Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47

When you call me
I'm fallin' to your warm arm
Obscure future becomes
Clear as I meet you
Slowly falling
As the wind blows
Slowly falling
Where the fallen heart goes
Was the happiest in the world

Matanya meliar kearah sekeliling kedai. Jari-jemarinya bermain di antara satu sama lain, perasaan resah yang sedang menguasai dirinya membuatkan dia tidak dapat bertenang.

Bunyi loceng daripada pintu masuk kafe itu kedengaran. Laju matanya memandang kearah pintu itu. Jantungnya mula berdegup laju sebaik sahaja figura lelaki itu berjalan mendekatinya. Senyuman dibibirnya tidak pernah luntur.

"Hai." sapa lelaki itu, dia melabuhkan punggungnya dihadapan gadis itu. Haeyoung mengangguk kekok. Lehernya dipegang. Haeyoung melarikan pandangan matanya sebaik sahaja matanya bertembung dengan Sunwoo.

Sunwoo tertawa melihat melibat kelakuan Haeyoung yang gelisah itu, dia nampak sangat tidak selesa dan tidak senang duduk.

"Lama tak jumpa..." 

"Aku bukan nak culik kau Haeyoung, cuba duduk dengan tenang." Sunwoo menggeleng perlahan sambil tersenyum. Haeyoung tersengih dan kembali membetulkan posisi duduknya. Jus epalnya diambil.

"Kau dengan Jaemin macam mana?" soalan Sunwoo itu serentak membuatkan Haeyoung tersedak. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Tekaknya pula semakin pedih. Laju Sunwoo menghulurkan botol air mineral itu kepada Haeyoung.

"Kau-"

"Ya ya aku okey." jawab Haeyoung, memotong percakapan Sunwoo terlebih dahulu. Dadanya diusap untuk melegakan rasa perit pada tekaknya tadi, badannya disandarkan pada kerusi itu.

"Asal kau tanya soalan tu?" tanya Haeyoung, dia memandang kearah Sunwoo yang masih setia memandang kearahnya.

"Sebab aku suruh Jaemin pergi dekat kau. Tak akanlah tak ada progress langsung? Tak guna Jaemin, aku dah suruh dia dapatkan-"

"Kejap kejap- apa kau merepek ni?" Haeyoung mengerutkan dahi. Apa maksud semua bebelan Sunwoo tadi? Sunwoo yang suruh Jaemin pergi dekat dengan dirinya? Sunwoo ni gila ke?

Lelaki itu tersengih, kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Dia sedang mencari ayat, bagaimana dia mahu mengatakan perkara ini...?

"Kita putus jom." lelaki itu mengukirkan senyuman pada bibirnya. Senyuman terpaksa. Hatinya seakan dihiris, tidak sangka dia akan mengucapkan ayat ini kepada gadis yang masih dicintainya.

Senyuman pada wajahnya kian memudar mendengar kata-kata Sunwoo tadi. Dia memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu. Dia sedang serius...

"Aku tahu kau sukakan Jaemin." Haeyoung tersentak. Bagaimana dia tahu...

Wajahnya ditunduk, memandang kedua-dua belah tangannya yang semakin gelisah bermain diantara satu sama lain. Perasaan bersalah yang menggunung di dalam dirinya membuatkan dia berasa lebih teruk. Dia seakan menggunakan Sunwoo untuk kebaikan dirinya.

"Jangan risau, sebelum ni aku cuma jadi teman lelaki sementara kau." Sunwoo melepaskan tawa kecil di hujung ayatnya. Haeyoung langsung tidak berani untuk mengangkat wajahnya dan bertentang mata dengan lelaki itu.

"Jangan risau Haeyoung. Kalau Jaemin buat apa-apa dekat kau atau buat kau menangis, kau report dekat aku. Nanti aku ajar dia." sengaja dia cuba berlawak dengan gadis itu untuk menceriakan suasana. Namun ia tidak berjaya, Haeyoung makin rasa bersalah. Mungkin Sunwoo sudah tahu hubungannya dengan Jaemin...?

"Jangan rasa bersalah Haeyoung. Aku sendiri yang suruh Jaemin dapatkan kau. Aku tak boleh paksa kau terima cinta aku." Sunwoo melepaskan keluhan panjang. Bibirnya digigit.

"Kau-" mata Haeyoung membuntang. Sunwoo baru menyatakan perasaan sebenarnya tadi ke? Sunwoo tertawa semula. Rambut gadis itu sengaja diserabaikan sehingga membuat gadis itu merungut tidak puas hati.

"Kau dah tahu tentang perasaan sebenar aku, jadi lepas ini jangan ignore aku. Kau masih kawan baik kau." Dia sengaja menekankan perkataan itu. Haeyoung tersenyum kecil dan mengangguk perlahan. Ya, nampaknya dia masih akan berkawan dengan Sunwoo seperti biasa.

ting!

--

three days later . . .

"Kalau dah siap nanti, call aku."

"Biar Sunwoo atae Hendery jelah yang hantar, aku tak nak kau berulang-alik." tolak Haeyoung berhati-hati, dia tidak mahu membuatkan Jaemin terasa dengan tolakannya.

"Nanti saya tetap kena pergi rumah kan. Jadi sama je, balik nanti saya ambil." kata Jaemin muktamat. Haeyoung mengangguk pasrah. Tidak pasal-pasal mereka bergaduh mulut nanti.

"Kalau macam tu, singgah rumah eomma dulu. Dia nak jumpa kau." Haeyoung tersengih, baik dia mengambil kesempatan dahulu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan ibunya.

Jaemin tertawa kecil dan mengangguk setuju. Pipi Haeyoung dikucup sekilas sebelum gadis itu laju meloloskan diri ke dalam kafe, malu!

Bunyi deringan telefonnya membuatkan pandangannya terhadap Haeyoung tadi terganggu. Tanpa melihat nama si pemanggil, butang hijau itu diseret ke tepi untuk mengangakt panggilan itu.

"Kau dekat mana?" suara garau di hujung talian itu bertanya. Tanpa melihat nama si pemanggil itupum dia sudah dapat mengenali suara garau itu.

"On the way." panggilan telefon itu diletakkan sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

Sebaik sahaja dia turun daripada kereta, matanya meliar memandang kearah sekelilingnya, mahu mencari figura yang
ingin menjumpainya.

Bibirnya tersenyum senget apabila dapat menangkap figura seorang lelaki dan seorang gadis, raut wajah kedua-duanya langsung tidak mempunya secalit senyuman. Sungguh serius nampaknya.

"Hyung." tegur Jaemin, dia tersenyum lebar kearah lelaki dan gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum pendek, membalas sapaannya tadi sebelum kembali fokus pada kertas diatas meja.

"Min Yuri, kawan sekerja aku." Jaemin mengangguk faham. Sempat Jaemin memandang Chanyeol dengan senyuman nakal terukir pada bibirnya. Chanyeol menjeling Jaemin, sudah tahu apa yang bermain difikiran lelaki muda itu.

"Yuri, ini Jaemin. Teman lelaki Haeyoung tu." Terlopong mata gadis itu sebaik sahaja Chanyeol memperkenalkan Jaemin padanya. Berubah raut wajah 'tidak berapa peramah' itu kepada senyuman lebar. Dia nampak terlalu gembira.

"Haeyoung dah ada boyfriend?" soalnya teruja. Dia tidak berhenti memandang kearah Jaemin, pelik. Bagaimana lelaki ini boleh mencairkan hati sekeras Haeyoung itu.

Chanyeol mengangguk. Yuri ini sudah seperti kakak angkat kepada Haeyoung. Apabila Haeyoung datang ke tempat kerja abangnya sahaja, pasti Yuri ada di bilik lelaki itu. Entah bagaimana mereka boleh menjadi rapat.

"Perbicaraan ayah aku esok." kata Chanyeol, dia menukar topik. Suasana yang ceria tadi kembalj bertukar suram. Ragu-ragu dia mahu memandang kearah Chanyeol. Hati lelaki itu seakan langsung tidak kelihatan terusik semasa menguruskan kes ayahnya. Padahal hatinya sedaya-upaya menolak, hatinya terlalu sakit!

Yuri pernah menawarkan diri untuk menguruskan kes ini, tetapi Chanyeol enggan. Dia masih mahu menguruskannya, dia akan memastikan ayahnya mendapat hukuman yang setimpal walaupun hatinya berat.

Ayahnya masih tidak tahu malu! Langaung tidak mengakui segala kesalahannya, dia siap sanggup menyewa peguam terbaik di Korea ini. Namun semua itu hanyalah sia-sia. Chaerin pernah berjumpa dengan Chanyeol, dia menyerahkan semua rakaman kepada lelaki itu. Walaupun hatinya masih sakit dengan kelakuan gadis itu kepada Haeyoung tetapi dia tidak boleh menolak kenyataan bahawa Chaerin ialah adik tirinya.

"Tolong ambil Haeyoung esok Jaemin. Diakan saksi penting." Chanyeol tersenyum sekilas. Dia hanya berharap semuanya berjalan dengan lancar.

--

"Shotaro, Yangyang ikut aku. Geng single je boleh ikut." Haechan memeluk tubuh. Dia menjeling ketiga-tiga orang lelaki yang sedang duduk di hadapannya. Ha semua dah berpunya. Dia tidak puas hati apabila mendengar Jaemin dan Haeyoung sudah bercinta selama dua minggu. Itupun dia tahu daripada orang lain!

"Kitorang semua pun baru tahu semalam diorang tengah bercinta." kata Jeno perlahan, malas mahu melayan drama Haechan.

"Yangyang dah bercinta dengan Liena semalam." Shotaro mencelah. Haechan terus menoleh kearah Yangyang. Lelaki itu sudah tersenyum kearahnya tanpa perasaan bersalah. Dia dikhianati sekali lagi! Kenapa semua tak bagitahu dia!

"Kau cakap nak stay dalam group ni!" tutur Haechan geram. Pinggangnya dicekak tidak puas hati. Keluhan panjang dilepaskan.

"Yangyang kau jangan ikut. Aku call Chenle, Sungchan dan Jisung dulu-"

"Jisung nak exam. Jangan kacau dia." Jaemin pula yang mencelah. Dia langsung tidak memandang kearah Haechan dan terus fokus memandang kearah telefonnya.

"Chenle dan Sungchan tengah sibuk dengan pendaftaran universiti, jangan kacau dia juga. Ouh lupa, Johnny hyung tolong diorang sekali." Renjun menyambung. Haechan memandang mereka bertiga bersilih ganti. Mereka memang sengaja ke ni?

"Jomlah Shotaro, kita date bertiga dengan Mark." Haechan memegang pergelangan tangan Shotaro, lelaki itu pula masih terpinga-pinga. Tetapi dia hanya mengangguk walaupun tidak faham.

"Renjun!" sengaja dia memegang kedua-dua belah bahu lelaki itu dan menjerit disebelah telinganya. Jaemin yang turut berada disebelah Renjun mengurut dadanya, terlepas telefonnya pada pegangannya akibat terkejut.

Renjun menoleh kearah figura itu dan menjeling kearah Heejin yang sedang terkekeh-kekeh menertawakannya. Bomin juga hanya tersenyum melihat mereka. Dia hanya setia berdiri di belakang gadis itu.

"Okey Bomin, kau ikut aku sekali." Mata Bomin membuntang apabila Haechan tiba-tiba memanggil namanya.

"Eh kenapa aku kena ikut-"

"Ikut atau aku tak restu jadi adik ipar." tutur Haechan pendek.

"Okey jom." Bomin terus berjalan ke hadapan, mengikuti Haechan yang sudah menarik tangan Shotaro keluar daripada kawasan kafeteria itu.

"Hyuck tu sihat tak?" soal Heejin, pelik semacam abang kembarnya. Tidak pernah-pernah dia mahu berbual dengan Bomin.

"Dia tak puas hati sebab kitorang semua ada hal lepas ni dan tak boleh keluar dengan dia." kata Yangyang. Heejin mengangguk dan melabuhkan punggungnya disebelah Yangyang.

"Bukan korang semua nak pergi arcade ke esok? Kenapa tak keluar esok je?"

"Dia bosanlah tu." sambung Renjun. Kenal sangat dengan perangai kawan baiknya itu.

"Kau datang tak majlis pertunangan Jaehyun hyung minggu depan?" Yangyang menukar topik perbualan. Dia memandang kearah Renjun yang duduk berhadapan dengannya.

"Datang. Setiap hari Jihyun ingatkan aku." kata Renjun sambil tersenyum kecil.

"Yelah, Jaehyun tu kan dah macam abang dia, mestilah dia excited."

"Jaehyun hyung dalam diam je. Tiba-tiba dah nak tunang." Jaemin bersuara. Dia tersengih apabila teringat semasa Jaehyun memperkenalkan teman wanitanya pada kawan-kawannya yang lain. Comel sahaja pasangan itu!

"Kau pun sama. Dah dua minggu bercinta baru nak bagitahu." Heejin menjeling Jaemin yang sudah tersengih itu. Dia langsung tidak sangka Jaemin akan bercinta dengan Haeyoung...

Dan jangan lupa, Yangyang menang. Haeyoung perlu belanja dirinya makan selama seminggu!

"Jeno... kenapa kau senyap?" Mereka semua memandang kearah Jeno yang daripada tadi mendiamkan diri. Dia seperti sibuk memikirkan sesuatu dan runsing.

"Dia gaduh dengan Dahyun." Jaemin menjawab sambil tertawa. Seakan itu bukan satu masalah.

"Wah jarang korang gaduh. Kalau diorang gaduh, maksudnya kau dah buat masalah besar." Renjun menyambung. Diantara mereka semua, memang Jeno dan Dahyun yang paling jarang bertengkar mulut. Heejin mengangguk setuju. Bak kata Dahyun komunikasi itu penting!

Dia sangat mengenali Dahyun, dia yang paling berfikiran matang diantara mereka semua. Lebih-lebih lagi dengan personalitinya yang tenang itu. Jadi dia tidak mungkin akan memulakan pergaduhan dengan benda-benda yang kecil.

Jeno mengeluh panjang, kepalanya yang tidak gatal itu digaru. Sedikit sebanyak dia bersetuju dengan kata-kata Renjun itu. Memang dia telah melakukan sesuatu sehingga Dahyun sangat marah padanya.

"Aku terlupa... kitorang kena berjumpa pukul lima, dan masa tu aku masih dekat bilik kelab untuk siapkan list nama dengan Siyeon sunbae.Dah setengah jam dia tunggu dekat kafe..."

"Aku tak perasan dia call dan aku tak angkat. Dia pergi semula ke universiti sebab nak pinjam buku, tapi dia ternampak aku dan Siyeon berdua dalam bilik tu."

"Matilah kau Jeno." Heejin menggeleng, bahu kawannya itu ditepuk. Jeno memang mencari maut. Lebih-lebih lagi Dahyun memang mengetahui Siyeon sedang menyimpan perasaannya pada Jeno, lagilah Dahyun marah. Bukan marah, tetapi lebih kepada cemburu.

Siapa sahaja tidak marah kalau teman lelakinya terlupa tentang perjumpaan mereka dan tiba-tiba dia ada dengan perempuan lain?

"Kau pun sama, asal tak ajak Sanha sekali. Dia sama kelab dengan kau kan." kata Yangyang.

"Aku tak terfikir. Aku cuma nak cepat selesaikan senarai nama tu. Dahyun asyik elak nak jumpa aku hari ini. Macam mana aku nak pujuk dia?" Lelaki itu menyerabutkan rambutnya. Mesejnya juga asyik dibalas sepatah-sepatah. Pening kepalanya memikirkan cara untuk memujuk teman wanitanya itu.

"Suruh Haechan. Dia kan paling rapat dengan Dahyun. Minta tolong dia suruh Dahyun jumpa dengan kau." cadang Jaemin.

"Lelaki tu pun dah merajuk dengan kita." Jeno mengeluh. Mereka semua tertawa melihat Jeno yang sudah pasrah.

"Tak apa, aku tunggu Yangyang bergaduh dengan Liena nanti." Membuntang mata lelaki itu mendengar kata-kata Jeno.

"Woi jangan doa bukan-bukanlah." Yangyang berkata tidak puas hati. Tidak pasal-pasal mereka memang akan bergaduh nanti.

"Mana Haeyoung?" soal Heejin. Daripada pagi tadi dia tidak melihat kelibat gadis itu.

"Dia keluar dengan Sunwoo dan Hendery hyung." jawab Jaemin tenang.

"Kau okey ke? Tak takut? Tak jeles?", bertubi-tubi Heejin menyoal lelaki itu. Jaemin mengerutkan dahi. Nak tanya, tanya satu-satu. Sudahlah Sunwoo sememangnya menyimpan perasaan terhadap Haeyoung.

"Cemburu tu ada sikit tapi aku tak kisah. Lagipun aku percayakan Haeyoung dengan Sunwoo." Jaemin mengangkat bahu. Dia tersenyum pendek apabila mrngingati ugutan Sunwoo dahulu selepas dia berjumpa dengan Haeyoung di kafe.

"Aku ambil dia kalau dia menangis disebabkan kau."

"Lagipun... Haeyoung memang sukakan aku double triple lebih daripada korang." Meluat pula mereka semua mendengarnya.

i_m_hendery

liked by jenolee, tenlee_1001 and 900 others
i_m_hendery aku pun tak tahu kenapa aku keluar dengan diorang 🤨

Gazing the blue sky, blooming again
I want to be someone's everything
I was living instantly but
I met you, and I realized that everything has a reason

astro ' s

yoon sanha

••

one more chapter left ! sorry for late update huhu

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro