° Fate 027 °
Han meraup rambutnya ke belakang. Menyesal kerana tidak mengawal perasaan marahnya.
'Aku melampau sangat ke tadi?' Bisik Han di dalam hati sebelum fikirannya melayang kepada nama yang disebut oleh Younghwa sebentar tadi.
"Taehyung..." Perlahan nama itu meniti di bibirnya. Siapa manusia yang bernama Taehyung?
Bukan itu sahaja, kenapa Younghwa memanggilnya dengan nama itu?
Han pening. Rambut dikusutkan lagi. Serabut.
"Pa..." Lelaki yang menunduk itu mengangkat kepalanya apabila terdengar Hansung menggumam sesuatu.
Kerusi ditolak sehingga ianya terletak bersebelahan Hansung.
"Pa... pa." Han membulatkan matanya sebelum senyuman pahit meniti di bibirnya.
Di dalam hati, perasaan simpati semakin menjalar - jalar untuk anak kecil itu.
Tangannya mencapai tangan Hansung lalu diramas lembut. Dan Hansung tersenyum dalam tidurnya.
Membuatkan Han lega.
Hyung ada di sini, Hansung.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro