Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 010 °

Berpeluh - peluh Younghwa ingin menukar mentol di halaman hadapan kedainya itu. Terketar juga dia saat menaiki tangga. Namun dia hanya boleh bergantung dengan dirinya sahaja.

"Mama, sikit lagi!" Hansung memberi semangat.

"Mama!"

"Mama!"

"Hansung nak apa?" Younghwa sedikit sebal apabila anaknya berulang kali menyeru namanya tanpa sebab.

Dia mahu fokus!

"Perlukan bantuan?"

"ARGHHH!!" Wanita itu menjerit terkejut membuatkan dia hilang imbangan. Matanya ditutup rapat menunggu hentakan yang akan berlaku pada tubuhnya.

Namun tiada. Malah Younghwa merasakan tubuhnya berada di awangan. Younghwa membuka matanya kembali.

"ARGHHHH!!!"

Gedebuk!

Akhirnya, Younghwa sampai ke tanah jua. Kali ini, jeritannya mengejutkan lelaki itu sehingga lelaki itu terlepas pegangannya.

"Tulah mama, Hansung panggil dari tadi tak nak dengar. Kan dah terkejut." Sempat lagi Hansung membebel. Younghwa tidak peduli malah hanya mengaduh kesakitan.

"Awak ok?" Lelaki itu melutut di hadapan Younghwa.

"Saya ok. Tak perlu risau." Balas Younghwa dengan nada dingin.

Jelingan tajam sempat diberikan kepada lelaki itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro