Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 013 °

Doktor yang bernama Hansung itu memandang sahaja Younghwa yang sepertinya payah dalam mengangkat bunga - bunga yang berada di bakul.

'Nak tolong ke tak? Nak tolong ke tak? Kalau dia jeling aku lagi macam mana? Ahh, tolong jelah. Tak gentleman lah kau ni.' Lama berperang dengan fikirannya, Hansung mengambil keputusan untuk mendekati Younghwa juga akhirnya.

"Nak saya tolong?" Kakinya betul - betul berhenti di hadapan Younghwa.

Wanita itu seperti biasa, menjeling dan membalas dingin. "Tak perlu."

Younghwa ke tepi lalu terus berjalan seperti biasa. Walhal jantung sudah berdegup laju.

'Bertenang Younghwa.'

"ARKKKK!" Bunga bertaburan keluar daripada bakul. Younghwa mendesis kesakitan.

Dalam hatinya sudah menyumpah - nyumpah lubang jalan yang disandungnya sebentar tadi.

Yelah, jalan kampung tak macam jalan bandar. Banyak batu dan lubang - lubang.

"Awak ok?"

Satu tangan dihulurkan.

Dia... cantik.

Kenapa aku tak perasan kecantikan dia sebelum ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro