Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 021 °

Air kosong di tangan diteguk sehingga habis. Gelas yang kosong itu diletakkan di atas meja. Kakinya terus melangkah menuju ke bilik anaknya.

Kepalanya menjenguk ke dalam bilik Hansung sebelum dia tersenyum. Perlahan - lahan dia mendekati katil bujang tersebut.

Tangan diletakkan di atas dahi dan senyumannya luntur secara tiba - tiba.

Panas.

Younghwa menguak rambut anaknya yang sudah basah akibat peluh. Sesekali Hansung merengek kesakitan.

"Hansung... Bangun sayang." Younghwa cuba membangunkan anaknya dengan menepuk pipi tembam itu berkali - kali.

Mata Hansung terbuka sedikit. Mulut dibuka.

"Ma... ma. S—sakit." Kata Hansung perlahan. Younghwa semakin risau. Tubuh kecil itu begitu panas.

Hansung kemudiannya terbatuk - batuk sebelum kembali merengek.

Younghwa seperti ingin menampar dirinya sendiri. Dia nampak perubahan Hansung petang tadi. Tidak aktif seperti selalu namun dia biarkan sahaja. Memikirkan bahawa Hansung penat dan tidak ingin bermain di luar.

Younghwa tiada pilihan lain. Rengekan Hansung benar - benar menggusarkan hatinya.

Langit malam yang menumpahkan hujan dipandang namun Younghwa tekad.

Baju sejuk Hansung dan payung dicapai.

Aku cuai!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro