Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

° Fate 001 °

"Mama!!"

Younghwa terus tegak. Kepala dipusingkan menghadap suara yang memanggilnya. Seorang budak dalam lingkungan umur 5 tahun berlari ke arahnya.

"Hansung-ah, kenapa ni?" Soal Younghwa penuh risau. Sesekali ibu jarinya mengesat air mata serta hingus di muka yang sudah merah itu.

"Hyuk pe--pecahkan robot Hansung. D--dia kata Hansung tak boleh main dengan diorang." Tersedu - sedu Hansung mengadu kepada ibunya sendiri.

Kening Younghwa bertaut. Geram namun nak dibalas, mereka juga anak kecil seperti Hansung.

"Takpe Hansung. Mama ada boleh main dengan Hansung! Mama lagi best daripada Hyuk tu tau!" Younghwa menceriakan suaranya. Cuba menarik minat anaknya sendiri.

"T--tapi mama besar! Hansung kecik!" Hansung muncung. Sesekali badannya terangkat kerana sedu.

Younghwa membuat muka terkejut di hadapan Hansung.

"Hansung nak kata mama gemuk ke? Sampai hati Hansung!" Kali ini, Younghwa membuat mimik muka menangis pula.

"Mana adaaaaa. Mama kurus." Tangisan Hansung begitu cepat reda. Dia memujuk ibunya pula.

Younghwa bersorak gembira di dalam hati.

Kacang je nak tipu budak kecik ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro