Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09; Kembali Ke Pangkuannya

"Betul bang. Saya suruh dia tunggu di sini, tapi bila saya keluar.. Dia dah tak ada." Myungsoo memberitahu Kim Minseok.

"Bagaimana, Dae? Kita nak cari Hee Ran dulu atau minta tolong orang kampung?" Minseok meminta pandangan dari Jongdae. Selalunya lelaki itu senang membuat keputusan, namun kali ini terpaksa berharap pada rakannya.

"Beginilah, kita cari Hee Ran dulu. Pasti dia tersesat di sekitar ni je, tak pergi terlalu jauh. Kalau dalam masa dua jam kita tak jumpa dia, kita terpaksa minta bantuan dari orang kampung memandangkan sekarang dah lewat petang." Jongdae meluahkan pendapatnya.

"Okay, kalau macam tu..semua pelajar lelaki harus terbabit dalam operasi pencarian Hee Ran manakala pelajar perempuan, sila ke rumah Makcik Yeongja. Tunggu kami di sana, jangan ke mana-mana." Minseok mula mengarah. Lagi cepat pencarian tersebut dimulakan, lagi bagus.

"Baik!" arahan Minseok diterima baik oleh semua orang.

"Abang, tolong cari kawan saya sampai jumpa tau." sepasang mata Jung Yong In memerah, gadis itu berharap Hee Ran ditemui dengan selamat.

"Kamu jangan risau." Minseok tersenyum tawar sebelum membuntuti Jongdae dan pelajar-pelajar lelaki yang lain.

"Kau ingat tak dalam bas tadi, Hee Ran cakap dalam hutan ada pari-pari. Entah-entah dia dah kena kidnap dengan pari-pari tu tak?" tawa Nancy meletus. Bicara Song Hee Ran di dalam bas ketika dalam perjalanan ke sini cukup tidak masuk akal bagi Nancy.

Jung Yong In tidak membalas, malahan digulingkan biji matanya sebelum beredar meninggalkan rakan sekelasnya itu.

Orang tengah susah hati, dia buat panas hati pula.

•••••••

Aku berlari dan terus berlari tanpa menghiraukan sebelah kasutku yang sudah tertanggal. Sesekali aku menoleh ke belakang, bimbang penculik itu mengejarku.

"Ibu..ayah..Minho." air mataku mula berjujuran membasahi pipi apabila teringatkan mereka bertiga.

Adakah aku akan selamat pulang ke pangkuan mereka?

"Song Hee Ran, awak di mana?"

"Hee Ran-ah!!"

"Hee Ran, kamu dengar tak?"

Kejap, itu suara..

Itu suara mereka.

Larianku terhenti serta-merta. Akhirnya ketakutanku mula pudar, diganti dengan semangat yang berkobar-kobar.

Aku menyeka kasar sisa air mata.

"Saya di sini!" aku menjerit kuat lalu mengorak langkah dengan lebih laju. Denai kecil kuredah tanpa putus asa walaupun beberapa kali aku merasakan kaki kananku tertusuk sesuatu, mungkin duri pokok atau serpihan kayu mati.

"Hee Ran, kamu di mana?"

Makin jelas suara menyeruku. Itu suara Abang Minseok, pembantu penyelidik yang mengetuai kerja lapangan pada kali ini.

"Abang!!" aku mahu menangis lagi apabila ternampak kelibat Abang Minseok, Abang Jongdae, Myungsoo dan yang lain-lain.

"Hee Ran di sini!" aku melambai-lambaikan tangan saat mataku bertembung pandang dengan Abang Minseok.

"Song Hee Ran!!" Myungsoo melaung kuat, seakan-akan tercariku padahal aku berdiri tidak jauh dari mereka.

Buta ke apa?

Tidak mahu membuang masa, aku berlari mendapatkan mereka. Pada masa itulah aku sedar akan satu perkara, mereka..

Mereka seakan tidak nampak aku.

"Hee Ran, kalau kamu dengar suara abang..tolong menyahut kuat!" Abang Jongdae mara ke arahku. Aku mengelak pantas sebelum jatuh terduduk ke tanah.

"Abang, Hee Ran di sini." aku memandang kosong mereka yang sudah berlalu pergi.

"Jangan menangis." daguku dicuit dan diangkat. Aku menepis tangan yang menyentuhku itu. Aku sudah arif dengan suara tersebut.

"Awak dah buat apa dengan saya?" aku menggetap gigi, tanda geram dan sakit hati yang melampau. Aku turut mencerlung tajam lelaki yang duduk melutut di hadapanku.

"Maaf." sepatah kata itu meluncur laju dari mulutnya.

"Maaf?" aku tergelak sebelum bangkit berdiri. Dalam menahan kesakitan, terhincut-hincut aku mengorak langkah.

"Maafkan saya." lenganku disambar sebelum tubuhku dicempung tiba-tiba.

"Pejam mata." arah lelaki itu.

"Tak nak!" meronta-rontaku cuba melepaskan diri dari cengkamannya.

"Kalau macam tu, saya terpaksa." usai menyudah kata, dahiku dikucup tanpa aku jangka dan automatik mataku terpejam buat seketika.

Apabila celik, aku kini berada..

Di rumah lama ini kembali.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro