Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23; Bertemu Seteru Lama

Nota: Tak nak vote, tak nak komen... Terpulang. Baca jelah. Dah tak kisah. 😛

*********

Park Jimin menuruni katil dengan berhati-hati lalu diselaknya langsir putih dan membuka tingkap luas, membiarkan udara dan sinaran matahari menerjah masuk ke dalam bilik.

Senyum kecil terukir pada bibir jejaka itu apabila melihatkan Song Hee Ran yang masih nyenyak tidur.

Bangun pagi, dapat melihat wajah seseorang yang disayangi... Itulah definisi kebahagiaan sebenar pasangan suami-isteri bagi Park Jimin.

Sudah lama dirinya hidup bersendirian. Sakit, kecewa, menangis, sunyi... Semuanya sendiri tanpa ada yang peduli. Tetapi kini tidak lagi, impian yang didambakan oleh Jimin lapan belas tahun lepas sejak bertemu Song Hee Ran buat pertama kalinya di danau kecil sudah dimakbulkan Tuhan.

Tuhan tidak pernah kejam dengan makhluknya. Walaupun terlalu lama menunggu, berharap dan berdoa... Pasti akan ada hasilnya di kemudian hari.

"Pagi-pagi dah termenung." satu teguran mematikan lamunan Park Jimin. Serta-merta dirinya tersengih malu sebelum mendapatkan gadis yang sepertinya masih mamai, terpisat-pisat di atas katil.

"Selamat pagi." Jimin bersila di atas lantai. Tangannya menopang dagu dan wajah Song Hee Ran diamati dari alis mata, hidung dan akhirnya singgah ke bibir.

Park Jimin tertawa kecil. Saat romantis ingin diciptakannya pada pagi yang indah ini musnah begitu sahaja.

"Kenapa gelak? Buruk sangat ke rupa saya bila bangun dari tidur?" Hee Ran memukul manja bahu Jimin.

"Tu, air liur basi."

"Air liur ba..." laju Hee Ran menyentuh pipi kiri dan kanannya. Terasa basah dan melekit.

"Keluar dari bilik ni sekarang!" Jimin ditendang geram lalu gadis itu menyorok di dalam selimut.

********

"Bencinya!" aku separa menjerit. Aku tidak kisah kalau ibu, ayah atau Minho melihat aku dengan air liur basi bertepek di pipi... Tetapi kenapa harus Jimin? Kenapa hari ini?

Terasa imejku tercalar teruk dan aku tidak sanggup lagi untuk bertentang mata dengan Park Jimin.

"Saya faham, awak terlalu penat kerana semalam ki..."

"Ahh, diam!" aku memintas percakapan Jimin. Aku tak rela dengar ayat yang selanjutnya kerana aku masih tidak percaya dengan apa yang berlaku semalam dan aku cuba untuk melupakannya.

"Okey, saya diam." Jimin akur dengan kehendakku. Suasana bilikku kembali sunyi sepi. Aku diam di dalam selimut,  Jimin diam di birai katil.

Tiba-tiba terasa asing pula.

"Awak?" aku sengaja bersuara untuk memeriksa sama ada Jimin masih berada di dalam bilik ini atau tidak.

"Ya?" Jimin membalas.

Okey, dia masih ada rupanya.

"Demam dah okey?"

"Dah okey, berkat pelukan dan kehangatan tubuh awak."

"Ceh." aku mencebik tetapi pada masa yang sama aku tersenyum bangga kerana berjaya bersaing dengan paracetamol. Ternyata pelukanku lebih mujarab dan berkesan berbanding ubat demam.

"Hee Ran." namaku diseru Jimin.

"Ya?"

"Terima kasih untuk segala-galanya."

"Sama-sama." aku menjawab segan. Di dalam hati, aku turut berterima kasih kepada jejaka itu kerana mengajar aku untuk jatuh cinta buat kesekian kalinya.

Ah, persetankan Kim Myungsoo yang tak pernah sedar perasaanku kepadanya dan sekarang... Aku milik Haures sepenuhnya.

******

"Patutlah jarang berselisih di dewan utama, rupanya dah ada tempat persembunyian baru." mop dicelup ke dalam baldi sebelum mop itu dibiarkan menari-nari di atas lantai, membersihkan segala habuk dan kekotoran.

Mudah sungguh kerja Iyan. Berbekalkan kuasa magik itulah Iyan berjaya mengurangkan serba sedikit bebannya untuk membersihkan istana Psalm yang begitu besar.

"Rupanya di sini ada sesuatu yang menarik." Rhosyn tersenyum meleret sambil menayangkan sebuah buku usang berkulit merah bata.

"Buku ni." Iyan menjadi teruja, namun sempat merendahkan intonasi suaranya kerana bimbang didengari seseorang. Buku berjudul אלף שנים sudah lama dicari Iyan dan Rhosyn kerana ia mengandungi maklumat penting tentang keabadian bangsa Nephilim.

"Bersusah-payah kita cuba menjejaki buku ini... Ternyata ia berada dekat dengan kita. Tidak lama lagi kita akan bebas dari cengkaman Psalm, Rhosyn." sepasang mata Iyan mula berkaca.

"Ayah dan konco-konconya memang bodoh, Iyan. Bodoh kerana tidak mahu menguasai bahasa Hebrew. Sekarang, kita yang dapat faedahnya." kuntuman senyum Rhosyn makin memekar. Ini pertama kalinya dia merasa bahagia semenjak ibu dan abangnya meninggal dunia.

"Hati-hati, jangan sampai buku ini diketahui Theodore dan terlepas ke tangannya. Rugi kita nanti." Iyan sempat berpesan lalu menyerahkan kembali buku 'Seribu Tahun' itu kepada Rhosyn.

"Tak, ia akan selamat di dalam jagaanku.  Kau jangan bimbang." Rhosyn memberi jaminan sebelum keluhan berat dilepaskan. Esok, hari yang dibencinya bakal tiba. Theodore akan datang ke Zagreb dan mereka bertiga akan makan malam bersama-sama.

"Aku lupa nak bagitahu sesuatu. Yoongi akan datang ke istana malam esok atas permintaan ayah kau. Aku tak tahulah apa rancangannya tetapi aku rasa, ia akan membebankan Yoongi." luah Iyan. Sudah berkali dirinya melarang Yoongi untuk menolak ajakan tersebut, tetapi dia tetap berkeras mahu membuat perhitungan bersama Psalm.

"Kita tunggu dah lihat sejauh mana kelicikan ayah aku. Apa-apa pun kita tetap kena berjaga-jaga dan lindungi Yoongi dari segala marabahaya." pesan Rhosyn kepada orang suruhan ayahnya itu.

Iyan mengangguk faham.

******

Rhosyn menuruni anak tangga satu-persatu, dipimpin oleh Theodore. Dengan mengenakan busana hitam ditaburi batuan zirconia yang melata di bahagian dada, gadis itu nampak menawan. Theodore apa kurangnya, nampak bergaya bersama jaket labuh burgundy.

Psalm tersenyum bangga melihatkan pasangan itu. Dia sudah dapat membayangkan kejayaan bangsa Nephilim apabila diperintah oleh Theodore dan Rhosyn kelak. Pasti bangsa mereka akan digeruni oleh bangsa-bangsa lain.

"Puteri ayah sangat cantik." Theodore tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipit pada pipi kirinya.

Rhosyn tidak akan sama sekali terpedaya dengan ketampanan lelaki itu kerana dirinya tetap menyukai Min Yoongi.

"Kecantikan Rhosyn memang tiada tandingan, seperti mendiang ibunya." Psalm membalas sebak. Rhosyn buat-buat tidak dengar kerana dia tahu ayahnya suka berlakon untuk menampakkan diri terlalu baik di mata orang lain.

"Nampaknya sayalah insan yang paling bertuah kerana bakal memi..."

"Tuanku, Yoongi sudah sampai." tergesa-gesa Isaiah menyampai perkhabaran yang menganggu bicara Theodore.

"Bagus, panggil anak pembelot tu datang ke sini." cincin di jari tengah digosok beberapa kali manakala mata Psalm tertumpu ke arah lelaki berkulit putih pucat yang berjalan tenang, menghampiri mereka bertiga.

"Theodore, kenalkan... Ini Min Yoongi, anak kesayangan mendiang ratu salji, Khione dan ayahnya... Aedh, si nephilim bangsat." Psalm memperkenalkan Yoongi kepada Theodore.

Mereka tidak berjabat tangan sebagai tanda perkenalan, tetapi berbalas pandang buat seketika.

"Semuanya dah ada, apa lagi... Jom kita makan sekarang." Psalm ketawa besar cuba menceriakan suasana. Dirinya, Rhosyn dan Theodore melangkah beriringan manakala Yoongi mengekori dari belakang.

*****

Suasana makan malam penuh kepalsuan. Masing-masing mempunyai agenda tersendiri kelihatan berpura-pura menikmati aneka hidangan yang tersedia di hadapan mata.

Sesekali Theodore berceloteh untuk meruntuhkan kejanggalan di antara mereka berempat.

"Lima minggu daripada sekarang malam bulan berdarah akan menjelma. Malam itu bakal menjadi sejarah bagi bangsa Nephilim kerana Rhosyn akan disatukan dengan Theodore." Psalm membuka mulut. Dikerlingnya Min Yoongi yang bersikap tenang itu.

"Aku harap kau tak rosakkan majlis itu nanti." Psalm menambah sebelum stik daging rusa dan sayur adas dikunyah bersama perasaan jengkel. Ditahan amarah lamanya itu demi melihat rancangannya berjalan dengan sempurna.

"Tuanku jangan risau, aku tak sanggup rosakkan malam bahagia keluarga Nephilim munafik." sindir Yoongi berani. Wajah Psalm dicerlung tajam sebelum jejaka itu mengalihkan pandangan pada Rhosyn.

"Apa kata kita habiskan makan malam ini dulu sebelum berbicara sesuatu yang terlalu serius?" Theodore mencelah. Keluhan kecil dilepaskan kerana selera makannya hampir terbantut.

Suasana menjadi sepi kembali. Hanya sesekali kedengaran bunyi sudu dan garpu bertingkah di permukaan pinggan.

******

"Aku ada sesuatu untuk ditawarkan kepada engkau." arak anggur hitam dituang bersahaja ke dalam gelas. Psalm tidak mahu minum bersendirian, maka dihulurnya segelas arak itu kepada Min Yoongi.

"Teruskan." Yoongi tersenyum sinis.

"Kau mahukan tempat ini kan?" Psalm menghenyak punggungnya ke atas kerusi emas bertatahkan batuan delima dan nilam.

"Kalau kau mahukan tempat ini, aku boleh serahkan tetapi dengan syarat..." arak anggur hitam diteguk sehingga habis.

"Bawa isteri Haures datang ke mari." sambung Psalm diikuti tawa besar.

"Untuk apa?" Yoongi menyoal. Kali ini dirinya tidak dapat meneka apa yang ingin dilakukan nephilim munafik itu.

"Untuk apa? Untuk kebaikan kita bersama. Kau akan dapat balas dendam terhadap Haures, dan aku pula... Akan dapat sesuatu yang berharga dari isterinya." kaki kiri disilang ke atas kaki kanan. Psalm nampaknya begitu selesa berbual dengan jejaka di hadapannya.

"Kedengaran cukup menarik." Min Yoongi menyambar sebotol arak yang masih belum bersentuh. Diangkatnya botol arak itu ditinggi.

"Anggap je ini tanda perjanjian kita termeterai." terjungkit senyum di hujung bibir Yoongi lalu jejaka itu melangkah pergi meninggalkan Psalm bersendirian.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro