Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 042 °

"Kalau awak dah okey, saya pergi dulu." Kata Younghwa setelah sekian lama Han mengunci mulutnya. Dia berdiri, bersedia untuk keluar daripada klinik itu.

Tangan Han yang menghalang menghentikan gerakannya. Han masih menggigil. Dia rasa seram dengan situasi yang dia alami saat ini.

"S—siapa Taehyung?" Younghwa terpaku. Apa tujuan lelaki itu hendak mengambil tahu?

Perlahan - lahan, Younghwa merungkaikan pegangan Han.

"Saya dah cakap kan? Taehyung tu bekas sua—"

"Saya tahu! Saya tahu! Tapi apa identiti Taehyung yang sebenarnya?!"

Bukan itu yang dia mahukan. Dia mahu keseluruhannya. Bukan sekadar gelaran bekas suami Younghwa dan papa Hansung.

Tidak.

Dia mahu lebih dari itu.

Younghwa menggigit bibir. Hairan dengan sikap Han yang tidak tentu arah itu.

"Awak berehatlah."

Itu kata akhir Younghwa sebelum dia melangkah keluar.

Taehyung, kau tahu?

Mungkin ini karma bagi aku.

Kerana telah memungkiri janji kita berdua.

Tuhan datangkan aku seorang lagi lelaki untuk membuat aku tidak merasa bahagia.

Maafkan aku, Taehyung.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro