Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12; Tragedi Kerusi Roda

"Dah hampir separuh hari ni, bu. Takkanlah Kak Hee Ran tak nak bangun lagi?"

"Ishh, kamu ni. Tadi kan kamu sendiri dengar yang doktor cakap, kakak kamu perlukan rehat yang secukupnya..."

Suara itu. Suara Minho dan ibu.

"Tapi, Minho tak sabar nak dengar cerita dari mulut Kak Hee Ran. Bagaimana dia boleh ditemui pengsan di dalam bilik tidur sedangkan kakak hilang di kawasan Tasik Paldang? Ibu tak pelik ke?"

"Aihh, kamu ni.."

Seraya dengan itu, suara Minho menahan sakit kedengaran. Aku tahu, mesti ibu sudah menghadiahkan adik lelakiku itu penyepit ketam di lengan atau pahanya.

"Ibu..." dari terus mencuri dengar perbualan di antara ibu dan Minho, aku membuka mata. Tidak perlu memandang keadaan sekeliling kerana aku tahu, pasti aku berada di hospital.

"Hee Ran!"

"Kak!"

Ibu dan Minho menjerit serentak. Nampaknya mereka gembira apabila aku sudah sedar dari lena yang panjang.

"Ya Tuhan. Syukurlah kamu selamat, Hee Ran. Ibu ingatkan kamu..." ibu kematian kata-kata. Linangan air mata wanita itu cuba menceritakan segala-galanya.

"Maaf buat ibu, ayah dan Minho risau." aku menutur perlahan sebelum teringat akan seseorang. Meliar mataku mencari kelibatnya.

Tiada. Di dalam bilik ini, hanya ada aku, ibu dan Minho.

"Akak, bagaimana akak boleh ada di dalam bilik sedangkan akak hilang di Tasik Paldang?"

Minho tidak mampu menahan dari menyoal sedemikian kepadaku.

"Entah." aku menjawab sepatah. Sejujurnya aku tidak mahu berkongsi akan pengalaman yang aku lalui kerana bimbang dituduh tidak waras nanti.

"Ishh, kamu ni. Dari kamu tanya yang bukan-bukan, baik telefon ayah kamu. Tanya di mana dia berada sekarang dan bagitahu Kak Hee Ran kamu sudah sedarkan diri." ibu menepuk kuat paha Minho.

Haa, kan dan mendapat hadiah buat kali kedua.

"Baiklah, baiklah." Minho mencebik. Belum sempat menghubungi ayah, ayah terlebih dahulu melangkah masuk ke dalam wad yang dihuniku.

"Ayah." melihatkan wajah kerisauan ayah, aku dipagut sebak.

"Syukurlah anak ayah selamat." ada getaran dalam bicara ayah. Tubuhku segera dirangkulnya erat.

"Maafkan Hee Ran, ayah. Maafkan Hee Ran." dalam dakapan ayah, aku menangis semahu-mahunya. Kini aku sedar, aku tidak boleh hidup tanpa mereka bertiga dan kini aku tahu... Mereka terlalu sayangkan aku.

"Sayang." dengan tangisan yang masih tidak dapat kubendung, aku mendengar satu bisikan perlahan. Bukan suara ayah.

"Sayang." kali ini aku tersentak. Itu suara Park Jimin.

"Hee Ran, kenapa ni? Kamu ada sakit di mana-mana ke?" ayah merungkaikan pelukan. Sepertinya ayah perasan akan perubahanku yang mendadak.

"Tak...tak sakit." aku menjawab sambil menghala pandangan silih berganti ke arah pintu dan tingkap. Kelibat Park Jimin tidak kelihatan.

Aku berharap hantu jembalang syaitan itu tidak muncul lagi selepas ini kerana aku mahu hidup dalam ketenangan tanpa sebarang gangguan.

•••••••

"Gila apa! Kau nak bunuh akak ke?" aku menjerit ketakutan apabila kerusi roda yang dinaikiku ditolak laju oleh Minho.

"Seronoklah, kak." Minho tergelak besar.

"Seronok apanya? Akak takutlahㅡahhh!" aku menjerit sekali lagi tatkala kerusi roda membelok laju melalui selekoh, menuju ke perpustakaan kecil Hospital Universiti Kebangsaan Seoul.

Malang sungguh hidupku. Kerana Minho mahu mengelak dari melanggar seseorang, aku tercampak ke lantai manakala kerusi roda yang dinaikiku terbalik dengan keempat-empat tayarnya ke atas.

Adik tak guna!

"Awak okey?" seorang lelaki menyapa lalu menghulurkan tangannya. Aku tidak terus menyambut huluran tersebut malahan mendongak kerana ingin melihat siapa gerangannya.

Itu dia. Lelaki berwajah pucat dan berambut perak sedang menguntum senyum.

Aku kenal sangat-sangat.

"Min Yoongi." kututurkan nama itu kerana ingatanku masih kuat.

"Tak sangka, awak masih ingat lagi nama saya." lenganku dipaut lelaki itu. Dengan kekuatannya, aku kini tegak berdiri sambil menahan kesakitan.

"Kawan akak ke?" Minho mencelah. Aku tidak menjawab sebaliknya memberikan jelingan maut.

Siaplah kau, Minho. Lepas ni aku akan belasah kau cukup-cukup.

"Kenallah tu. Kalau macam tu, Minho pergi dulu ya." Minho tersengih sebelum meninggalkan aku dan Yoongi dengan tergesa-gesa.

Tak guna punya adik!!

"Saya tolong awak." Yoongi tidak betah berdiri sahaja. Kerusi rodaku yang sudah terbabas kini dibetulkan kembali.

"Awak nak ke mana?" lenganku ditarik lelaki itu, dirinya seakan memaksa aku duduk di atas kerusi roda tersebut.

"Perpustakaan." aku menjawab sepatah lantas mengorak langkah satu-persatu. Baik berjalan kaki sendiri dari naik kerusi roda kerana trauma mula menghantui diriku.

Song Minho punya pasal. Huh!

••••••

"Aih!" aku mengeluh di dalam hati. Pembacaanku terganggu kerana direnung lama oleh Min Yoongi.

Aku meletakkan novel 'Unwilling Bride' ke tepi. Sekarang tiba masanya untuk melayan lelaki kekurangan kasih-sayang, singkatannya KKS.

Mula-mula aku menarik nafas dalam sebelum menghembusnya perlahan. Langkah kedua, aku memaksa bibirku mengukir senyuman maha manis kalah gula.

Ketiga...

"Awak buat apa di hospital ni? Sakit?" aku menyoal ramah.

"Tak, melawat seseorang." ringkas Yoongi menjawab.

"Oh." itu sahaja reaksi yang mampu aku berikan.

"Tak nak tanya ke siapa yang saya lawat?" Yoongi menarik novel yang menjadi bahan bacaanku sebentar tadi.

"Rasanya saya tak perlu tahu kerana saya dan awak..."

"Tak, mesti awak mahu tahu." Yoongi bangkit dari duduknya.

"Jom." lelaki itu mengajakku.

"Ke mana?" aku menjadi hairan dengan ajakan tersebut.

"Melawat seseorang." Yoongi melemparkan senyuman lalu menala langkahnya keluar dari perpustakaan.

••••••

Aku berdiri di hadapan unit rawatan rapi. Melalui dinding kaca, kelihatan beberapa orang pesakit terlantar di atas katil. Mereka dalam keadaan koma, bergantung dengan mesin bantuan pernafasan dan peralatan lain yang aku tidak kenali.

"Eh?" satu susuk tubuh terbaring di katil tengah membuatkan aku tercengang. Aku segera menoleh kepada Min Yoongi, mahu meminta penjelasan.

"Itu kembar saya, Min Yoonjae." tanpa berahsia, lelaki itu memberitahuku.

Ah, patutlah nampak sama. Cuma yang membezakan mereka ialah warna rambut. Min Yoongi berambut perak manakala kembarnya berambut hitam.

"Kenapa? Apa yang telah berlaku?" aku merenung kembali tubuh kaku Min Yoonjae.

••••••

Pertanyaan Song Hee Ran bagaikan satu peluang keemasan untuk Min Yoongi.

Keluhan dilepaskan. Pura-pura menanggung beban yang berat.

"Ini semua kerja Haures." ringkas Yoongi memberitahu sebelum dirinya diam, cuba mengarang cerita paling sempurna agar Hee Ran tidak meragui hatta sepatah pun.

"Haures? Siapa? Kawan Yoonjae? Atau lintah darat? Awak tak buat laporan polis ke?" bertubi-tubi soalan diajukan gadis bergaun hospital itu.

Sedikit senyuman tersungging di hujung bibir Min Yoongi.

Naifnya kau, perempuan. Memang patut kita ditakdirkan bertemu, sebab dengan kenaifan kau... Aku boleh gunakan kau suatu hari nanti.

"Polis takkan mampu menangkapnya." dari membiarkan kesemua soalan Song Hee Ran tanpa jawapan, Yoongi menjawab salah satu darinya.

"Jangan pandang rendah pada kredibiliti polis di negara ini tau." Hee Ran mengangkat jari telunjuknya seakan mengingatkan Yoongi agar tidak membuat andaian sendiri.

Min Yoongi tergelak kecil.

"Kau juga, perempuan. Jangan pandang rendah pada aku. Lepas mantera itu terungkai, aku akan tunjukkan kepada kau... Siapa aku yang sebenar." hati Yoongi berbicara.

++++++++++
Wassup! 🙋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro