Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 037 °

"Hey..."

"Ah— Hey..." Terkejut Younghwa apabila tiba - tiba sahaja Han muncul di sisinya.

Jimin pergi lagi. Kali ini dia perlu pergi ke Paris pula. Secara jujurnya, Younghwa tidak pernah ambil kisah tentang pekerjaan Jimin. Yang dia tahu, kerja Jimin memerlukan lelaki itu untuk merantau ke banyak tempat.

"Duduklah." Han menarik tangan Younghwa yang memegang kain lap basah untuk duduk.

Younghwa pada mulanya berkira - kira sebelum dia akur. Dia mengaku, dia sudah banyak terhutang dengan lelaki di hadapannya itu.

"Sooo, awak okey?" Han kekok. Tak tahu ingin berbual tentang apa. Walhal hati meronta - ronta ingin menanyakan pelbagai soalan cuma tidak terluah.

"Ermm... Sa—"

Bunyi dering telefon pintar mematikan kata Younghwa. Dia melihat sahaja Han yang kelam - kabut menjawab panggilan itu.

"Hello?"

"Hello sayang?" Han memandang Younghwa, meminta izin untuk beredar sebentar.

Sayang, sayang, sayang, sayang!

Muak aku dengar perkataan tu.

Penting sangat ke sayang dia tu?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro