° Fate 005 °
"Pakcik, ada apa ni?" Soal Younghwa apabila melihatkan lori yang diparkir di hadapan bangunan di sebelah kedai bunganya.
Bangunan itu kosong. Empat tahun Younghwa di situ, empat tahun jugalah bangunan itu tidak berpenghuni.
Sekarang, tiba - tiba sahaja ramai orang kampung yang sibuk memindahkan barang ke dalam bangunan itu.
Jimin membawa Younghwa berhijrah di sebuah kampung di Daegu. Younghwa bersetuju. Lagi pula, bandar sangat - sangat tidak sesuai dengan jiwanya.
Jadi di sini Younghwa berada. Di sebuah kampung bersama kedai bunga dan kedai makan yang menjadi sumber pendapatannya.
Masih Younghwa ingat lagi, walaupun dia dan Jimin merupakan orang baru di kampung itu. Namun orang - orang yang menetap di situ tetap menyambut kedatangan mereka berdua dengan ramah dan baik sekali.
Memang hendak dikatakan, Younghwa sudah jatuh cinta dengan kampung itu.
Younghwa menumpukan tumpuan ke arah ketua kampung yang ditegurnya sebentar tadi, Go Hwang Shik. Lebih senang dipanggil pakcik Hwang atau pakcik sahaja.
"Ada doktor nak jadi sukarelawan selama 5 bulan dekat sini." Balas pakcik Hwang dengan senyuman yang melebar.
Doktor sukarelawan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro