Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30; Gugurnya Kelopak Kamelia

Satu-persatu kelopak bunga kamelia gugur ke tanah apabila angin bertiup kuat. Kesejukannya tidak dipedulikan Park Jimin, malahan jejaka itu nampak serius memetik bunga kamomil yang tumbuh meliar di tepi tasik. Selain dibuat hiasan nanti, kuntum bunga tersebut boleh diletakkan ke dalam air panas untuk dijadikan teh yang menyihatkan.

"Cukuplah ni." sedikit senyum terpapar pada wajah Jimin lalu bibirnya menghilangkan diri dan muncul dalam sekelip mata di ruang tamu yang ringkas serta tata riasnya nampak estetik.

Park Jimin tidak menunggu lama. Beberapa tangkai bunga kamomil diletakkan ke dalam botol kaca berisi sedikit air lalu jejaka itu menghenyakkan punggungnya ke atas kerusi.

Memori lama yang dicipta bersama Song Hee Ran kini menerjah ingatannya.

******

"Rumah buruk, perangai pun teruk." Song Hee Ran mencemuh. Sesekali Park Jimin dijelingnya tajam.

"Seburuk-buruk rumah ini, ia mampu melindungi kita daripada dipanah mentari, disimbahi hujan atau jadi perlindungan serangan binatang buas." Jimin membalas selamba. Tangannya lincah mengepil dedaunan herba seperti marjoram, oregano dan rosemary pada tali untuk dikeringkan.

"Ah, sembang!" Hee Ran mendengus. Kaki ditala segera ke arah Jimin. Sengaja gadis itu bertentang muka dengan Jimin sebelum matanya dibeliakkan luas.

"Nak hantar aku pulang ke tidak wahai hantu jembalang?"

"Tak nak, belum tiba masanya lagi."

"Shit!" satu carutan ringkas keluar dari mulut Song Hee Ran. Dirinya tampak bengang.

*******

Park Jimin tertawa kecil buat seketika sebelum titis-titis air mata jatuh menimpa pipinya.

Wajah diraup segera.

"Maafkan saya, Song Hee Ran. Maafkan saya kerana tidak mampu lindungi awak." rintihan demi rintihan kedengaran, berharmonikan hujan lebat yang turun dengan tiba-tiba.

******

"Ibu tak tahu apa yang sedang berlaku. Ibu rasa..." Junri tidak betah duduk di kerusi, kalau boleh dia mahukan jawapan segera di atas apa yang telah terjadi.

"Itu tak penting, bu. Apa yang penting, kakak selamat." bagi menenangkan ibunya, Minho mendakap erat wanita itu.

"Itu ibu tahu tetapi ibu masih terkejut apabila doktor cakap yang kakak kamu men..."

"Ibu, kita rahsiakan perkara ini daripada pengetahuan Kak Hee Ran ya? Bila dia dah sedar dan dalam keadaan okey, baru kita bagitahu." usul Song Minho. Dia tahu sesuatu yang ibu dan ayahnya tidak tahu.

*******

"Kau tunggu di sini." Song Minho mengarah kepada Sung Yoon. Sekeping kad dikeluarkan segera dari kocek seluarnya.

"Alah, tak syoklah. Choi San bagitahu aku, kakak kau lawa. Aku pun nak tengok juga." Sung Yoon merengek lalu memaut erat lengan Minho.

"Lawa lagi ubi kentang kecut. Dah! Jangan nak mengada-ngada. Aku nak ambil kamera kejap je pun." rimas dengan kelakuan Sung Yoon, tubuh remaja itu ditolak. Kad hitam mula diimbas pada skrin kawalan keselamatan untuk mengakses masuk ke dalam rumah bernombor 1802.

Akses berjaya.

"Kalau kau nak tunggu aku di bawah pun boleh, sambil-sambil ambil udara segar." sempat Minho berpesan kepada Sung Yoon sebelum dirinya melangkah masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Sengaja pintu rumah dibuka dan ditutup perlahan kerana dia ada rencana untuk menyergah kakaknya yang selalu menonton drama di ruang tamu.

Terjengket-jengket Minho menapak mencari kelibat matanya.

Dalam kesuraman ruang tamu yang hanya disimbahi cahaya daripada TV dan lampu dapur, Minho menangkap dua susuk tubuh sedang bercumbu di atas sofa.

"B...benda apa tu?" Minho hampir-hampir terduduk apabila figura yang mencumbui kakaknya itu bukannya manusia biasa tetapi separa harimau hitam atau lebih tepat lagi, harimau kumbang.

"A...bang Jimin?" tebak remaja itu lantas menekup mulutnya sendiri untuk mengelakkan kehadirannya diketahui.

Song Minho mengundur beberapa tapak sebelum berlari keluar dari rumahnya.

"Kau kenapa? Cuak semacam je ni." Sung Yoon menyoal hairan apabila rakannya itu keluar dari rumah dengan tergesa-gesa, berbekalkan wajah pucat lesing.

"A...aku nampak hantu." tersekat-sekat Minho memberitahu lalu membuka langkah laju.

******

"Syukur kamu dah sedar." itu ayat pertama yang aku dengar sebaik aku terjaga dari lena yang panjang. Ibu menguntum senyum manakala Minho pula tersengih lebar.

"Ugh." aku menggeliat malas sebelum perasan di tanganku tersemat branula merah jambu dan pergelangan tangan kiri pula berbalut kemas.

Aku pandang pelik ibu dan Minho silih berganti. Kenapa dengan aku?

"Ibu, apa dah jadi? Kenapa Hee Ran berada di hospital, bu?" lebih baik bertanya ibu dari terus berteka-teki sendirian.

"Se...semalam jiran kita tu haa, jumpa kamu pengsan di hadapan pintu rumah dalam keadaan tangan kiri kamu sedikit melecur." jawab ibu tergagap-gagap.

Apa yang aku ingat, selepas makan malam aku turun ke bawah untuk menunggu kepulangan ayah.

"Ayah mana bu?" meliar mataku mencari kelibat ayah.

"Ayah kamu..."

"Ayah mengalami kemalangan, kak. Dah hampir dua minggu ayah tidak sedarkan diri." Minho memintas bicara ibu. Remaja itu nampak tenang dan bersahaja.

"A...ayah kemalangan?" terasa dadaku dihenyak sesuatu, berat dan menyakitkan.

"Bagai...bagaimana boleh berlaku?" aku mengetap bibir, cuba menahan diri agar tidak menangis.

"Ayah kamu kemalangan kerana tayar lori yang dipandunya pecah sebelum terbabas melanggar penghadang jalan." jari-jemari ibu menyentuh wajahku.

"Hee Ran jangan risau, doktor bagitahu... Ayah kamu akan sedar tidak lama lagi." ibu memujukku.

"Memandangkan akak dah sedar, nak suruh adik khabarkan pada Abang Jimin ke? Abang Jimin kini berada di Paldang lepas dibenarkan keluar daripada hospital." Minho mengeluarkan telefon pintar dari kocek seluarnya.

"Jimin? Siapa?"

Jujur aku tidak mengerti apa yang dibicarakan adik lelakiku itu.

"Abang Jimin, kekasih a.k.a suami tidak rasmi akak."

"Apa yang Minho mengarut ni, bu? Bila masa pula Hee Ran ada kekasih?" aku merengus lantas menghadiahkan Minho penyepit ketam ke lengannya.

Ibu diam. Ibu pandang Minho. Minho. pula jeling ibu dengan keningnya terjungkit beberapa kali.

Apa kena dengan mereka ni?

*******

"Ayah." aku mengenggam tangan ayah. Aku hampir-hampir tidak mengenali ayah kerana wajahnya membengkak selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di kepala.

"Ini Hee Ran, ayah. Maaf sebab buat ayah lama menanti kehadiran Hee Ran." aku mencium tangan dingin itu beberapa kali sebelum tubuhnya kurangkul erat.

"Tolong kuat ya, ayah? Jangan sesekali berani tinggalkan kami semua." aku mula menangis tersedu-sedan apabila mengingatkan usikan dan pelukan daripadanya.

"Hee Ran janji ayah... Kalau ayah sedar nanti, Hee Ran takkan paksa ayah berhenti merokok. Hee Ran tak tipu ni ayah. Anak ayah serius dan tak main-main." wajah pucat ayah kutatap lama dan makin kejap kupeluk tubuhnya yang berselirat dengan wayar.

"Ingat ayah, jangan tinggalkan kami bertiga." aku memberikan amaran sebelum dahi ayah kukucup sekilas.

Aku menyeka air mata yang bersisa di pipi lalu menguntum senyum. Ibu dan Minho masih setia menantiku di luar wad.

Aku baru sedar, seorang jejaka berambut kuning keperangan turut berada di sisi ibu. Aku dipandangnya seperti dia begitu mengenaliku.

Itukah Park Jimin seperti yang dikatakan ibu dan Minho?

******

"Hai." sepatah aku disapa.

"Hai." sepatah juga aku membalas. Terasa janggal bila Park Jimin duduk di sebelahku.

"Okey tak?" Jimin menyoal lalu meraih tangan kiriku yang berbalut.

"Kita kenal ke?" aku menepis perlahan tangan jejaka itu dari terus memegang tanganku.

"Ya, awak isteri saya."

Isteri? Puhahaha! Lawak apakah ini?

Aku memandang keadaan sekeliling, manalah tahu ada kamera yang tersembunyi sedang merakamku untuk dijadikan bahan prank.

"Maaf. Saya tak pernah kenal awak, mungkin awak dah salah orang atau awak sedang berhalusinasi." aku merengus apabila jari-jemari Jimin mahu menyentuhku.

*******

Park Jimin tersentak. Sepasang anak mata Song Hee Ran direnung dalam.

Kosong.

Nampaknya Nephilim sudah berjaya memadam ingatan gadis tersebut.

"Tak mengapa, saya akan buat awak kembali mengingati saya dan segala memori yang telah kita tempuhi berdua." Jimin bangkit. Jambangan kecil bunga buttercup diletakkan ke atas ribaan Song Hee Ran.

"Semoga cepat sembuh." ucap Jimin bersama nada kecewa sebelum dirinya melangkah pergi.

******

"Entah-entah terlepas dari wad psikiatri. Ibu dan Minho pun satu, boleh pula melayan lelaki tu dengan baik." aku mencebik.

"Hee Ran."

Ibu muncul bersama kerusi roda. Aku melepaskan satu keluhan. Aku berniat mahu ambil udara di taman hospital ini dengan lebih lama lagi tetapi nampaknya aku terpaksa kembali ke wad.

"Jom, doktor mahu jumpa." ajak ibu sebelum tubuhku dipapahnya. Aku rasa aku baik-baik je namun layanan ibu sepertinya aku sedang sakit teruk.

"Ibu." aku menhenyak punggung ke atas kerusi roda dengan berhati-hati.

"Ya?"

"Hee Ran sakit teruk ke ibu?" aku menyoal tanpa berbasa-basi.

"Ahh... Itu..." ibu tergagap-gagap untuk menjawab. Aku dah agak, mesti ada rahsia sedang disembunyikan dari pengetahuanku. Kerusi roda ditolak ibu hingga ke jabatan obstetrik dan ginekologi.

"Hee Ran akan tahu jawapannya nanti." ibu menyambung bicaranya. Kini kami berdua berada di hadapan bilik rawatan bernombor dua.

******

Seperti yang diarahkan doktor, aku berbaring di atas katil dan melorotkan sedikit seluarku ke bawah. Jujur aku rasa cemas sehinggakan tangan ibu kugenggam erat.

"Bertenang tau." doktor lelaki yang akan membuat pemeriksaan terhadapku asyik menguntum senyum. Kacak tetapi terselit kelembutannya.

Sesekali aku mengerling mesin berjenama toshiba, aku tahu... Itu mesin ultrasound untuk memeriksa rahim dan kandungan.

"Doc, saya menghidap endometriosis ke?" aku menebak sebaik probe scan diletakkan ke atas perutku memandangkan beberapa simptom yang aku alami setiap kali datang bulan seperti senggugut teruk sampai demam dan muntah-muntah seakan menandakan aku menghidap penyakit tersebut.

"Eh, taklah." doktor itu ketawa kecil. Jururawat yang setia menemaninya pula tersenyum lebar.

"Nampak tak?" jari dituding pada monitor yang memaparkan keadaan di dalam rahimku.

Entah. Aku tak nampak apa-apa.

"Ini bayinya. Dah berusia lima minggu."

Apa? Bayi apa bendanya ni? Dalam rahim aku ada bayi ke?

Ah, pasti aku kena prank lagi. Stesen TV mana yang bodoh sangat wujudkan rancangan prank sekejam ini?

"Doc, janganlah mela..."

"Dengar."

Bunyi detakan perlahan kini semakin kuat apabila doktor lelaki bernama Dr. Han meningkatkan volume mesin ultrasound.

"Bunyi jantung bayi awak."

Aku terkesima dengan bunyi itu, antara percaya atau tidak mahu percaya. Aku memandang wajah ibu. Ibu kekal tersenyum namun aku perasan, matanya bergenang.

"Ibu..." tubuh wanita kurangkul erat lalu aku menangis semahu-mahunya.

Tak, aku tak dapat terima kenyataan bahawa aku sedang mengandung sekarang.

Bagaimana ia boleh terjadi?

******

"Dapat balik ke rumah pun, muncung memanjang juga. Senyumlah sikit." ibu mencuit daguku selepas meletakkan semangkuk nasi lembik dan sepiring ikan bilis goreng ke atas meja. Tidak lupa ibu menyisip paket berisi asid folik, vitamin B kompleks dan vitamin C.

"Makan sikit nasi tu, sebagai alas perut. Lepas tu makan vitamin yang doktor bekalkan untuk kamu dan rehat sebanyak yang mungkin." ibu berpesan. Ibu nampak tenang sekali seakan gembira dengan kehamilanku ini.

"Malam nanti nak makan apa? Ibu boleh masakkan kejap lagi sebelum ibu ke hospital jaga ayah kamu." ibu menyinsing lengan baju hingga ke siku. Sejak pulang ke rumah, ini tidak betah membuat kerja.

"Tak payah masaklah, bu. Hee Ran pesan pizza je untuk makan malam nanti. Ibu pergi rehat sekarang. Pinggan-mangkuk semua tu, biar Hee Ran cucikan." aku menelan sesuap nasi lembik yang ditaburi ikan bilis goreng dan hirisan daun bawang. Sangat sedap walaupun ianya sekadar juadah yang ringkas.

"Tak, ibu tak benarkan kamu buat kerja-kerja dapur sepanjang trimester pertama ni." ibu mengerlingku sekilas lalu menyental pinggan-mangkuk sambil bersenandung perlahan.

"Iyalah." aku menjawab malas.

"Hee Ran."

"Ya, bu?"

"Kenapa halau Jimin semalam?" ibu berhenti membuat kerja. Wanita itu bersandar pada sinki dan memandangku  meminta jawapan.

"Hee Ran dah berkali-kali bagitahu, Hee Ran tak kenal dia dan tak ingat siapa pun dia." aku berterus-terang, malas untuk berahsia.

"Nampak gayanya ibu kena bawa kamu berjumpa doktor pakar otak. Manalah tahu otak kamu bergegar atau cedera sampai kamu boleh lu..."

Uhuk! Uhuk! Aku terbatuk-batuk. Nasi yang belum sempat kutelan bersembur keluar dari mulutku.

"Ibu, Hee Ran okeylah." aku menyakinkan ibu.

"Kalau okey, kenapa kamu boleh lupa bakal bapa kepada anak kamu tu haa?" ibu bercekak pinggang.

"Entah." aku menjawab sepatah. Tidak berminat membicarakan tentang Park Jimin, aku bangkit dari duduk dan meninggalkan meja makan.

"Haa, vitamin tu kenapa tak makan?"

"Kejap lagilah, bu. Hee Ran penat, nak rehat sekejap." aku melangkah berat ke bilik tidurku. Aku tidak tahu sama ada apa yang aku alami sekarang ini mimpi atau realiti kerana cukup susah untuk aku terima bahawa aku hamil sedangkan aku tidak ingat apa-apa yang terjadi.

*******

"Sabarlah. Bagi dia masa." Joo Chan tampak cuak apabila Park Jimin muncul di kafenya bersama juraian air mata.

"A...aku tak boleh sabar. Aku rindukan dia sangat-sangat. Aku nak peluk dia, cium pipi dia..." sambil menyedut jus poly, tangisan Jimin makin menjadi-jadi.

"Kau kenapa sensitif teruk sangat ni?" geli membiarkan air mata dan air hidung rakannya itu menjejeh turun, Mingyu mencampakkan sekotak tisu ke atas meja.

"Entah, dah nak jadi bapa orang punㅡ Oops!" laju Joo Chan menekup mulut sebaik menyedari dirinya tersasul. Mingyu mengetap bibir dan mengulingkan biji mata, tanda rahsia yang cuba disorokkan oleh mereka sudah terbongkar.

"Siapa nak jadi bapa orang? Aku?" Jimin menuding pada dirinya sendiri. Dari tangisan, jejaka itu tergelak kecil sebelum dia dapat menangkap maksud sebenar.

"Kejap? Hee Ran ha...hamil ke? Seriuslah ni? Ya...yakin ke itu anak aku?" Jimin menjadi gugup.

"Ya, dia sedang hamil dan sah-sah itu anak kau." seraya Mingyu menjawab, dahi Park Jimin ditonyoh kuat.

"Ma...mana korang dapat tahu ni?" Jimin berpeluk-tubuh. Wajah Joo Chan dan Mingyu dipandangnya silih berganti.

"Aku Marchosias, dia pula Focalor. Mestilah kami tahu. Kau je Haures yang bodoh." pedas Mingyu menyindir.

"Kan dah kena sindir setepek." Joo Chan ketawa geli-hati. Mangkuk berisi hirisan sotong mentah ditolak ke tengah meja.

"Lepas makan, kau baliklah ke ruㅡ Aik! Dia dah hilang?" tidak habis Joo Chan berbicara, Jimin hilang dalam sekelip mata.

Joo Chan pandang Mingyu. Mingyu kerling Joo Chan. Serentak mereka menggelengkan kepala.

******

"Kakak ada di dalam bilik." Minho berbisik kepada Park Jimin.

"Tapikan, dengan keadaan kakak macam tu... Kalau abang kena belasah ke apa, Minho tak nak tolong." Minho berpesan terlebih dahulu kerana dia tidak mahu campur tangan hal mereka berdua.

"Abang tahu." Jimin membalas perlahan sebelum jejaka itu berjengket-jengket masuk ke dalam bilik Song Hee Ran.

Phewww. Nasib Jimin baik. Gadis itu sedang nyenyak tidur bertemankan fon telinga.

Park Jimin tidak menunggu lama. Katil dipanjatnya dengan berhati-hati lalu dia berbaring mengiring di sebelah Hee Ran. Wajah yang dirindui itu ditatap lama sebelum pandangan beralih pada pergelangan tangan kiri isterinya. Tiada lagi tatu harimau hitam dan ia diganti dengan kesan melecur.

"Kau memang dengki dengan aku kan, Yoongi?" hati Jimin membentak.

"Ah, walaupun tatu ni dah hilang... Dia tetap isteri aku." tubuh Hee Ran dirangkul erat.

******

Tak. Kenapa sekarang aku rasa seseorang sedang peluk aku? Selang beberapa saat, kucupan hangat pula singgah ke dahiku.

Aku tengah bermimpi atau...

Aku menjadi celik. Wajah seseorang yang begitu hampir dengan wajahku membuatkan aku terperanjat dan secara automatik, kaki aku berfungsi lebih biasa dari hari-hari sebelumnya. Tendangan tepat ke perut aku berikan dan gedebuk! Tubuh itu jatuh bak nangka busuk ke lantai.

"Sayang, sampai hati." bibir Jimin memuncung.

"Memang sampai hati." aku turut menyambar sebiji bantal dan mencampaknya ke muka jejaka itu.

"Keluar dari bilik saya sekarang juga sebelum saya telefon polis!" bentakku. Enak-enak je masuk bilik orang lepas tu lakukan gangguan seksual.

"Kalau saya tak nak, awak nak buat apa?" Jimin berdiri dan mencerlung berani.

"Nak buat apa?" aku juga berdiri. Belum sempat menerkamnya, Minho terlebih dahulu menerjah masuk ke dalam bilikku.

"Kak, yang bising-bising ni kenapa? Malu sikit dengan jiran atas bawah tepi. Mereka boleh dengar suara akak tau." aku diceramah oleh remaja berusia sembilan belas tahun itu.

"Kau tahu tak apa yang dia dah buat pada akak? Dia peluk akak, dia cium akak. Tak ke namanya gangguan seksual!" kembang-kempis hidungku menahan amarah. Minho ni nak merasa juga balingan bantal padu dariku.

"Oh, gangguan seksual? Ceh! Minho pernah nampak akak dan Abang Jimin bercumbu di atas sofa, dan tengoklah... Sampai dah mengandung pun haa." Minho mencebik sebelum menjelir nakal kepadaku.

"Dasar adik tak guna!" aku menjerit geram. Niatku untuk menyekeh kepala Minho terbantut apabila tubuhku dipeluk erat tiba-tiba oleh Jimin. Satu kucupan turut dihadiahkan ke dahiku.

Suasana berubah dalam sekelip mata. Kini aku berada di hadapan danau besar, airnya hijau kebiruan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro