° Fate 011 °
Younghwa melepaskan keluhan berat. Cawan yang berisi kopi di tangan diletakkan di atas meja itu.
Itu semua dilakukan atas dasar desakan anaknya sahaja selepas Hansung, doktor itu menolongnya menukar mentol. Tak mungkin dia melakukannya secara sukarela.
Lagi pun, dia tak suruh doktor yang mengcopy kucing nama anaknya itu tolong dia.
"Terima kasih." Ucap Hansung, doktor itu sambil tersenyum.
Younghwa tidak menjawab. Masih dengan jelingan tajam dan muka masam, dia melangkah masuk ke dalam kedai bunganya.
"Hansung..." Hansung menoleh ke arah doktor hensem itu.
"Kenapa hiyong?" Doktor itu ingin ketawa namun tidak sampai hati melihat wajah polos anak kecil itu. Comel betul pelat dia.
"Mama Hansung memang garang eh? Takut hyung tau." Bisik doktor itu perlahan sambil membuat mimik wajah gerun.
"Tak. Biasanya mama baik. Tapi tak tahulah kenapa dengan hiyong, mama macam tu." Hansung membuat muka serius. Memikirkan tentang personalitinya mamanya yang tiba - tiba berubah jahat di hadapan hyung kesayangannya.
Dahlah nama hyung kesayangannya sama dengan namanya. Nampak sangat jodoh.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro