Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 028 °

Younghwa bongkok, tangan di kedua - dua belah lutut. Termengah - mengah dia mengambil nafas. Seusai sahaja nafasnya kembali normal, Younghwa tegak kembali.

Bila difikirkan balik, dia terasa bodoh. Bodoh kerana melarikan diri. Namun hatinya percaya, Hansung selamat di tangan Han. Dia tidak tahu tapi hatinya memang percaya.

Wanita itu meletakkan tangan di rambut lalu menarik - nariknya. Badan yang terasa lemah membuatkan Younghwa duduk mencangkung.

Serabut. Hatinya makin rindu.

Bahkan, hanya kesepian dan kerinduan yang dia rasai saat ini.

"Taehyungggg..." Rintih Younghwa. Setelah sekian lama nama itu tidak disebut, akhirnya ianya terlepas juga di hadapan lelaki berwajah seperti Taehyung itu.

Dan di situlah Younghwa, teresak - esak menangis di bawah langit malam yang penuh bintang.

Hati, aku mohon, tabahlah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro