Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21; Lili Putih dari Pusara

Nota: Spamlah komen banyak-banyak. Tak perlu panjang pun, komen pendek pun dah cukup. 🙆‍♀️❤️😘

********

"Minumlah." aku memberikan dua kotak susu pisang kepada Joo Chan memandangkan dia dan rakannya asyik merenungku.

Pemberianku tidak ditolak, mereka berdua mengambilnya bersama sengihan lebar. Aih, nasib baik dua-dua kacak. Kalau tak, dah lama aku tendang mereka masuk ke dalam longkang lepas dipaksa melencong ke taman permainan.

"Haa, nak cakap apa?" aku mengoyakkan bungkusan keropok udang dengan berhati-hati.

Alahai, banyak udara daripada isinya.

"Saya nak spill the tea, tentang Jimin." Mingyu, kacak lagi tinggi persis model bersuara terlebih dahulu.

Spill the tea apa pula ni?

"Ya, silakan." aku mengunyah keropok udang sambil ternanti-nanti bicara seterusnya.

"Ini." tanganku ditarik Mingyu selamba. Tatu harimau hitam di pergelangan tanganku disentuhnya.

"Ini tandanya awak dah jadi isteri sah kepada Haures."

"Tahu." aku mencebik.

"Okey, kalau dah tahu... Bagus." ibu jari Mingyu terjungkit naik. Lelaki itu nampaknya sudah berputus asa untuk berbual denganku.

"Haures akan menyerahkan bebola hayat keduanya melalui ciuman kepada seseorang yang ingin dijadikan pasangannya." Joo Chan pula mengambil alih memberi penerangan kepadaku.

Kejap? Bebola hayat kedua? Ciuman? Apa benda ni? Kenapa aku rasa macam drama Gumiho je?

"Korang berdua okey ke tak okey ni? Berangan nak jadi penulis skrip dan pengarah drama ke?" aku memasukkan baki keropok udang ke dalam beg plastik. Lagi lama aku melayan cerita mereka berdua, lagi banyak aku membuang masa.

"Hee Ran, jika apa-apa terjadi kepada Jimin... Dia takkan selamat kerana hayat kedua dia ada dengan awak." Joo Chan menahanku dari terus beredar.

"Jimin sentiasa jadi buruan Nephilim kerana dia satu-satunya bangsa Haures yang tinggal. Jadi, mohon pulangkan kembali apa yang dia dah bagi kepada awak jika awak tak nak tengok dia terkorban suatu hari nanti." tambah jejaka berambut perang itu.

"Awak dijadikan sebagai pelindung untuk dia bertahan, itu sekadar alasan. Hakikatnya, Jimin cintakan awak." Mingyu mencelah.

Aku terdiam. Membayangkan wajah Park Jimin dan pandangan redupnya, terlalu banyak cerita yang ingin diluahkan kepadaku namun dia lebih memilih untuk merahsiakannya.

"Kalau saya kembalikan hayat kedua dia, apa yang saya dapat?" aku bersuara.

"Kebebasan." sepatah Joo Chan menjawab.

"Saya akan pulangkan kembali hayat keduanya tetapi... Selepas saya habis peperiksaan. Okey? Ke tak okey?" aku menggulingkan biji mata.

"Eh, okey. Okey sangat." tersengih-sengih Joo Chan dan Mingyu.

"Saya pulang dulu." aku membuka langkah meninggalkan taman permainan.

"Jangan bagitahu Jimin tentang pertemuan kita bertiga!" Mingyu melaung.

"Eung." aku menjawab acuh tidak acuh. Derap kakiku mula hilang rentak tetapi aku tetap meneruskan langkah. Kalau boleh aku tidak mahu mempercayai apa yang diberitahu Joo Chan dan Mingyu. Aku ingin menidakkannya tetapi tidak boleh.

Kenapa aku yang kau pilih, Jimin?
Kenapa memperbodohkan diri kerana cinta semata-mata, Jimin?

Kenapa?

*******

"Susah gilakan paper tadi? Aku hampir-hampir hantar kertas kosong je." Jung Yong In mengambil tempat duduk di sebelahku. Aku menyambar sekeping roti goreng bersalut telur yang dibekalkan oleh ibu lantas menghulurkan kepada rakan baikku itu. Yong In tidak akan teragak-agak untuk mengambil pemberianku itu. Diambil dan dikunyahnya roti tersebut dengan gelojoh.

Iyalah, tiga jam jawab soalan esei untuk subjek sejarah Asia Barat... Mahu tak kebulur?

"Hee Ran..."

"Apa dia?"

"Lepas tamat final exam ni, kau nak ikut aku cari kerja part time tak?" Yong In menyambar sekeping roti lagi tanpa segan.

"Kenapa tidak? Dapat gaji nanti, bolehlah ke konsert Born To Slay." aku tersengih selepas memasang angan-angan. Dapat bersua muka dengan mereka, auch! Indahnya!

"Itu jelah yang kau tahu. Konsert, beli album dan fanmeeting. Ada perancangan hidup yang lagi indah tak?" bidas Yong In. Mentang-mentanglah dia tak minat artis Korea, sedap je menyindir.

"Itu je yang aku tahu."

"Jomlah kita melancong. Tak dapat ke Pulau Jeju, Busan pun okey. Lepas tu kan, aku ajak Han Gyul... Kau ajak Myungsoo, kita melancong bersama-sama." kali ini Yong In pula memasang angan-angan.

"Ishh, tak minatlah aku." memandangkan kesemua rotiku berjaya dihabiskan oleh Yong In, aku bingkas bangun. Sebelum pulang ke rumah, aku mahu singgah ke bangunan politik, sejarah dan strategi untuk menghantar beberapa buku rujukan yang telah aku pinjam.

"Nampak gayanya kau ada sembunyikan sesuatu daripada aku." Yong In berjalan menyaingiku. Kalau dia dah syak wasangka, bersedialah untuk menerima soalan bertalu-talu.

"Tak ada yang aku sembunyikan. Antara kau dan aku... Tiada rahsia." aku menampar lengan Yong In. Bukan selalu tangan aku ni nak hinggap ke badan orang.

"Iyalah tu." gadis itu mencebik.

Maafkan aku, Yong In. Bila tiba masanya nanti aku akan ceritakan kepada kau tentang 'dia'.

Buat masa sekarang... Biarlah rahsia.

*********

"Arak seribu tahun ni makin menyusut." botol kaca dilingkari kerawang emas diangkat paras mata. Cecair berwarna merah gelap itu yang mengandungi jantung milik Maylea, isteri yang dibunuh dengan tangan sendiri merupakan sumber kekuatan Psalm untuk terus bertahan di bumi ini.

"Tuanku mahu jantung baru? Aku dan Isaiah akan dapatkan segera." Hayden menunduk, menandakan dirinya sudi menghambakan diri untuk melakukan segala arahan lelaki yang paling berkuasa di Zagreb.

"Hal itu, aku akan uruskan kerana aku sudah tahu jantung siapa untuk dimiliki." Psalm tersenyum bangga kerana dirinya sudah membuat satu rencana.

"Jantung siapa?" Hayden dan Isaiah menyoal serentak.

"Isteri Haures." jawab Psalm diiringi ketawa besar.

*******

"Kak, ibu pesan... Kalau lapar, panaskan je lauk-pauk yang ada di dalam peti tu." bagitahu Minho apabila melewati ruang tamu. Ayah dan ibu ke rumah nenek, katanya mahu tinggal di sana selama dua malam. Seperti biasa, aku dan Minho jarang mengikut mereka berdua ke rumah nenek kerana masing-masing ada hal tersendiri.

Kali ini aku mahu beristirehat selepas hampir dua minggu menduduki peperiksaan akhir semester keenam manakala adikku pula lebih rela meluangkan masa di studio tarian bersama-sama rakannya.

"Malam ni pulang ke rumah tak?" aku menyambar dompet dan mengeluarkan tiga keping not 20,000 won lalu kuserahkan wang itu kepada Minho.

"Mungkin tak sebab Choi San jemput ke rumah baru dia, ada makan-makan sikit." wang pemberianku disambar laju oleh remaja itu.

"Makan-makan je tau, jangan gatal sentuh minuman keras selagi kau tak habis sekolah." aku memberikan amaran.

"Ya, tahu. Pergi dulu ya, kak. Kalau bosan, jemputlah Abang Jimin datang ke rumah. Boleh sentuh-sentuh bibir lagi." Minho menjelir nakal sebelum membuka langkah dengan tergesa-gesa. Takut kena baling dengan seliparlah tu.

"Apa? Kau ingat kakak kau ni jenis padang pasir kehausan air ke hah?" aku melaung geram.

Haih, sebal pula bila nama Jimin disebut-sebut. Dahlah dua minggu lebih menghilangkan diri. Dia ingat dia biskut chipsmore ke apa? Kejap ada, kejap tak ada.

Ding! Dong! Ding! Dong! Hah tu dia. Bunyi loceng rumah. Biasanya Minho suka perdajalkan orang dalam rumah ni bila malas nak buka pintu sendiri.

Nak sangat kenakan orang ya?

Aku menanggalkan selipar berbulu dan memegangnya kemas lalu kaki kutala ke pintu.

"Hah! Nak apa?" aku mengacukan selipar di tanganku sebaik pintu rumah kukuak luas.

Berdiri seorang lelaki berselindungkan jambangan bunga lili putih. Kalau ditengokkan pada ketinggiannya, sah...

Park Jimin.

"Aik, dah lupa cara munculkan diri dengan tiba-tiba ke? Sekarang dah pandai guna pintu pula." aku terus menyelar jejaka itu.

Jimin tersengih buat seketika lalu menapak masuk ke dalam rumah. Tidak dilupakan, jambangan bunga yang dibawanya diserahkan kepadaku.

"Tahniah sebab dah tamat belajar." sengihan tadi bertukar senyum maha manis, hampir terpukau aku dibuatnya.

"Terima kasih. Membazir duit je belikan bunga ni." aku mencium bunga lili putih itu. Bau wangi semerbak memenuhi ruang rumah ini.

"Tak membazir pun. Bunga tu saya ambil di tanah perkuburan. Dari dibiarkan layu di atas tanah, ada baiknya saya hadiahkan kepada awak." jelas Jimin selamba sebelum merebahkan tubuhnya ke atas sofa.

Kejap? Dia ambil bunga yang orang tinggalkan di atas kubur dan hadiahkan kepada aku?

"Saya belum mati lagi untuk terima bunga ni!" aku menghempas jambangan bunga tersebut ke atas meja. Sakit hati bercampur kecewa.

"Bangun!" aku menarik tangan Jimin, memaksa jejaka itu dari terus berbaring dengan senang.

"Apa dia, sayang? Saya penat." keluhan dilepaskan dan pada masa yang sama, Jimin menurut kemahuanku. Dirinya bersandar malas pada sofa lantas menarikku ke dalam dakapannya.

"Penat." Jimin menyembamkan wajahnya ke bahuku. Esakan halus jejaka itu mula kedengaran.

Apa yang telah berlaku sebenarnya ni? Kenapa Jimin tiba-tiba menangis?

Aku mahu bertanya apa puncanya tetapi bukan sekarang kerana waktu tidak sesuai. Apa yang harus aku lakukan adalah menenangkan Jimin dari terus-terusan menangis.

"Syh." aku mengeratkan pelukan dan bahu Jimin kutepuk lembut.

Ah, beginilah perasaannya bila menenangkan pasangan seperti apa yang aku tulis di dalam fanfiction. Nampak senang tetapi bukan mudah.

"Nak saya ceritakan satu kisah lawak?" tiba-tiba aku teringatkan satu cerita yang bakal membuatkan Jimin tersenyum kembali.

"Tak nak." Jimin menjawab mudah. Okey... Jangan putus asa, Song Hee Ran. Sila cuba lagi.

"Bagaimana pula dengan teka-teki?"

"Tak nak. Tak ada mood nak jawab."

"Okey, cuba cakap... Apa yang perlu saya lakukan untuk hentikan tangisan awak?"

Haa, bercakap straight to the point kan senang.

"Diam, tak perlu buat apa-apa. Saya hanya dambakan pelukan awak sehingga saya betul-betul okey." balas Jimin bersama sendu yang masih tersisa.

Wow! Kenapa lepas dia cakap macam tu, aku rasa nak terbang? Jantung pula berdegup laju lain macam je sekarang.

Takkanlah... Aku betul-betul dah jatuh cinta dengan dia ke?

******






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro