° Fate 007 °
Sesekali Younghwa mencangkung, sesekali juga wanita itu mengelap peluh di dahi. Matahari dah tegak di atas kepala, tak akan doktor tu tak sampai lagi.
Dalam hati, Younghwa sempat menyumpah doktor yang tidak dikenalinya.
'Apalah, kata doktor. Takkanlah tak pandai tepati masa. Kalau aku ni pesakit, dah lama aku mati agaknya tunggu dia lambat sangat.'
Younghwa mencangkung lagi. Bunga di tangan diletakkan di tepi secara berhati - hati. Kedua belah tapak tangannya diletakkan di pipi. Bosan.
"MAMA!"
Younghwa yang sedang masam itu tiba - tiba sahaja ketawa. Kenapalah anaknya itu suka benar menjerit namanya? Benar - benar mencuit hatinya.
Dia berdiri lagi. Bunga juga diambil. Dari jauh dia ternampak segerombolan manusia sedang menuju ke lokasi tempat dia berdiri.
Senyuman semakin lebar melihatkan Hansung yang berada di dukungan seseorang. Melihatkan Hansung yang melambai ke arahnya, dia melambai kembali.
S--siapa tu?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro