° Fate 012 °
"Mama!!"
Younghwa tersentak. Jelingan serta merta dialihkan daripada lelaki yang berada di bangunan sebelahnya itu.
"Mama ni kenapa? Kalau mama asyik jeling hiyong macam tu, hilang pelanggan mama nanti." Marah Hansung.
"Ahh, maaf sayang." Ucap wanita itu sambil mengusap belakang lehernya tanda malu. Dia perlu tunjukkan contoh yang baik - baik sahaja kepada anaknya.
"Hiyongg!!!" Younghwa berangan lagi. Tidak sedar doktor itu sudah menapak masuk ke dalam kedainya.
"Saya nak makan." Jawab doktor itu ringkas. Sudah lali dengan wanita yang sering memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.
Dia pun tak tahu apa sebabnya jadi dia biarkan sahaja. Lagi pula, dia tidak rasa dia ada buat kesalahan kepada wanita itu.
Tapi lama - lama, rasa geram juga.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro