Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

48

While flower blooms and falls scars cure and buds shoot
We are living our first and last moment
So I won't take you for granted
Because you loved me as I am

"Itulah masalahnya! Ish tak adil!" Haeyoung menyerabutkan rambutnya. Daripada tadi, dia asyik berjalan berpusing di tempat yang sama.

"Aku dah buat, dan aku dah hantar! Lepastu, tiba-tiba fail aku seorang je yang hilang dan benda tu jadi salah aku ke? Padahal aku dah hantar fail tu depan mata dia!" Luah Haeyoung tidak puas hati. Bibirnya digigit geram apabila kejadian pagi tadi dia dimarahi oleh pensyarahnya kembali bermain difikirannya.

"Bila dia dah jumpa fail itu, dia buat macam tak ada apa-apa yang jadi." Haeyoung menghentak-hentakkan kakinya. Makin geram pula apabila dia terus memikirkan hal itu. Dia berpaling kearah Jaemin yang daripada tadi duduk sambil mendengar luahan hatinya dengan senyap.

"Jaem- stop tenung aku macam tu!" Haeyoung terus berjalan kearah lelaki itu dan menutup kedua-dua belah matanya. Semakin geram pula dia apabila dia melihat Jaemin hanya merenung kearahnya dengan senyuman lebar terukir pada bibirnya

"Tak boleh, kau comel sangat." Jaemin menarik tangan Haeyoung daripada terus menutup matanya. Tangan gadis itu ditarik sehingga badan gadis itu membongkok, dengan laju lelaki itu terus mengucup bibir merahnya.

"Jaemin!"

"Okey okey sorry." Jaemin tertawa kecil melihat raut wajah malu dan tidak puas hati Haeyoung. Tangannya menarik pergelangan tangan gadis itu dan menariknya untuk duduk disebelahnya.

"Dia tak minta maaf ke?" tanya Jaemin, kembali fokus pada luahan Haeyoung tadi. Laju Haeyoung menggeleng sambil mencebik bibir.

"Teruknya." balas Jaemin. Rambut pendek gadis itu diusap. Seronok pulak dia mendengar bebelan tidak puas hati gadis itu.

"Kan!" Mata Jaemin tidak lepas memandang gadis itu. Senyuman manisnya masih tidak lekang terukir dibibirnya.

Haeyoung menoleh kearah Jaemin semula setelah menyedari Jaemin asyik merenung kearahnya. Pipi lelaki itu terus ditolak supaya Jaemin tidak lagi memandang kearahnya.

"Aku pukul kau kang." ugut Haeyoung. Padahal di dalam hatinya sudah berdebar-debar melihat tatapan lelaki itu.

"Nak pandang pun tak boleh ke?" Sengaja dia bermain-main dengan gadis itu, dia tahu Haeyoung sedang menahan malunya sekarang. Dia berganjak berdekatan dengan Haeyoung sehinggakan tangan gadis itu dapat menyentuh badannya.

"Jaem-" Haeyoung cuba berganjak ke tepi lagi, tetapi dia sudah berada di hujung kerusi itu. Anak matanya sudah cemas, tidak tahu dia mahu memandang kearah mana. Jantungnya sudah berdegup seperti orang gila, kedudukannya snagat rapat dengan Jaemin. Jaemin tidak pernah membuatkannya bertenang untuk sehari!

"Nak dekat pun tak boleh ke?" soal Jaemin lagi, sengaja dia mendekatkan wajahnya pula dengan wajah Haeyoung. Apabila dia melihat wajah gadis itu semakin berona kemerahan, tawanya meletus. Kepalanya tadi terus direhatkan diatas bahu gadis itu.

Haeyoung merungut geram. Lelaki ini tidak habis-habis mengusiknya! Walaupun sudah dua minggu bercinta dengan lelaki ini, dia masih malu setiap kali Jaemin melakukan perkara seperti itu padanya. Bagaimana Jaemin boleh jadi begitu tenang?

"Hm, penat ke?" rambut lelaki itu diusap. Matanya menunduk memandang Jaemin yang sudah memejamkan matanya, tidur dibahunya. Jaemin mengangguk perlahan.

Haeyoung menoleh kearah jam dinding. Pukul 9.30 malam. Masih awal untuk Chanyeol pulang. Lelaki ini pula sudah mengantuk. Jaemin hanya menemaninya di rumah ini sementara menunggu Chanyeol pulang.

"Baring sini." Haeyoung meletakkan bantal diatas pehanya dan menyuruh lelaki itu baring diatasnya. Jaemin terus tersenyum lebar dan mengangguk. Haeyoung hanya membiarkan lelaki itu berehat sementara dia menyambung melihat drama yang sedang ditayangkan di televisyen.

Tangannya sibuk bermain-main dengan rambut hitamnya sambil menonton televisyen. Tanpa sedar, satu jam sudah berlalu. Jaemin sudah pasti sudah lena dibuai mimpi.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Haeyoung menoleh memandang kearah pintu itu. Berhati-hati lelaki itu masuk ke dalam rumah, takut Haeyoung sudah tertidur. Namun bukan Haeyoung yang tertidur tetapi sebaliknya.

"Eo... Jaemin dah tidur?" soal Chanyeol. Dia melihat lelaki yang sudah terbaring diatas peha adik perempuannya. Haeyoung mengangguk sambil tersenyum. Dia menyuruh abangnya senyap dan pergi ke biliknya.

"Jaemin... bangun..." bahu lelaki itu digoncang menyebabkan lelaki itu merungut perlahan. Kelopak matanya yang masih tertutup itu digosok-gosok. Jaemin bangun daripada baringnya dan bersandar pada kerusi dengan mata yang masih terpejam.

"Pergi tidur dalam bilik Na Jaemin." Haeyoung bangun daripada duduknya dan menarik-narik tangan Jaemin supaya bangun.

Jaemin hanya mengikut arahan Haeyoung, dia bangun daripada duduknya dengan mata yang terpejam. Terus dia memeluk pinggang gadis itu daripada belakang, kepalanya kembali direhatkan diatas bahunya dan menyuruh gadis itu untuk memimpinnya ke bilik tetamu.

Haeyoung menggeleng perlahan. Dalam keadaan mengantuk pun lelaki ini boleh jadi manja tidak bertempat. Dia melangkah kearah hadapan bilik tetamu.

Haeyoung menarik tangan Jaemin supaya melepaskan pelukan pada pinggangnya sebaik sahaja mereka sudah berdiri di hadapan pintu bilik itu. Bahu Jaemin terus ditolak masuk sebelum sempat lelaki itu membuat apa-apa lagi.

"Bangun awal! Esok nak pergi majlis pertunangan Jaehyun. Jangan lupa." pesan Haeyoung sebelum kakinya ingin melangkah pergi.

"Tak ada goodnight kiss ke?" Jaemin mencebik bibir memandang Haeyoung yang baru sahaja ingin melangkah pergi itu. Lelaki itu seakan sedang memeluk dan berpaut pada pintu bilik.

"Tak ada." Haeyoung menjawab singkat dan tersenyum pendek sebelum beredar. Makin dilayan Jaemin ni, makin pelik permintaannya nanti.

--

"Kenapa Haeyoung nampak badmood?" soal Sicheng, matanya tidak lari memandang kearah Haeyoung yang sedang berbual bersama teman wanitanya dan Dahyun. Jelas kelihatan gadis itu asyik menjeling kearah Jaemin setiap kali mata mereka bertembung.

"Jangan cakap kau bangun lambat-" Renjun mencelah. Melihat daripada sengihan Jaemin itu, nampaknya lelaki itu memang bangun lewat lagi.

"Tak apa, nanti dia okey la balik." kata Chanyeol tenang. Dia melangkah pergi terlebih dahulu, masuk ke dalam dewan kecil itu. Majlis itu hanya dilakukan secara kecil-kecilan dahulu.

"Lama tak nampak Sooyun noona." kata Jaemin, dia memandang kearah Sooyun sekilas sebelum kembali memandang kearah Sicheng.

"Diakan intern dekat bahagian ER, memang susah nak dapat rehat." Sicheng tersenyum pendek, dia memeluk tubuh. Memang agak susah dia mahu berjumpa dengan Sooyun sekarang disebabkan oleh pekerjaannya. Lagi-lagi di wad kecemasan, memang tidak cukup tangan.

(ER - Emergency Room)

"Jadi mesti senangkan Jaehyun hyung dengan Byul noona nak dating." Jisung tiba-tiba datang mencelah. Terkejut mereka bertiga berpaling kearah lelaki muda yang sudah tersengih itu. Memandangkan kedua-dua pasangan itu adalah doktor praktikal, jadi mereka boleh berjumpa di tempat kerja.

"Budak-budak tak payah tahu."

"Jap- tu bukan Chaerin noona ke?" Jisung menunjuk kearah seorang gadis yang sedang duduk berseorangan. Serentak mereka semua menoleh kearah yang ditunjukkan oleh Jisung. Ya, memang benar. Gadis itu ialah Chaerin.

"Dia kawan Byul noona."

--

"Kun! Kun!" Jihyun berlari anak mendekati Kun yang sedang mendukung seorang budak lelaki yang berumur tiga tahun itu. Haeyoung dan Mark hanya mengikuti langkah Jihyun yang sudah kelihatan seperti kanak-kanak ribena itu. Pantang melihat budak, pasti gadis itu akan menjadi terlebih teruja.

"Nak dukung dia. Biar Jihyun yang jaga dia pula." Jihyun tersengih, meminta kebenaran daripada Kun. Kun mengangguk sambil tersenyum.

"Kun-ge! Tolong dekat sini jap." jerit Dejun daripada meja makan.

"Jaga dia sekejap eh Jihyun." Kun memberikan budak lelaki itu kepada Jihyun. Jihyun terus membetulkan dukungannya supaya berada pada postur yang betul.

Tidak lekang senyuman daripada bibirnya, melihat wajah comel budak itu sahaja mampu membuatkannya tersenyum sampai ke telinga.

"Taehyun~ dah makan?" sibuk gadis itu bermain-main dengan budak lelaki yang bernama Taehyun itu. Moon Taehyun, anak kepada Taeil dan Yihyun. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak kecil ini.

"Kalau Jaehyun dah ada anak nanti, aku rasa dia yang jadi manusia paling happy nanti." Mark tergelak kecil. Mereka berdua hanya memerhati Jihyun yang sibuk bermain dengan Taehyun. Haeyoung masih tidak mempunyai mood disebabkan oleh Jaemin.

Matanya meliar kearah sekeliling dewan kecil itu sehingga matanya terhenti pada pintu masuk dewan itu. Chaerin sedang berbual bersama dengan Jaemin di sana.

Hatinya tersentak. Satu perasaan cemburu mula muncul di dalam hatinya. Elok sahaja lelaki itu tersenyum lebar berbual bersama dengan Chaerin. Ya walaupun Byul dan Haechan berada bersama dengan mereka juga, tetapi hatinya tetap berasa sakit. Terasa seperti hatinya diremuk-remuk melihat pasangan itu.

Fikirannya mula berfikir berlebihan, memikirkan segala kemungkinan yang akan terjadi. Yakin ke dia Jaemin sememangnya menyukainya? Padahal Jaemin pernah mencintai Seo Chaerin pada masa yang sama. Fikirannya menjadi semakin berserabut! Hatinya berbelah bahagi.

"Haeyoung?" Haeyoung kembali tersedar. Dia menoleh kearah Mark yang sudah memandang risau kearahnya. Dia tersenyum kecil dan mengajak Mark untuk duduk bersama dengan Jeno dan Dahyun. Dia perlu menenangkan fikirannya sekarang.

Beberapa minit sebelum majlis dimulai, figura Jaemin baru kelihatan semula. Lelaki itu melabuhkan punggungnya disebelah Haeyoung. Haeyoung sudah menyedari kehadiran Jaemin, tetapi dia hanya meneruskan perbualannya dengan Dahyun dan Jeno.

Tidak mahu memandang wajah lelaki itu, setiap kali dia memandang Jaemin, dia teringat akan kejadian tadi.

Majlis dimulai.

Jaemin? Dia masih sibuk bermain-main dengan anak kecil yang berada di pangkuan Jihyun itu. Mereka berdua memang sangat sukakan budak. Sebelah tangannya bermain-main drngan Taehyun, sebelah lagi tangannya mengenggam erat tangan teman wanitanya.

Walaupun di dalam hatinya sekarang, mahu sahaja dia menarik pegangan tangan supaya terlepas! Dia langsung tidak sedar akan perubahan Haeyoung yang sedang mengelak untuk bercakap dengannya. Baik dia fokus kepada majlis.

Selepas beberapa minit, Byul noona sudah sah menjadi tunangan orang! Bibirnya mengukirkan senyuman lebar melihat Jaehyun dan Byul yang diam-diam memerhatikan antara satu sama. Kenapa comel sangat?

Jaehyun tidak kalah hensemnya, lagi-lagi dengan lesung pipitnya. Byul noona pula nampak terlalu cantik pada matanya walaupun jelas terserlah aura berkarisma gadis itu. Dia pernah tertanya-tanya, bagaiman Jaehyun boleh terpaut pada gadis itu.

Padahal Jaehyun yang dia kenali susah dibawa berkawan. Dia masih berbual biasa dengan orang lain, tetapi dia pasti meletakkan batas agar hubungan mereka tidak lebih daripada 'kawan biasa'.

Matanya memandang kearah Hendery yang sedang mengacarakan majlis ini. Paling tidak disangka! Tidak pernah dia melibat sisi lelaki itu seperti itu. Sebelum ini dia asyik mahu bermain-main dan sering membuat lawak bodoh. Kecuali semasa pergaduhannya dengan Chaerin berlaku. Sumpah Hendery membuat dirinya kecut ketika itu.

Byul tiba-tiba sahaja melangkah kearah podium pengacara majlis iaitu tempat yang sedang Hendery berdiri. Bunga ros merah itu terus diberikan kepada Hendery, lelaki itu ragu-ragu mahu mengambil huluran gadis itu. Dalam diam, dia tersenyum kecil.

Riuh suara mereka menjerit kepada Hendery yang sudah terpinga-pinga memegang bunga itu. Kepalanya yang tidak gatal digaru sebelum satu senyuman yang penuh makna terukir pada bibirnya.

Plannya berjalan sekarang!

Kakinya mula melangkah menuruni pentas itu. Salah satu meja tetamu itu menjadi target dan tujuannya sekarang. Masing-masing semua tercengang melihat tindakan Hendery pada akhir majlis itu, manakala Jaehyun dan Byul sudah tersenyum, sangat mengetahui dengan rancangan lelaki itu.

Kakinya berhenti melangkah. Wajahnya ditunduk, memandang gadis yang sedang duduk di hadapannya dengan raut wajah yang masih terpinga-pinga. Senyuman lebar tidak lekang pada bibirnya melihat gadis yang diminatinya daripada dulu dalam diam. Gadis berambut emas simpul itu menundukkan pandangannya. Malu!

Sejambak bunga itu dihulurkan pada gadis itu tanpa ragu-ragu. Gadis itu terpaku. Terkelip-kelip matanya memandang kearah Hendery. Seakan terkena renjatan elektrik, dia memandangnya terkejut apabila lelaki itu mencapai pergelangan tangannya sebelum merenung lembut ke dalam iris coklat itu.

"Yoon Aera, I like you."

Apa yang baru berlaku ini?

--

"Haeyoung." Jaemin memanggil nama gadis itu. Dahinya dikerutkan apabila Haeyoung langsung tidak menoleh kearahnya sebaliknya dia hanya meneruskan kerjanya.

Dia ada buat sesuatu ke? Dia ada buat salah ke? Puas dia memikirkan segala kelakuannya daripada pagi tadi sehingga sekarang, tetapi langsung tiada!

"Answer me Park Haeyoung..." Jaemin melepaskan keluhannya dan memandang serius kearah Haeyoung. Ada sesuatu yang tidak kena pada Haeyoung. Lebih-lebih lagi gadis ini lebih suka memendam.

Haeyoung menghentikan bacaannya tadi dan mengangkat wajahnya dengan raut wajah kosong selepas mendengar panggilan Jaemin. Sengaja dia mengabaikan panggilan lelaki itu pada awal tadi.

Setiap kali dia memandang wajah Jaemin, dia akan mula terbayang betapa mesranya perbualan Jaemin dan Chaerin semasa di majlis Jaehyun tadi.

"Sini." Jaemin menepuk-nepuk tempat duduk kosong yang berada disebelahnya. Haeyoung menggulingkan anak matanya dan meneruskan bacaannya. Sekali lagi Jaemin mengeluh perlahan.

Park Haeyoung dengan perangainya yang keras kepala dan degil itu memang berpisah tiada.

Akhirnya Jaemin yang bangun daripada duduknya dan berjalan mendekati Haeyoung. Dia melabuhkan punggung disebelah gadis itu dan merenung kearah gadis itu.

Haeyoung mula berasa tidak selesa dengan renungan Jaemin itu. Kedudukan Jaemin yang dekat dengannya membuatkan dia makin tidak selesa. Haeyoung berdehem dan menyandarkan badannya pada kerusi. Dia sedaya upaya cuba mengabaikan Jaemin yang berada disebelahnya.

Buku yang menjadi bacaannya sekarang hanya menjadi sekadar hiasan. Walaupun beberapa kali dia membaca ayat itu tetapi langsung tidak dapat diproses. Dia terlalu gementar dengan Jaemin yang berada di sebelahnya.

"Haeyoung." Jaemin memanggil nama itu sekali lagi. Buku pada pegangan Haeyoung itu terus dirampas dan diletakkan disebelahnya.

"Apa Jaem." marah Haeyoung. Dia mula semakin menyampah dan serabut dengan kehadiran Jaemin. Walaupun dia mahu melihat lelaki ini tetapi kejadian tengah hari tadi hanya membuatkan dia semakin sakit hati.

"Tell me... What's wrong?" soal Jaemin lembut, dia cuba menenangkan gadis itu. Pasti ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran gadis itu sekarang. Jarang sekali Haeyoung mengabaikan dia seperti ini.

"Tak ada apa." balas Haeyoung pendek. Kalau boleh, dia hanya mahu masuk ke dalam biliknya dan terus tidur.

Jaemin merenung tepat ke dalam iris hitam gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia lemah dengan tatapan lembut lelaki itu.

Setinggi-tinggi egonya, dengan tatapan lembut itu sahaja sudah mampu membuatkan egonya cair. Jantungnya berdegup kencang melihat tatapan sayu itu.

"Chaerin..." Haeyoung bersuara perlahan. Dia melarikan anak matanya daripada Jaemin dan menunduk. Dia terlalu malu untuk mengakuinya. Dia cemburu? Argh dia tidak percaya dia akan mengalami perasaan itu!

"Kenapa hm?" soal Jaemin. Sedaya-upaya dia menahan senyumannya daripada terukir pada bibirnya. Dia tahu Haeyoung sedang menahan malu sekarang jadi dia tidak mahu membuatkan gadis itu lebih malu.

Mungkin juga dia sedang terkejut kerana dapat melihat gadis yang bernama Park Haeyoung ini cemburu.

"Kau nampak seronok dengan Chaerin..." Haeyoung mencebikkan bibirnya tidak puas hati apabila dia menyebut nama Chaerin. Sungguh dia benci dengan gadis itu!

"Janganlah gelak!" Haeyoung memukul bahu Jaemin apabila dia mendengar tawa halus terlepas daripada bibir teman lelakinya itu. Dia menyorokkan wajahnya pada dada lelaki itu. Dia terlalu malu sekarang!

"Chaerin kan kawan Byul noona, aku tunggu dekat depan pintu pun untuk tunggu Jaehyun hyung. Haechan pula ada dekat situ, memang dia tak akan bagi keadaan dekat situ jadi senyap." Jaemin cuba memujuk gadis itu. Rambut Haeyoung itu diusap lembut.

"Aku tahu tapi..."

"Kau pernah cintakan dia." suasana hening mula kedengaran di antara mereka berdua. Jaemin juga turut terkejut mendengar kata-kata Haeyoung itu. Tidak sangka Haeyoung boleh berfikir sampai ke situ padahal dia sudah tidak mempunyai perasaan terhadap Chaerin.

Jaemin menggigit bibirnya dan menarik tubuh kecil Haeyoung itu masuk ke dalam pelukannya. Dia mengusap rambut pendek Haeyoung itu sambil merehatkan kepalanya diatas bahu gadis itu. Haeyoung melingkarkan tangannya pada pinggang lelaki itu, membalas pelukan itu.

"I still chose you Park Haeyoung." Dalam diam, gadis itu mengukirkan senyuman lebar. Mendengar kata-kata itu keluar daripada mulut lelaki itu membuatkan hatinya berbunga-bunga.

"Argh Jaemin!" Haeyoung terjerit kecil apabila Jaemin tiba-tiba menarik tubuhnya sehingga terbaring diatas kerusi. Lelaki itu tertawa kecil dan kembali mengeratkan pelukan mereka. Langusng tidak kisah akan jeritan terkejut Haeyoung tadi.

Haeyoung hanya mampu pasrah. Walaupun baru bercinta hampir dua minggu dengan lelaki ini, dia sudah mengetahui apa yang lelaki ini sukai.

"Nak peluk."

Ya, itulah. Pada mulanya, Haeyoung selalu mencari cara untuk melepaskan dirinya kerana ia sangat tidak baik untuk keadaan jantungnya! Tetapi pastilah Jaemin tidak mahu mengalah, dia langsung tidak mahu melepaskan pelukannya.

Kalau Chanyeol nampak ni- Habislah mereka.

" Tapi Jaem." lelaki itu menunduk, memandang gadis yang masih berada di dalam pelukannya.

"Aku nak aiskrim." kata Haeyoung. Dia menatap Jaemin dengan pandangan kosong. Jaemin mengerutkan dahinya. Dia kembali mencapai telefonnya dan melihat jam.

"Haeyoung, dah pukul 11 malam." kata Jaemin. Gadis ini tiba-tiba sahaja meminta aiskrim pada tengah-tengah malam ini, buang tabiat ke? Kalau Chanyeol balik nanti macam mana?

"Aku nak juga." Pada kali ini, Haeyoung menatapnya dengan pandangan sayu. Jaemin secepat mungkin melarikan pandangan matanya. Jantungnya berdegup kencang sebaik sahaja melihat raut wajah comel Haeyoung itu. Dia menelan air liur sebelum kembali memandang gadis itu.

"Haih..." Jaemin mengeluh panjang sebelum dia bangun daripada pembaringannya dan berjalan menuju kearah bilik Haeyoung, dia masuk ke dalam bilik itu tanpa berkata apa-apa. Dia mengambil kardigan putih milik Haeyoung dan berjalan kearah gadis itu semula.

"Cepat." mendengar jawapan daripada Jaemin itu terus membuatkan gadis itu tersenyum lebar. Dia bangun daripada katil itu dan mencapai kardigan yang dihulurkan oleh Jaemin itu.

"Tunggu sini." arah Jaemin sebelum lelaki itu meninggalkannya di bangku di bawah pokok sakura ini. Haeyoung menarik nafas dalam, menarik udara segar yang di taman rekreasi ini. Sungai Han yang berada di hadapannya ditenung lama sebelum bibirnya tersenyum senget.

Ini salah satu sebab dia mengajak Jaemin keluar, dia mahu melihat keindahan alam yang sudah lama dia tidak lihat. Fikirannya yang bercelaru dengan pelbagai masalah tadi terus menjadi sedikit tenang. Semuanya disebabkan oleh pelbagai hal yang terjadi padanya serentak. Tertekan tahu tak!

"Sayang~" Haeyoung berpaling ke belakang sebaik sahaja mendengar suara rengekan itu, dia melihat Jaemin yang berjalan tenang kearahnya. Ini salah satu perangai Jaemin yang membuatnya sering malu. Lelaki itu suka memanggilnya 'sayang' secara tiba-tiba.

Ataupun semasa dia melakukan kesalahan seperti hari itu ;)

Aiskrim berperisa coklat itu dihulurkan pada Haeyoung. Dalam diam, dia sempat pandang kearah Jaemin yang sedang fokus menikmati aiskrim disebelahnya. Tanpa sedar, bibirnya terangkat.

Kenapa dia baru sedar? Sejak bila Jaemin mempunyai rupa paras yang terlalu hensem ini?

Tiba-tiba Jaemin berpaling kearahnya dan mengucup dahinya sekilas. Terkejut Haeyoung dengan tindakan Jaemin secara tiba-tiba itu. Tubuhnya terdorong kebelakang dan terkelip-kelip dia memandang kereah Jaemin tidak percaya.

Manakala lelaki itu hanya tersenyum puas, bukannya dia tidak sedar Haeyoung sedang merenung kearahnya tadi. Sengaja dia berganjak mendekati Haeyoung semula apabila gadis itu berganjak menjauhinya.

"Hish!" Haeyoung merungut. Padahal dia masih malu.

"Kau tengah makan aiskrim kan! Dahi aku melekit nanti." bebel Haeyoung tidak puas hati, tangannya mengelap bahagian dahi yang dicium oleh Jaemin tadi. Lelaki ini memang tidak boleh disangka.

"Hehe." Jaemin tersengih. Haeyoung kembali mendekatkan dirinya dengan Jaemin, kepalanya direhatkan diatas bahu lebar lelaki itu.

Tangannya ditadah sedikit ke hadapan, mahu menangkap kelopak bunga sakura yang jatuh berguguran.

Dapat!

Haeyoung tersenyum lebar kearah Jaemin apabila kelopak bunga itu elok sahaja mendarat diatas tapak tangannya. Lelaki yang berada di hadapannya ini... senyuman manis yang dia tidak mahu hilang lagi di dalam hidupnya.

"I'm happy to fallin for a flower like you."

Now I'm fallin' fallin' fallin' fallin'
Fallin' fallin' to you yeah
I am a flower, I am a flower

The End.

▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

3197 + !

finally habissss! ending paling panjang setakat ni huehue

ingatkan habis dalam dua bulan tapi terlebih 🤣 mekasih pada sesiapa yang selalu vote, komen dan tunggu new chapter shshshssh 😭 aku tak sangka ramai tunggu, dahla aku update lambat 😭😭

macam dalam ending, next series mungkin hendery 👀 tapi lepas habis spm nanti HEHEHEHEH

jadi, fanfic ni akan jadi fanfic last sebelum aku hiatus dari menulis aaaaaa (tapi draft aku makin bertambah AHAHAHA)


btw thank you againnn! <3

Fallin Flower | Na Jaemin

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro