Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

32; Semoga Tidak Sementara

"Nah." sebesen air hangat dan sehelai tuala bersih diserahkan kepadaku. Pemberian Song Minho kuambil tanpa sebarang kata lalu aku menghenyak punggung ke birai katil.

"Dahlah bergaduh, kak. Kasihani Abang Jimin." Minho menasihatiku sebelum beredar pergi meninggalkan aku bersama Park Jimin.

Aku melepaskan satu keluhan. Dengkuran halus jejaka yang terbaring di atas katil berjaya mengurangkan sedikit rasa bersalah yang menghantuiku sebentar tadi. Jelas kesan kemerah-merahan pada pipi kiri Jimin, penangan tamparan berbisaku.

"Saya takkan minta maaf sebab ini semua salah awak kerana terlalu berdegil." aku menutur perlahan. Tuala bersih kurendam buat seketika ke dalam air hangat. Usai memerahnya, aku mengelap wajah dan leher Jimin dengan berhati-hati. Sesekali jari-jemarinya yang berkuku tajam bergerak, mungkin bertindakbalas dengan sentuhanku.

"Kak, dia pun makhluk Tuhan juga walaupun bukan manusia seperti kita. Dia ada perasaan."

Aku teringat kata-kata Minho seakan memerliku tadi. Ya, aku tidak mampu menidakkan dia makhluk Tuhan tetapi... Aku tak ingat dia. Memang clueless, sedikit pun tiada memori yang tersimpan di dalam kepalaku.

"Hee Ran, kenapa buat saya macam ni?"

Rintihan Jimin membuatkan aku tersentak. Matanya kekal terpejam, mengigau barangkali.

"Saya terseksa, Hee Ran."

Kali ini pelupuk matanya dibasahi cecair jernih, terasa hangat bila jatuh terkena tanganku.

Aku mengeluh berat lalu bingkas berdiri. Kaki kutala ke arah tingkap. Malam ini, seperti malam sebelumnya. Tiada bintang manakala bulan pula segan menunjukkan rupa.

******

"Ahh!" Iyan merebahkan tubuhnya ke atas rumput. Layang-layang pemberian kanak-kanak bernama Yoon Chae di taman ketika siang tadi dipeluk senang.

"Kenapa kau berpura-pura tak kenal dia, Yoongi?" Iyan memalingkan wajahnya, memerhati Yoongi yang lebih ralit merenung beberapa tangkai bunga langit malam.

"Sebab aku nak tebus segala kesalahan aku." Yoongi menjawab mudah.

"Bukan kau suka dia ke?" Iyan membidas. Dia tahu dan sedia maklum bahawa Yoongi sukakan Song Hee Ran.

"Suka tak semestinya perlu memiliki." Yoongi bangkit daripada pembaringannya.

"Jom melawat Rhosyn." tangan dihulur kepada Iyan. Iyan tidak menyambut huluran tersebut kerana bimbang Yoongi akan tersembam bila menarik tubuhnya yang gempal.

"Berapa tangkai bunga Tuanku dapat?" Iyan mengekek geli hati.

"Enam tangkai. Tiga untuk Rhosyn, tiga untuk Aydin." Yoongi menguntum senyum. Jejaka itu berjalan seiringan bersama Iyan sebelum kedua-dua hilang dalam sekelip mata, pulang ke Zagreb.

******

Pancaran kilat diselangi dentuman guruh membangkitkan aku dari tidur yang lena. Seperti biasa, celik je mata... Mesti telefon pintar yang kucari terlebih dahulu untuk melihat masa dan memeriksa jika adanya pesanan ringkas.

Pukul 5:15 pagi. Tiga mesej kuterima daripada nombor yang tidak kukenali.

Terima kasih untuk 'hadiah' semalam.
Saya takkan pernah menyimpan dendam  kerana sayang dan cinta saya kepada awak terlalu mendalam.

Saya takkan muncul lagi. Jaga diri, jaga kesihatan. Jangan sesekali apa-apakan bayi kita.

Salam sayang, pjm.

Usai membaca mesej tersebut, aku menoleh ke sisi. Kosong. Tiada lagi Park Jimin yang tidur dengan nyenyak di sebelahku semalam.

Aku diserang seribu satu rasa. Aku melepaskan satu keluhan lalu memejam mata rapat.

"Tak mengapa, Hee Ran. Tak mengapa. Jangan rasa bersalah." berulangkali aku memujuk diri-sendiri sehinggalah aku terlelap kembali.

*******

"Ayah nak makan? Hee Ran tolong suapkan." aku mengeluarkan dua bekas makanan daripada beg tahan haba. Satu bekas mengandungi mandu berintikan daging ayam, satu lagi mengandungi lempeng daun kucai dan tiram.

"Kamu yang masak?" ayah bertanya.

"Ya." sepatah aku menjawab.

"Kamu ni, tak perlu buat apa-apa. Rehat je di rumah dan jaga kandungan tu betul-betul. Lagi pun pihak hospital dah sediakan makanan yang berkhasiat untuk ayah. Semenjak ayah sedar, tak pernah lagi ayah kebuluran... Asyik makan je." ayah tergelak kecil lalu meraih tanganku.

"Hee Ran cuma nak sediakan makanan kegemaran ayah je." aku dirundum sebak  tiba-tiba lantas terus menangis di hadapan ayah.

"Alahai, kenapa menangis ni? Kecil hati sebab ayah tak hargai usaha kamu?" ayah menarikku ke dalam dakapannya.

"Eung." aku mengangguk. Jujur aku kecewa bila ayah sepertinya tidak menghargai apa yang telah aku buat.

"Syh, jangan menangis. Ayah minta maaf. Ayah tak tahu pula kamu terlalu sensitif, biasanya kental lain macam." kini jari-jemarinya mengusap lembut perutku.

"Kamu yang buat anak atuk jadi sensitif ya?" lembut ayah berbicara dengan kandunganku.

Aku tergelak kecil.

"Ayah kamu datang jumpa atuk meraung tak habis-habis. Ibu kamu pula, tengoklah... Bukan senang nak tengok dia menangis." sambung ayah lagi sebelum merenung wajahku.

"Apa-apa yang berlaku, jangan buat keputusan melulu. Ambil masa dan fikir sedalam-dalamnya."

Maksud tersirat yang dilontarkan ayah, aku terlalu faham.

"Dia ada melawat ayah?" aku menyoal tenang.

"Siapa?"

"Jimin."

"Hari ni, tak. Selalunya waktu macam ni dah terpacak depan ayah, mengadu-domba tentang layanan kamu terhadap dia." ayah menjawab sebelum menyambar sebiji mandu. Dinikmatinya makanan itu dengan penuh berselera.

"Hee Ran, sebelum pulang nanti... Ambil kotak biru dalam almari tu." ibu mengarah sebaik kembali ke wad selepas membersihkan dirinya. Terselit kepenatan pada wajah ceria ibu.

"Baik, bu." aku mengangguk patuh lalu memaut lengan ibu. Sepotong lempeng kucai kusuapkan ke mulutnya. Ibu tidak menolak. Seperti ayah, ibu juga menikmati masakanku dengan senang hati. Sesekali ayah berceloteh hingga mengundang tawa kami berdua.

******

Melangkah sahaja keluar dari bilik air, aku tidak terus mendapatkan pakaian di dalam almari tetapi mengubah hala ke arah meja belajar sebaik terpandang buku nota kecil di atas lantai.

Aku hampir-hampir lupa dengan kewujudan buku tersebut yang kujadikan ia sebagai diari. Biasanya selepas menulis luahan hati, aku akan sorokkan diari itu dengan menampalnya di bawah meja. Takkan ada sesiapa yang tahu kecuali aku.

Tetapi itulah, sepandai-pandai tampal diari di bawah meja... Akhirnya jatuh ke lantai jua, mungkin disebabkan ketahanan pita pelekat makin berkurang.  Nasib baik aku yang jumpa, kalau Minho... Habislah, aku boleh jadi bahan ejekannya setahun.

Aku menyambar buku nota sebesar tapak tangan itu lalu menghenyak punggung ke birai katil. Satu-persatu muka suratnya kubelek.

Entri satu: berteman ombak dan pasir pantai berkilau dipanah mentari
Aku curi-curi pandang Kim Myungsoo. Aih, lesung pipitnya. Comel sangat.

Entri dua: mimpi seram lagi!
Sejak akhir-akhir ini aku dihantui mimpi seram, dikejar sesuatu sepertinya seekor harimau hitam.

Entri tiga: Jiran yang pelik.
Jiran yang tinggal di unit atas suka buat bising. Aku cuba tegur, tapi wajah dia... Menyeramkan!

Entri empat: Tugasan kena reject, kerja lapangan menanti.
Berada di tahun akhir yang mencabar. Itu tak kena, ini tak kena. Sabarlah, Song Hee Ran. Bila dah grad nanti, kau akan rindukan suasana kuliah dan rakan-rakan sekelas.

Entri lima: Bukan mimpi, ia betul-betul realiti.
Aku diculik hantu jembalang Tasik Paldang. Rupa elok, perangai je kurang. Suka sangat bercakap merapu.

Entri Enam: kisah lawak seorang Park Jimin
Dia claim aku isteri dia yang sah. Buktinya ada tatu harimau hitam di pergelangan tangan kiriku. Arghhh! Aku tak nak percaya!

"Tak... Tak." kedua-dua belah tanganku menggigil di saat ini. Bagai menonton wayang, aku mula teringat satu-persatu memori di antara aku dan Park Jimin.

Entri tujuh: Tak terlalu suka, tak juga benci
Ada sesuatu pada lelaki itu yang membuatkan aku mahu mengenalinya lebih, lebih dan lebih.

"Ji...Jimin." aku bangkit dari dudukku lantas menyambar kotak biru yang berada di atas meja. Kata ibu, ianya hadiah daripada Jimin.

Kotak tersebut aku buka dengan tidak sabar. Isi di dalamnya membuatkan aku tergamam.

"Ini... Ini bukan ke..."

********
Imbas Kembali

"Kenapa abang bersendirian di sini? Abang tak ada keluarga?" Song Hee Ran mengerakkan kakinya, bermain dengan air danau.

"Tak ada." Jimin menjawab mudah. Sesekali jejaka itu mengerling ke arah dua orang lelaki dewasa sedang berbual-bual.

"Kasihannya. Mesti abang rasa sunyi kan?" Hee Ran menyoal petah sebelum beg galas berilustrasi animasi Sailormoon diselongkar.

Park Jimin tidak menjawab malahan ralit melihat tingkah anak kecil itu.

"Ini Luna." boneka kucing diperbuat daripada kain felt dan disumbat kapas diserahkan kepada Jimin. Song Hee Ran tersengih menanti pemberiannya diterima.

"Luna akan jaga abang buat sementara waktu. Bila Hee Ran dah besar, Hee Ran akan kahwin dengan abang. Barulah abang tak rasa sunyi." patung Luna diletakkan ke atas riba Jimin.

"Kamu tahu ke kahwin itu apa?" Jimin tergelak kecil tetapi pada masa yang sama rasa terharu dengan impian naif kanak-kanak perempuan tersebut.

"Kahwin, macam ibu dan ayah. Duduk satu rumah, saling menyayangi." Hee Ran berdiri lalu mengucup pipi Jimin secara tiba-tiba.

"Hee Ran ke sini! Buat apa di sana cakap seorang diri hah?" laungan si ayah kedengaran.

"Hee Ran janji, bila Hee Ran dewasa... Hee Ran cari abang dan kita kahwin berdua." janji anak kecil itu penuh bersemangat sebelum berlari mendapatkan ayahnya.

*******

Aku terduduk ke lantai sambil mengenggam kemas boneka Luna. Aku telah ingat semuanya.

Aku orang pertama mencipta janji dan akulah jua yang memungkirinya. Park Jimin tidak bersalah. Sedikit pun tidak.

Aku, aku....

Aku memeluk lutut, menangis semahu-mahunya.

*******

"Tak ada guna pun beli benda ni." kotak berisi doppler janin, monitor untuk memeriksa degupan jantung bayi yang dibeli melalui isteri Mingyu ditolak jauh. Park Jimin menyambar segelas koktail bunga girang lalu meneguknya bersama perasaan sedih, kecewa dan juga marah.  Gelas sudah pun kosong dihempas kuat ke atas meja lantas kaki diatur ke arah poster Born To Slay edisi terhad yang tertampal di dinding.

Koyak? Biarkan? Koyak? Biarkan?

"Ah, aku kisah ap..."

Beep. Beep. Beep. Tiga kali bunyi notifikasi menandakan ada pesanan ringkas diterima. Terbantut niat Park Jimin untuk menanggalkan poster tersebut, didapatkannya telefon yang berada di atas sofa terlebih dahulu.

Adik ipar kesayangan:
Abang, ada di Paldang ke sekarang?

Anda:
Ya

Adik ipar kesayangan:
Okey, jangan ke mana-mana.

Anda:
Kenapa?

Park Jimin menghenyak punggung ke atas sofa. Kaki disilangkan dan jejaka itu setia menanti mesejnya berbalas.

Hanya 'dilihat' sahaja, tanpa sebarang balasan. Jimin berjaya di'bluetick buat pertama kalinya, barulah kini dia mengerti perasaan orang lain yang mengalami nasib yang sama.

"Kau kuat, Jimin. Kau kuat. Jangan sesekali munculkan diri kau lagi di hadapan Song Hee Ran. Kau kuat!" jejaka itu berdiri dan menjerit sepenuh hati.

******

Suasana petang, bersendirian di tepi tasik bertemankan angin bayu dan kicauan unggas... Park Jimin merasa tenang. Nafas ditarik panjang, menyedut udara segar sebelum ia dilepaskan perlahan-lahan.

Plukk! Plukk! Sesekali anak-anak ikan seluang melompat ke permukaan air. Park Jimin menjadi terhibur. Di Tasik Paldang ini, terdapat pelbagai jenis ikan air tawar yang menjadi punca pendapatan dan makanan bagi penduduk di sekitarnya. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini, setiap kali pulang ke Paldang... Pasti Pakcik Hong iaitu sepupu kepada ayah Song Hee Ran akan memberikan ikan hasil tangkapannya kepada Jimin.

Sebagai balasan, Jimin memberikan lelaki itu kulat madu atau tumbuhan herba yang selamat dimakan.

"Jimin, Jimin. Nampak gayanya kau kena belajar lupakan stail kehidupan kota memandangkan kau lagi sesuai hidup di hutan." Jimin bermonolog sendiri lalu melabuhkan punggungnya ke atas rumput.

******

"Tu, dia ada di sana." bertemankan Pakcik Hong dan Song Minho, aku berjaya menjejakkan kaki ke Tasik Paldang. Tidak jauh dari tempat aku berdiri, kelihatan satu susuk tubuh sedang ralit merenung air tasik.

"Kami tinggalkan akak di sini ya." Minho memberitahu sebelum berjalan beriringan dengan Pakcik Hong meninggalkan aku di sini.

Aku segan dan pada masa yang sama... Mahu sahaja aku berlari ke arah Park Jimin dan memeluknya erat. Tetapi aku tidak tahu sama ada kehadiranku diterima baik olehnya setelah mendapat layanan buruk dariku.

"Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus." aku mengawal pernafasan bagi mengurangkan debaran di dada lalu langkah kuatur satu-persatu menuju pinggir tasik.

"Awak." aku menegur tatkala menghampiri Park Jimin. Jejaka itu berpaling sekilas sebelum merenung kembali air tasik. Kewujudanku bagaikan diabaikannya.

"Nah." rasa segan kucampak jauh-jauh. Aku mula bersimpuh di sebelah Jimin dan meletakkan patung Luna ke ribanya.

"Kenapa pulangkan?" kini wajahku dipandang pelik oleh Jimin.

"Saya kembalikan Luna bersama janji awak sekali. Jadi, awak dah tak ada apa-apa janji pada saya. Awak bebas." Jimin menutur perlahan. Dalam bicaranya, aku boleh rasa terselit satu kekecewaan.

"Tak, saya tak mahu bebas. Saya ingin terikat dengan awak." aku memeluk tubuh tersebut.

"Sudah terlambat, Song Hee Ran. Saya sedang belajar untuk lupakan awak. Biar saya hidup di sini, sendirian tanpa teman." pelukanku cuba dileraikan, namun makin erat aku memeluknya.

"Boleh tak jangan berdrama?" aku menatap sepasang mata yang sudah pun merah dan berkaca.

"Mana ada berdrama. Saya serius dan tak me..."

Aku tidak membenarkan Park Jimin menyudahkan bicaranya. Bibir jejaka itu kukucup berani. Dalam sekelip mata, aku dan dia kini berada di tepi pantai.

"Eh?" Jimin memandang keadaan sekeliling.

"Kenapa?" aku menyoal kerana dirinya nampak terkejut.

"Kenapa kita boleh berada di sini sedangkan saya tak ada niat pun nak bawa awak ke mana-mana?" aku direnung pelik.

"Bukan saya." aku menyangkal pantas setelah memahami sepenuhnya maksud jejaka tersebut.

"Pelik." Jimin menggaru kepala. Kasihan pula aku tengok muka blur dan clueless dia. Aku rasa, aku tahu apa yang sedang berlaku.

"Sebenarnya, masa saya cium awak tadi... Saya teringatkan kenangan kita di pantai ini. Mungkin sebab itulah kita boleh sampai ke sini." aku berterus-terang.

"Tapi bagaimana?" Jimin kembali menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku perasan, rambut perangnya sedikit panjang dari biasa.

"Kuasa cinta." aku membalas selamba sebelum meraih tangannya dan kuletakkan ke perutku.

"Jangan lupa, di dalam ini ada Haures junior." aku menguntum senyum malu. Buat pertama kalinya aku rasa bersyukur dengan hadiah yang tidak pernah kupinta.

"Ah, ya. Haures junior." Jimin tergelak janggal. Pinggangku dipaut erat lalu dahiku dikucupnya lama.

"Hee Ran."

"Apa dia?"

"Saya cintakan awak."

Pengakuan malu-malu daripada Park Jimin membuatkan aku hampir tergelak. 

"Saya cintakan awak juga." ayat itu meluncur laju dari mulutku. Ini pertama kalinya aku mengungkap kata cinta kepada seorang lelaki sepanjang aku hidup di bumi Tuhan.

Kejap?  Rasanya aku pernah confess pada Myungsoo. Ah, persetankan ia.

"Dah lama saya nak tanya awak." aku merungkaikan pelukan lalu mendapatkan beberapa tangkai bunga limonium.

"Apa dia?" Jimin mengekori jejakku dan turut memetik bunga yang tumbuh di  meliar di atas pasir pantai.

"Apa nama pantai ni?" aku menyoal. Tangkai bunga limonium kujalin agar ia menjadi sesuatu.

"Entah." Jimin menjawab mudah seraya dengan itu, dirinya duduk melutut. Nampak macam nak melamar aku pun ada.

"Hee Ran."

"Apa dia?"

"Sa...saya rasa ada belalang dah masuk ke dalam baju saya. To...tolong buangkan." Jimin kaku tidak bergerak. Wajahnya kemerahannya sebentar tadi berubah pucat.

Apa dia? Belalang masuk dalam baju? Mati-mati aku ingat dia nak melamar aku.

"Ahhhh! Hee Ran, tolong! Geli, belalang merayap ke sana ke mari."

Aku melepaskan satu keluhan. Baru aku tahu, spesies Haures takutkan belalang.

"Hee Ran..."

"Ya, nak tolonglah ni. Duduk diam-diam." tanganku menyusup masuk ke bawah kemeja putih nipis yang tersarung di tubuh Park Jimin.

"Geli!"

"Diamlah!"

"Cari dan tangkap elok-elok."

"Tahu!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro