° Fate 023 °
Rambut Hansung dielus lembut sebelum dia melepaskan keluhan berat. Nasib baik dia perasan keadaan anaknya itu.
"Younghwa." Wanita itu berpaling. Memandang manusia yang memanggil namanya. Di tangannya terdapat sepasang baju dan seluar. Pakaian itu dihulurkan kepada Younghwa.
"Tukar baju tu. Nanti awak pula yang demam."
"Ta—"
"Younghwa, awak tak boleh sakit kalau awak nak anak awak sihat." Bicara Han membuatkan Younghwa teragak - agak. Lama - lama tangannya mencapai juga pakaian yang dihulurkan.
"Boleh salin dekat atas." Kata Han sambil jari telunjuknya menunjuk ke atas.
Dia tersenyum sahaja sehinggalah wanita itu hilang daripada pandangannya. Berganti dengan keluhan.
Hansung didekati. Tak dapat dinafikan dia juga risau dengan keadaan Hansung yang seperti separuh mati.
Tangannya mengganti posisi Younghwa. Mengusap lembut rambut anak kecil itu.
Kenapalah Hansung tak beritahu hyung yang Hansung tak sihat?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro