26; Ledakan Sengketa Haures dan Nephilim
"Lepaskan!" aku menyiku perut Min Yoongi dengan kuat hingga aku terlepas dari rangkulannya.
"Wow! Pandai melawan rupanya." Yoongi tergelak kecil sebelum menapak ke arahku. Aku tidak tahu untuk lari ke mana memandangkan aku berada di sebuah padang luas, gelap dan cukup sunyi.
"Tolong bawa saya pulang sekarang!" aku membentak sebelum mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarku.
Mesej ringkas kuhantar kepada Mingyu dan Joo Chan.
"Sia-sia je kau minta bantuan mereka." Yoongi menguntum senyum lalu jejaka berambut hitam itu duduk bersila di atas rumput dan berteleku sepertinya memperlekehkanku.
"Janganlah buat lawak macam ni. Hantar saya pulang!" aku bertempik geram. Haa, bukan senang aku nak tonjolkan suara seakan-seakan ikan lumba aku ni.
"Tak, aku takkan hantar kau pulang. Biar Haures datang menjemput kau." Yoongi bangkit dari duduknya dan segera mendapatkanku. Aku diheretnya dan dia mula menunjukkan sesuatu.
"Kau nampak tak ini apa?" jejaka berbangsa nephilim itu menyoalku.
"Bu...bulatan." aku menjawab takut-takut.
"Ya, bulatan atau lebih tepat lagi... Lingkaran kematian. Mana-mana bangsa bukan berketurunan nephilim melangkah masuk ke dalam lingkaran ini, akan mati dengan serta-merta.
"Tipu! Saya elok je, masih bernyawa dan hidup." aku mendengus. Agak-agaklah kalau nak takutkan aku. Nampak sangat Yoongi berbohong kepadaku.
"Kau masih bernyawa kerana aku dah lindungi kau dengan mantera." dahiku ditujah Yoongi.
"Ah! Tak kisahlah! Hentikan semua ini dan cuba jadi Yoongi yang baik, buang segala dendam merajai diri awak tu!" hamburku kepadanya.
"Jadi Yoongi yang baik?" Min Yoongi tersenyum sinis.
"Tolonglah, tidak rugi kalau awak lu..." bicaraku terhenti apabila Park Jimin muncul dengan tiba-tiba. Selang beberapa saat, Joo Chan dan Mingyu memunculkan diri.
"Nephilim!" jerit Jimin bersama amarah yang menggunung.
"Lepaskan Song Hee Ran. Dia tiada kaitan dengan permusuhan kita berdua!" Jimin membentak.
"Ya, tiada kaitan jika dia bukan sesiapa. Tetapi memandangkan sekarang dia dah jadi isteri kau, maka ia ada hubung kaitnya." rahangku dicengkam Yoongi. Aku tahu, jejaka itu memprovokasi Jimin.
"Jimin, jangan da...datang ke sini. Jangan." dengan bersusah-payah aku memberikan amaran kepada Park Jimin.
"Jimin, jangan. Kau akan terbunuh nanti." larang Joo Chan.
"Kau dan Mingyu jangan sesekali masuk campur. Ingat anak-anak dan isteri korang yang sedang menanti di rumah." Jimin menolak Joo Chan dari terus menghalang dirinya.
"Kau ingat aku tidak tahu dengan perangkap yang kau pasang ni?" Jimin melangkah ke atas lingkaran putih tersebut.
"Aku rela mati untuk selamatkan orang yang aku sayang. Kau apa tahu? Kau tidak pernah merasa kasih-sayang daripada sesiapa." Jimin tetap melangkah tanpa menghiraukan laranganku, Joo Chan dan Mingyu.
"Auch! Terharu aku mendengarnya." aku ditolak hingga tersungkur ke tanah. Berbekalkan keangkuhan, Min Yoongi menapak ke arah Jimin.
Aku perasan, Jimin sedang menahan sakit. Aku mahu menolongnya namun aku terlalu takut.
Bbuk! Jimin rebah dengan posisi melutut lalu tersembur darah dari mulutnya.
"T...tak. Tidak. Tolong keluar dari sini, Jimin." aku bangkit dan terus berlari mendapatkan Park Jimin. Tubuhnya kurangkul.
"Bertahan. Saya, Joo Chan dan Mingyu akan keluarkan awak dari sini." aku menyentuh pipi jejaka itu sebelum mencerlung tajam kepada Yoongi.
"Lepaskan Haures! Saya janji saya akan ikut ke mana sahaja awak bawa!" hamburku bersama tangisan. Aku berharap nephilim bersayap hitam itu punya rasa sekelumit belas ihsan.
"Jan...jangan, Song Hee..." tidak sempat menyudahkan kata, Jimin di dalam rangkulanku menggelupur kesakitan.
"Mingyu!" aku menjerit memberikan isyarat. Faham akan kehendakku, Mingyu dan Joo Chan memulakan ritual pemulangan hayat kedua.
"Maafkan saya, Jimin." tuturku lantas mengucup kejap bibir ungu kebiruan jejaka itu.
Terasa dadaku sesak dan aku mengalami kesukaran untuk bernafas. Tak mengapa, aku rela bersakit demi memulangkan kembali hayat kedua milik Jimin.
"Argh!" tidak semena aku terperosok ke belakang. Manakala Jimin pula tercampak keluar daripada lingkaran kematian tersebut.
"Ritual berjaya." Mingyu memberitahu lalu mendapatkan Jimin yang tidak sedarkan diri kerana kecederaan parah.
"Nephilim." berbekalkan kesakitan, aku meluru ke arah Yoongi.
"Sekarang, bawa saya pergi dari sini dan jangan ganggu Haures atau bangsa lain lagi." aku duduk melutut di hadapan jejaka itu bersama juraian air mata.
"Kau takkan menyesal?" Yoongi menyoal, mahukan kepastian dariku.
"Ya, saya takkan menyesal." aku menjawab yakin.
"Baiklah, kalau itu yang kau mahu."
Usai Yoongi menyudahkan katanya, aku dan dia kini berada di tempat berbeza iaitu hutan tebal dipenuhi pohon cemara. Kalau tadi malam, di sini pula waktu siang.
Sesekali terdengar kicauan burung berlagu riang dan angin dingin bertiup tenang.
Aku terduduk di lantai hutan tersebut dan memeluk kedua-dua belah lututku. Wajah Min Yoongi sedikit pun aku tidak mahu pandang.
"Kau menyesal?" soalan itu dilontarkan kepadaku.
"Tak." aku menjawab sepatah.
"Tetapi dari riak wajah kau... Kau sangat menyesal." Yoongi mula duduk di sebelahku, mendongak ke awan.
******
"Manalah Kak Hee Ran dan ayah kau ni? Tak muncul-muncul." Junri berkeluh-kesah.
"Entah-entah ayah dah sampai lama. Mesti mereka berdua melepak di gerai berdekatan, makan kuih beras pedas." Song Minho menebak. Remaja tersebut sudah terlalu maklum dengan sikap ayah dan kakak sulungnya.
"Cuba kamu telefon kakak atau ayah kamu, tanya mereka berada di mana sekarang." Junri tidak senang duduk. Sesekali wanita itu mengerling jam kecil terletak di atas kabinet TV.
"Telefon sedang dicas, bu. Bateri dah nazak sangat." Minho meletakkan buku rujukannya ke tepi.
"Minho ke bawah ya, bu? Minho nak cari ayah dan kakak." remaja tersebut menapak ke arah pintu. Belum sempat pintu dibuka, telinga Minho menangkap bunyi deringan telefon milik ibunya.
"Hello, ya?"
Malas untuk mencuri dengar perbualan ibu dan seseorang di hujung talian, pintu dikuak kasar.
"A...Abang Jimin." Minho terduduk di lantai kerana terperanjat melihat sekujur tubuh milik Park Jimin berlumuran darah.
"Ibu! Ibu!" Minho menjerit ketakutan.
"Minho." Junri tergesa-gesa mendapatkan anak lelakinya.
"Min...Minho, ayah kamu mengalami kemalangan jalan raya dan a...ayah kamu berada di hospital sekarang dalam keadaan kritikal." tersekat-sekat Junri memberitahu.
Dugaan apakah ini?
Jimin ditemui berlumuran darah tidak sedarkan diri, sekarang Minho terpaksa pula menerima perkhabaran bahawa ayahnya mengalami kemalangan.
"Kak Hee Ran ma...mana bu?"
******
"Makan." Min Yoongi menghulurkan segenggam buah hutan yang dialas dengan sehelai daun kepadaku.
"Itu anggur oregon, selamat dimakan." ujarnya lalu menyambar buah tersebut dan memakannya untuk membuktikan kepada aku bahawa ia tidak beracun.
"Kita berada di mana sekarang?" aku menyoal kerana ingin tahu. Dalam keadaan begini, selera makan hampir tiada. Aku risaukan keadaan Park Jimin dan rindukan keluargaku.
"Kita berada di Zagreb, Croatia... Tanah suci bagi bangsa Nephilim. Kau bertuah tau, kau satu-satunya manusia atau bangsa lain berjaya jejakkan kaki ke sini." Yoongi cuba merapatkan diri denganku namun aku cepat-cepat mengubah tempat.
"Hantar saya pulang." bersama linangan air mata, aku memandang jejaka itu dan merayu kepadanya.
"Aku akan hantar kau pulang bila ti..."
"Yoongi, kau terperangkap!"
Tidak sempat Yoongi menyudahkan percakapannya, muncul seorang wanita yang ditemani lelaki berbadan gempal.
Aku menjadi semakin takut melihatkan mereka.
"Kau tahu tak apa tujuan ayah aku minta kau bawakan perempuan ini untuknya?"
"Ya, sebagai pertukaran untuk aku dapatkan tempat ayah kau, Rhosyn." Yoongi membalas selamba.
"Kau memang bodoh, Yoongi! Psalm mahukan jantung perempuan tu untuk dijadikan arak seribu tahun." lelaki berbadan gempal pula mencelah.
Apa? Psalm mahukan jantung aku? Maknanya...
Aku tidak boleh berdiam diri. Aku bangkit dari dudukku lantas membuka langkah seribu.
Aku berlari dan terus berlari tanpa hala tuju. Apa yang aku tahu, aku harus menyelamatkan diri dari menjadi mangsa korban Psalm.
"Kau, tiada guna pun kau lari." hampir-hampir sahaja aku tersungkur apabila tanganku direntap Min Yoongi.
Ah, aku lupa. Makhluk sepertinya boleh muncul di hadapanku dalam sekelip mata.
Aku bodoh, tiada gunanya aku melarikan diri.
"Aku takkan biarkan rencana Psalm berjalan dengan lancar." jari telunjuk ditunding ke tengah-tengah dadaku dan Yoongi mengukir senyum nipis.
"Tetapi kau kena janji dengan aku..."
"Apa?" aku mencerlungnya.
"Behave, jadi budak baik dan jangan melawan."
Nampaknya Yoongi semakin berani. Kali ini jari-jemari jejaka itu mendarat ke pipi kananku dan diusapnya lembut.
Aku memejam mata rapat. Tuhan, katakan ini semua bukan realiti dan hanya mainan tidur?
Aku takut, tersangat takut.
"Dah jumpa pun anak haram di sini." satu suara kedengaran membuatkan mata pejamku kembali membuntang.
Berdiri seorang lelaki sebaya dengan ayahku, ditemani dua makhluk hodoh.
"Hayden, Isaiah... Tangkap mereka berdua dan sumbat mereka ke dalam penjara!" arahan diberikan.
Aku pandang Yoongi lantas menyambar tangannya.
"Kita takkan lari dan kita harus hadapi semua ini." bagitahu Yoongi lalu mendakapku erat sebelum kami berdua tercampak jauh menghentam pohon besar.
Yoongi mengerang kesakitan. Patutlah awal-awal lagi dia peluk aku. Rupanya dia cuba melindungi aku dari menjadi mangsa kuasa Hayden dan Isaiah.
"A...awak okey?" aku menyoal cemas apabila bibir jejaka itu menerbitkan darah merah pekat.
Yoongi tidak menjawab, sekadar mengangguk sahaja.
"Dah, tak payah nak bermanja bagai. Ini bukan drama Korea." makhluk hodoh di depan mataku merubah bentuknya menjadi manusia biasa. Bermata merah, rambut kuning keperangan.
"Sekarang masa untuk ke penjara tangisan sunyi." usai ayat itu dituturkan, aku dan Yoongi kini berada di satu tempat.
Ya, mungkin inilah penjara 'tangisan sunyi' seperti yang diberitahu makhluk hodoh tersebut.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro