Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13; Isteri Tanpa Rela

"Masa hari Hee Ran hilang, ayah ada belikan akar bunga loceng. Nanti ayah suruh ibu kamu masakkan. Kamu suka akar bunga loceng berperisa kan?" ayah meletakkan beg galas yang mengandungi pakaianku ke lantai.

"Tak mengapalah, ayah. Ibu pun nampak penat tu. Apa kata kita pesan ayam goreng pedas dan kentang bercili?" aku menelan air liur dengan cadangan sendiri. Bayangkanlah dua hari terpaksa bermalam di hospital, aku mengalami satu fasa yang sukar iaitu teringinkan makanan segera. Makanan hospital bukannya tidak sedap. Tetapi itulah, bila dah namanya teringin atau bahasa mudahnya 'mengidam'... Selagi tak dapat merasa, boleh buat fikiran kacau atau bad mood sepanjang hari.

"Kita pesan jelah makanan dari luar, bang. Sekali-sekala apa salahnya." ibu menghenyak punggungnya ke sofa. Kepenatan terserlah pada wajah ibu.

"Biar Minho yang pesan." tanpa disuruh sesiapa, Minho dengan rela hati mengeluarkan telefon pintarnya dari kocek seluar.

Kecil besar kecil besar je aku tengok dia. Dendamku terhadapnya tentang tragedi kerusi roda terbabas belum berkesudahan.

"Akak sukakan ayam pedas manis kan?" kuntuman senyum Minho melebar. Aih, ini yang aku lemah. Adikku teramat arif akan apa yang aku suka atau tidak suka.

"Ya, jangan lupa kentang bercili." aku mengambil beg galas yang tersadai di atas lantai dan mula mengorak langkah ke arah bilik.

"Bila pesanan dah sampai, kami beritahu ya." ayah bersuara.

"Eung." aku menyahut perlahan lalu menapak masuk ke dalam bilik sebelum menerima kejutan yang membuatkan mataku terbeliak luas.

Park Jimin. Lelaki yang bagaikan setia menungguku di atas katil, berbekalkan wajah cemberut.

"B...bagaimana..." aku mahu menjerit namun cepat-cepat aku mengawal diri dengan menekup mulutku. Kalau aku menjerit, habislah. Pasti ayah, ibu dan Minho fikir aku dilanda masalah lalu bergegas ke sini.

"Ke...kenapa awak ada di sini? Bagaimana..." aku merendahkan intonasi percakapanku.

"Sayang." Jimin bangkit berdiri. Kedua-dua belah tangannya didepa luas.

Sayang? Kejap! Dia panggil aku 'sayang'?

"Rindu." sepatah perkataan lagi disambung. Langkah demi langkah, lelaki itu mula menghampiriku.

Aku menjadi kaget. Belum sempat menjauhkan diri, tubuhku dirangkulnya erat. Dasar hantu jembalang miang!

"Saya minta maaf sebab buat awak jadi macam ni." Jimin berbicara perlahan, terasa seperti kekesalan menghantui dirinya.

"Jadi macam mana?" aku membalas, pada masa yang sama masih berusaha meloloskan diri dari pelukan lelaki itu.

"Sekarang awak ialah isteri saya. Isteri yang sudah tiga hari saya kahwini kerana terpaksa." Jimin menyembamkan wajahnya ke bahuku.

Kejap? Dia merapu apa ni? Aku isteri dia? Kami dah kahwin tiga hari?

Serius merapu dan mengarut.

"Tolonglah jangan mengarut dan mereka cerita." entah dari mana datangnya kekuatan, aku menolak tubuh Jimin dan berjaya melepaskan diri dari pelukan yang hampir menyesakkan dadaku.

"Saya tak tipu. Ciuman yang saya berikan kepada awak sebelum awak pengsan, itu tandanya awak milik saya dan saya... Milik awak." Jimin tidak mahu mengalah. Aku dihampirinya sekali lagi.

Aku kekal berdiri, cuba mengingati kembali babak seperti yang dinyatakan oleh lelaki itu.

"Mungkin ianya kedengaran tidak masuk akal bagi awak tetapi tidak bagi saya." tangan kananku diraih Jimin. Hal ini membuatkan aku perasan akan sesuatu.

Ada tatu kecil berwarna hitam di pergelangan tanganku. Ianya tatu berupa seekor harimau hitam.

"Ini... Ini adalah tanda awak milik saya." ujar Jimin lalu merangkulku buat kali kedua.

Aku tidak mampu bereaksi di saat ini. Jiwa aku kosong. Aku berada di antara mahu percaya atau tidak percaya, mungkin ia juga merupakan satu mimpi yang membuatkan aku mahu bangkit dari tidur dengan segera.

Aku memejam mata rapat.

"Ya, ini mimpi. Ianya sebuah mimpi, bukannya realiti."

******

"Tadi beria nak makan ayam goreng pedas, sekarang termenung je. Satu ketul pun tak habis." ibu bersuara sebelum meletakkan paha ayam ke dalam pinggan milikku.

Bagaimana aku nak ada selera makan apabila Park Jimin duduk di sebelah Minho, bertentangan denganku?

Memang ayah, ibu dan Minho tak nampak dia tapi aku? Aku yang perlu merenung wajahnya hampir setiap masa.

Lagi satu, cuba bayangkan bila orang yang tidak kita kenali mengaku kita ni isterinya dengan tiba-tiba. Mereka cerita yang tidak masuk akal, siapa mahu percaya?

"Kak... Kalau akak tak nak paha tu, bagi Minho jelah." Minho cuba mengambil paha ayam dari pingganku namun cepat-cepat dihalang oleh ibu. Wajah masam mencuka Minho mula jelas kelihatan.

"Alah, banyak lagi bahagian paha ni. Ambil jelah yang ni." ayah bersuara. Kotak berisi ayam goreng pedas ditolak ke arah Minho. Sengihan Minho terukir segera.

"Tengok, ayah sayang aku tau." sempat adik lelaki itu menjelir nakal sebelum menyambar dua ketul ayam. Satu bahagian paha, satu lagi kepak.

"Eh, ayah pun sayang akaklah. Ibu lagilah sayang, sayang, sayang akak." jeliran dibalas jeliran. Tingkahku membuat ibu dan ayah tergelak kecil. Hanya satu entiti sahaja yang tidak bereaksi di saat ini iaitu Park Jimin. Aku perasan sekejap Jimin merenung ayah, sekejap berkalih pandangannya ke arah ibuku. Lagi mengejutkan, sepasang mata lelaki itu kemerah-merahan dan turut berkaca.

Nampak seperti sedang menahan diri dari menangis.

Aku mengambil peluang mengamati riak wajah Jimin, cuba membaca maksud tersirat di sebaliknya.

Sepertinya Jimin tidak membenarkan aku berbuat demikian, lelaki itu bangkit dari duduknya dan terus menghilang dari pandanganku.

Apa yang berlaku sebenarnya?

******

"Mati-mati aku ingatkan yang aku takkan dapat jumpa kau lagi." dari pagi tadi hingga ke petang, Jung Yong In tidak mahu berenggang dariku. Aku lebih banyak mendiamkan diri dan membiarkan sahaja rakanku itu berceloteh.

"Haa, Hee Ran... Itu Myungsoo. Pasti dia mahu bercakap dengan kau." dari posisi duduk, lekas-lekas Yong In bangun. Beberapa buah buku rujukan diambilnya lantas mengorak langkah meninggalkan aku dengan tergesa-gesa.

"Hee Ran." kebiasaannya Kim Myungsoo akan menyapaku bersama senyuman hingga menampakkan lesung pipit di pipinya, tetapi kali ini tidak. Wajah jejaka itu nampak kelat-sekelatnya.

"Ah... Myungsoo." aku menjadi gugup.

"Awak okey?" ringkas Myungsoo menyoal.

"Ya, saya okey. Tersangat okey." aku memaksa diri untuk tersenyum. Ya, aku memang dalam keadaan okey cuma fikiran sedikit terganggu selepas Park Jimin menghilangkan dirinya.

"Sa...saya nak minta maaf kepada awak atas apa berlaku. Saya cuai. Kecuaian saya mengakibatkan awak hilang..."

"Eh, tak. Jangan begitu. Apa yang berlaku bukan kerana kecuaian awak. Saya ni... Saya puncanya. Terlalu asyik meneroka keadaan sekeliling sampai tak sedar dah jauh tinggalkan awak." aku memotong percakapan Myungsoo. Aku tidak mahu dia berterusan menyalahkan dirinya sendiri.

"Sumpah saya tak boleh tidur dengan lena semasa kehilangan awak. Sampai saya janji dengan diri-sendiri, jika apa-apa berlaku pada awak... Saya akan bertanggungjawab." walaupun kini aku sudah berada di hadapan Myungsoo, kerisauan masih jelas terpancar di wajah lelaki itu.

"Sudahlah. Tenangkan diri awak sekarang. Saya dah ada ni." aku meraih tangan kanan Myungsoo dan mengenggamnya erat.

Kejap! Apa yang aku dah buat? A...aku pegang tangan Myungsoo?

"Ah...Sa..saya perlu ke perpustakaan sekarang." aku bingkas bangun.

"Saya pergi dulu." bak lipas kudung, aku melangkah laju berbekalkan wajah yang membahang hangat.

++++++++++
Sejujurnya saya sukakan fanfic bergenre ini, adanya fantasi yang membolehkan kita berfikir di luar kotak. Tidak berat jalan cerita, ringkas dan paling penting terselit momen manis/romantis di antara hero dan heroin. Anda bagaimana?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro