tu." Pakcik Hwang membuka mulut setelah beberapa minit membisu.

Han terdiam. Sudah tentu saja dia terasa dengan sikap wanita itu.

"Boleh saya tanya satu soalan tak, pakcik?" Han mengajukan pertanyaan.

Pakcik Hwang mengangguk, tanda membenarkan.

"Pakcik kenal Kim Taehyung?"

Tolong...

Tolonglah...

Aku perlukan jawapan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro