Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17; Kehangatan Haures yang Dingin

Nota: Jangan lupa vote dan komen, kalau tak... Saya akan menghantui mimpi malam anda.


********

"Kak." tersungging senyum sinis di hujung bibir Song Minho. Geram pula aku dibuatnya. Selagi tak jelaskan apa yang berlaku, selagi itulah Minho akan mengusik dan mengangguku.

"Dia coursemate akak. Kami berdua nak kena siapkan satu tugasan yang perlu dihantar esok." aku menerangkan kepada adikku itu dengan penuh yakin.

"Siapkan tugasan? Sampai jari akak tu kena melekat-lekat pada bibir dia ke?" Minho menggulingkan biji mata sebelum mi kacang hitam dilahapnya rakus.

Gulp! Aku menelan air liur.

"Ah... Itu, itu..."

"Itu, itu apa? Mengaku jelah, Kak Hee Ran. Tak payah nak menipu." Minho mendengus. Mangkuk masih bersisa sedikit mi kacang hitam ditolak ke tepi.

Serius aku tak tahu nak jelaskan apa. Kalau aku cerita dari A sampai Z tentang Park Jimin, mesti Song Minho akan cakap aku gila.

"Baiklah. Akak mengaku, dia kekasih akak. Puas hati?" aku menyambar dua tin minuman berkarbonat. Hilang selera pula nak makan mi kacang hitam padahal ia adalah makanan kegemaranku.

"Mentang-mentang ibu dan ayah tiada di rumah, laju je akak bawa balik kekasih. Kalau Minho bagitahu..."

"Jangan berani-berani bagitahu ayah dan ibu kalau kau tak nak tengok xbox kesayangan kau tu bersepai." aku memberi amaran. Kebiasaannya aku tidak segarang ini, tetapi demi menjaga maruahku dari terus tercalar... Aku terpaksa.

"Haa, begitulah perangai akak. Sikit-sikit nak ugut orang. Ingat kak, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua." tawa Song Minho meletus.

Amboi, amboi, amboi.

"Kau pun kena ingat haa. Kalau ibu dapat tahu kau merokok, menempah mautlah jawabnya." sekarang giliran aku pula ketawa besar.

"Merokok? Mana ada merokok? Vape bukan rokoklah." dari posisi bersila, Minho bangkit berdiri bersama wajah tidak puas hati.

Vape bukan rokok ya?

"Kau tahu tak apa hadiah yang akan kau dapat lepas hisap vape? Satu, membunuh sel paru-paru, sel otak dan sel lapisan kulit. Dua, mengalami kegagalan pernafasan. Tiga, kerosakan organ dalaman. Empat, gangguan pada..."

"Ah, sudahlah kak! Aku takkan bagitahu ayah dan ibu tentang kekasih akak dan akak... Jangan gatal-gatal pecahkan rahsia aku." Minho mendengus. Memerah mukanya menahan amarah. Sempat jari tengah ditunjukkan kepadaku sebelum remaja itu beredar pergi. Selang beberapa saat... Gedegang! Bunyi pintu bilik dihempas dengan kuat.

Merajuk dan hempas pintu berpisah tiada kan? Ibarat lagu dan irama.

Cuba setiap kali merajuk, pergi bancuh air atau siram pokok bunga. Ada juga kebaikannya, boleh slow downkan rasa marah.

"Minho benci akak!!!"

Tu dia, dari dalam bilik...adik aku melepaskan ketidakpuasan hatinya.

Tangan di bahu, mata ke atas. Tak kuasa aku nak melayan.

********

"Kebangkitan Gwangju tercetus setelah Leftenan Jeneral Chun Doo Hwan mengisytiharkan darurat." Jung Yong In membaca isi penting yang dipetik daripada buku Gwangju Hangjaeng. Tugas aku pula adalah menaip kembali isi-isi penting tersebut menggunakan aplikasi powerpoint sebelum dicetak dan diagihkan kepada rakan-rakan sekelas.

"Chun Doo Hwan merupakan seorang tentera yang berjaya menjadi presiden menerusi rampasan kuasa. Selain itu, beliau merupakan pengikut setia Park Chung Hee dan beranggapan bahawa kewujudan sistem demokrasi mampu melemahkan Korea Selatan."

Aku menaip dan terus menaip sehinggalah aku terpandangkan kelibat Kim Myungsoo.

"Aih, pantang nampak crush. Mata terus pandang tak lepas." sindir Yong In.

"Ish kau ni. Aku tak tak fokus pada dia. Tu haa, Nayeon. Asyik menempel je dengan Myungsoo. Kalau aku jadi Myungsoo, memang rimas aku dibuatnya." aku menyambar buku dari tangan Jung Yong In.

"Sebab kau bagi peluang pada Nayeon. Cuba kau pula menempel dengan Myungsoo setiap hari, pasti dia takkan rimas malahan rasa gembira dan bahagia. Oh, indahnya." mata Yong In terpejam rapat, hidungnya turut kembang kuncup mencipta imaginasi di antara aku dan Myungsoo.

"Tak kuasa aku." aku mencebik. Dari terus bercerita tentang perkara yang bukan-bukan, baik fokus untuk siapkan tugasan.

"Kejap? Hee Ran... Selalunya kau teruja bila bercakap tentang Myungsoo, menggeliang-geliuk bila nampak dia. Sekarang lain macam je ni? Kau ada suka lelaki lain eh?" tebak Jung Yong In. Kening kiri gadis itu terjungkit beberapa kali.

Uhuk. Uhuk. Aku tersedak air liur sendiri.

Aku ada suka lelaki lain? Siapa?

"Haa, tengok. Pipi dah merah-merah bak strawberi masak ranum tu, betullah kan? Siapa dia?" pinggangku dicuit Yong In.

Aish! Rimas pula dicuit-cuit, diusik seperti ini.

"Boyfriend kau." aku menjawab selamba apabila ternampak kelibat Lee Han Gyul dari jauh.

"Kau jangan!" hidung Yong In mengembang dan mengempis laju. Aku cuba dicubitnya.

"Lain kali jangan serkap jarang." tawaku meletus seketika sebelum ianya mati apabila aku teringatkan Park Jimin.

Dia sedang buat apa ya?

********

Setiap kali keluar dari kedai serbaneka berdekatan rumahku, pasti aku akan kecewa.

Kali ini nasi kepal pelangi berintikan kari kacang peas pula sold out memanjang gara-gara tular selepas Rap Lobster, ketua kumpulan Born To Slay menikmatinya ketika bersiaran secara langsung di platform Vlive. Tengoklah, bukti populariti seorang artis. Silap haribulan, jual nyahtinja pun boleh laku keras.

Cukup, Song Hee Ran. Jangan nak merapu.

"Hai."

Satu sapaan mematikan langkahku. Aku berpaling ke kiri, mencari punca suara tersebut.

Kelihatan Min Yoongi bersandar tenang pada pohon maple. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, jejaka itu tampak berbeza.

Rambut perang sudah tiada, kini berwarna hitam. Anak mata. Sepasang anak mata Yoongi berwarna emerald.

"Kenapa nampak takut-takut ni?" aku dihampiri Yoongi sebelum hujung rambutku dipintal-pintalnya berani.

"Terima kasih."

"Te...terima kasih untuk apa?" aku menjadi gugup dek renungan tajam yang diberikan sepertinya aku seekor kelinci yang bakal disantap helang.

"Terima kasih sebab tolong aku bangkit lagi."

Aku? Dia bahasakan dirinya 'aku'?

Kejap? Kenapa aku rasa apa yang berlaku di hospital tempoh hari bukan hanya mimpi tetapi ianya benar-benar terjadi?

"Jauhkan diri dari Song Hee Ran."

Dalam mencari jawapan, muncul Park Jimin tanpa aku jangka.

"Wow, tak sangka. Dapat jumpa Haures bedebah di sini." Min Yoongi tertawa kecil.

Kini aku tersepit di antara dirinya dan Jimin. Mereka saling berbalas pandangan, nampaknya seperti penuh dendam.

"Tahniah sebab kau bangkit lagi di atas kenaifan seorang gadis. Betullah apa yang dicanang bangsa kau sendiri, kau seorang yang pengecut." Jimin tersenyum sinis.

Aku pula yang seram tengok riak wajah masing-masing.

"Kau cuba jadikan dia sebagai pelindung kau, tak ke dinamakan pengecut juga?" Yoongi tidak berdiam diri. Selangkah jejaka itu menapak.

Wei, apa ni? Mereka berdua nak bertumbuk ke?

"Ubi keledek manis panggang! Ubi keledek manis panggang!"

Sebuah van putih yang baru sahaja melewati kawasan ini berjaya mengubah suasana. Dari tegang, ianya nampak seperti kelakar bagiku.

"Jom, Hee Ran."

Tak sempat aku nak gelak, tangan kiri aku dah disambar oleh Park Jimin.

Chu. Satu kucupan yang singgah di dahiku kini membawa kami berdua ke satu tempat.

Pantai.

*********

Langit biru. Desiran ombak menghempas ke pantai. Burung camar terbang keriangan.

Segala-galanya yang terbentang di hadapanku cukup indah dan begitu menenangkan.

Satu sahaja yang merosakkan suasana, wajah cemberut Park Jimin. Jejaka itu setia menunduk, keluhan demi keluhan dilepaskan.

"Awak." tidak mahu keadaan menjadi dingin walhal mentari terik memanahi kami berdua, aku terus menyambar tangannya.

"Nak main kejar-kejar tak?" usulku.

"Klise." sepatah Jimin menjawab.

Okey, perkataan 'klise' yang disampaikannya buat aku mengerti. Pantai dan adanya babak hero dan heroin saling berkejaran di antara satu sama lain, terlalu klise dan sering digunakan oleh penulis wattpad seperti aku.

Kita cuba sekali lagi.

"Atau mungkin..." aku membuka langkah menghampiri limonium yang tumbuh melata di atas pasir pantai. Bunganya kecil berwarna ungu muda. Laju tanganku memetik tangkai bunga tersebut dan mula membuat sesuatu; mahkota bunga.

Setelah selesai, aku kembali mendapatkan Jimin dan berdiri betul-betul di hadapannya. Satu mahkota bunga diletakkan ke atas kepalanya dan satu lagi, di atas kepalaku.

"Klise."

Weh, kenapa Jimin boleh tahu semua babak klise? Dia suka baca fanfiction atau novel cinta ke?

Ini yang buat aku geram. Punyalah aku berusaha untuk gembirakan dia, tetapi tidak dihargai.

Bertenang, Song Hee Ran. Kau boleh guna satu lagi kaedah. Kali ini, pasti Park Jimin akan senyum sampai esok pagi.

"Awak." aku meraih kedua-dua tangan jejaka berbaju kemeja putih itu. Sepasang mata redup Jimin juga kutenung.

Entah kenapa jantungku berdegup kencang usai mengamati alis mata, hidung, juga bibir kecilnya. Cukup sempurna seperti watak hero yang pernah aku gambarkan di dalam fanfiction bertajuk 'The Last Eligible Bachelor'.

Bertemankan laut, mentari dan angin berhembus lembut... Tanpa sedar, aku mengucup bibir Park Jimin. Dirinya tersentak sebelum kucupanku dibalas bersama nafas hangat.

If you close your eyes and say you're not good enough for other people eyes,
I just gotta believe you if you like.

Cause I can take you there, so you just draw.
Baby draw it up and I can sing all of song if you want, you gotta sing with me.

(Xydo - Drawing)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro